Sabtu, 12 November 2022

BAS TERAKHIR ANWAR KE PURATJAYA



Anwar kata PH ‘mendahului’ perlumbaan ke Putrajaya


ANWAR Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan yang diterajuinya “mendahului” lawan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam perlumbaan membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Bakal perdana menteri PH itu bagaimanapun tidak menjelaskan sejauh mana “mendahului” yang dimaksudkannya tetapi Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menemaninya semasa berkempen di Sarawak dan Sabah turut menyokong kenyataan itu.

Beliau bagaimanapun berkata yang walaupun PH mendahului, mereka masih tidak mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Parlimen mempunyai 222 kerusi dengan 112 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah membentuk kerajaan.

Loke berkata Anwar yang singgah di Kuching pagi ini “kembali menekankan” tawaran PH kepada pengundi Sarawak dan Sabah untuk memberikan undi mereka kepada calon kerjasama politik itu.

Loke yang mempertahankan kerusi Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, juga tidak menyembunyikan hakikat yang PH “bergantung” kepada rakan kerjasama politik mereka di kedua-dua negeri Borneo itu untuk melengkapkan kerusi yang diperlukan membentuk kerajaan persekutuan.

Sokongan kepada kerjasama politik pelbagai kaum dibentuk oleh PKR, Amanah dan DAP di Semenanjung itu semakin meraih sokongan di negeri seperti Kelantan dan Pahang, tambahnya.

Tawaran PH kepada Sarawak dan Sabah berkisar kepada penyelesaian isu berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63) “tanpa banyak rundingan” dan memberikan kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun kecewa dengan tawaran itu.

“Tidak ada apa-apa yang baru,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saya jangkakan mereka buat sesuatu yang baru dan besar.”

Selepas Kuching, Anwar dan Loke menuju ke Sabah dengan majlis diatur di Kalabakan, Putatan and Sepanggar.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PH mengawal naratif PRU15 serta mendahului di lebih 80 kerusi, Barisan Nasional mengikut rapat dengan 60 atau 70 kerusi.

Beliau bagaimanapun memberi amaran yang keputusan pilihan raya akan mewujudkan parlimen tergantung, mewujudkan keperluan untuk parti politik memeterai kerjasama politik baharu bagi membentuk kerajaan. – 12 November, 2022.

INI BAS

TERAKHIR KE 

PUTRAJAYA

AMIN

APAKAH BAS INI

AKAN BAWA

ANWAR ???

AMIN

KITA LIHAT

KITA TUNGGU

DAN NANTI

AMIN

BAS INI AKAN

SAMPAI PADA

SABTU 19/11/2022

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Susah naik bas, semua pakai Audi semua pakai benz semua pakai Wellfire, kalau naik bas lambat sampai,susah sampai lah kah kah kah

Jsman Tori berkata...

Anuar tak pernah menganjing lawan. Bila lawan nganjing dia jawab dgn hujah berfakta dan data. Saya tengok tuan dah mula pandai komen tampa mengata dan nganjing org. Syabas. Tuan dah basuh pipit bila kencing. Tuan seorg pejuang seangkatan anuar. Tapi org tak pandang dan dengar. Sangat rugi. Sy cadang berjuanglah mcm anuar supaya org boleh ikut dan percaya. Tak perlu mencarut. Gunakan fakta dan data. Komen yang membina. Jangan jadi seperti org hitam sorang tu. Hujah tak ada tapi duk mengata anuar je. Selamat maju jaya.

Tanpa Nama berkata...

Laluan Anwar dah terbukti sukar. Dulu dah nak sampai dah tp kena sailang terpaksa bermastautin dipenjara. Lu ingat kali ni dorang bagi laluan ke? Bas dia ke putrajaya nanti kena roadblock tayar bas kasi pancit kalu sampai putrajaya pun pintu dipadlock kunci ilang. Titi nanti ikut Hyatt move pulak.