Sabtu, 12 November 2022

KJ NAK BERSIH TONG TAIK


Khairy ikrar mahu bersihkan Umno


KHAIRY Jamaluddin berikrar mahu membersihkan Umno supaya jadi sebuah parti yang dapat diterima semula oleh orang Melayu, dan usaha itu bermula dengan kempennya untuk menang kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Khairy menyifatkan pencalonan beliau dalam PRU15, pilihan raya umum keempat baginya, sebagai cabaran terbesar dalam kerjaya politiknya tetapi beliau tidak mahu perjuangannya berhenti hanya di Sungai Buloh.

“Saya juga mahu bawa perubahan kepada parti saya (Umno) dan mahu Umno dilihat semula sebagai wadah mulia untuk masyarakat Melayu.

“Sekarang ini ramai jumpa dan maklumkan saya, bukan mereka tak suka Umno tetapi kurang berkenan dengan beberapa (individu) dalam Umno,” katanya seperti dipetik BH, berucap dalam satu majlis di Sungai Buloh, malam tadi.

Bekas ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun mengingatkan media supaya tidak melagakan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi namun menyebut apa yang beliau kata itu “kenyataan dan realiti”.

“Saya dan rakan lain mahu kembalikan Umno sebagai wadah Melayu yang mulia, bersih, berubah dan memiliki pemimpin bagus dan mampu diberi kepercayaan seperti suatu ketika dahulu,” katanya. 

Umno dijadual mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya Mei tahun depan, enam bulan selepas pilihan raya umum, berdasarkan peruntukan baharu perlembagaannya yang dipinda awal tahun ini.

Khairy dilihat menonjolkan dirinya sebagai pemimpin masa depan untuk Malaysia sebagai tema besar kempennya di Sungai Buloh.

Empat malam sudah, dalam satu ceramah kempennya, Khairy berkata beliau ada cita-cita mahu jadi perdana menteri Malaysia suatu hari nanti.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh ditandingi tujuh calon namun tumpuan hanya pada Khairy yang mewakili Barisan Nasional dan R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH).

Calon-calon lain ialah Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri. – 12 November, 2022.

WOIT

INI PARTI 

DITUBUH OLEH

INGGERIS

AMIN

NAMA PUN

UNITED MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION

KAH KAH KAH

MAK CIK FELDA

TAK TAHU HAL

PEKARA INI

KAH KAH KAH

RASUAH & CURI DUIT

POLITIK WANG

DAH SEBATI

DGN GEROMBOLAN

AMIN

TONG TAIK

BOLEH DIBASUH

TAPI MASIH

MENGISI TAIK

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KJ mahu cuci tong taik umno dari dalam tong ke luar tong. Kalau dari dlm susahlah sikit sbb lg dicuci lg ramai yg berak tambah lg dgn pemberak baru