Khamis, 17 November 2022

MENGUNDI WAJIB DATANG AWAL - RIBUT SAMPAI


Ribut petir diramal seluruh negara pada petang hari mengundi

BEBERAPA negeri diramal hujan bermula awal pagi Sabtu iaitu hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan ribut petir dijangka berlaku seluruh negara pada sebelah petang.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor.

Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari namun katanya MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan luar biasa bagi kedua-dua negeri berkenaan.

“Bagi negeri-negeri di sebelah utara, cuaca dijangka baik di sebelah pagi.

“Dalam pada itu kejadian ribut petir yang diramal berlaku di hampir semua negeri di sebelah petang ini ia hanya ribut petir yang biasa dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada Bernama.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – Bernama, 17 November, 2022.

GAGALKAN

RANCANGAN

ZAHID

AMIN

DATANG AWAL

HARI MENGUNDI

AMIN

BIAR ZAHID

MELOPONG

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan saja zahid wajib di bakul sampahkan, malah KJ dan ismail bera dan mahiadin wajib dihumban sama.semoga tuhan zeus memberikan rahmat dan cahaya panas sepanjang hari pengundian..ku seru alam buana aceh agar bangkit mengalahkan zahid di perak..perak asal aceh bukan asal jawa..

Tanpa Nama berkata...

Enche' TT, takde laporan ke tentang ceramah kerusi rakyat warna kuning tu.... berikan pencerahan bersama gambar-gambar sekali. Jangan gelapkan macam cara SPRM bekerja !