Bayi perempuan ditemukan dalam kotak di kebun Jemaluang
MERSING – Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir, kira-kira pukul 8.40 pagi.
“Polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan seorang bayi yang masih hidup dan cukup sifat di tepi simpang masuk kebun berkenaan.
“Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dirawat di Klinik Kesihatan Jemaluang, bagaimanapun identitinya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Cyril turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA
2 ulasan:
Betul betul betul Enche' TT. Ini musti kerja komunis yang tak tahan dan takde peluang nak ngentot, jadi ngentot cara haram dalam hutan atau semak, dapat anak dibuang, atau anak gembala babi atau anak kapiat haram jadah stau anak orang yang berperangai tupai atau kera, anak yang dibuat dengan menebuk masuk dari atap atau anak hasil dari masuk pintu belakang atau anak hasil dari pemberian RM300 dan bersumpah... semuanya jenis haram jadah .... kahkahkah
Mcm ko la tu..nama dlm ic mcm islam...kah kah kah
Catat Ulasan