2 pengarah kanan direman 4 hari kes beli Menara KL
DUA pengarah kanan syarikat bergelar Datuk direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian saham dan pengambilalihan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
Perintah reman sehingga 10 Jan itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Semalam, sumber SPRM dilapor berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham syarikat pengurusan Menara KL, ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.
Menurutnya pemilihan syarikat terbabit disyaki melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’ bagi membantu pengambilalihan tersebut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang mengesahkan tangkapan itu berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, tular di media sosial isu berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd sehingga menimbulkan persoalan orang ramai terhadap keputusan itu. – Bernama, 7 Januari, 2023.
2 ulasan:
Kenapa gaji CEO GLC berjuta atau beratus ribu ringgit tetapi gaji minima pekerja bawahan nak naik pun susah? Apa beza darjat manusia dua kategori ini ? Adakah kerana lantikan politik tanpa usaha, tanpa berpeluh dapat gaji besar, manakala pekerja berpeluh nak dapat beli makanan pakaian tempat tinggal asas pun kena berhutang sampai 30 tahun untuk beli rumah? Corak corak kemanusiaan macam mana ini? Kah kah kah
Ramai yang hoi hoi yahoi biliyun biliyun ada LATOK, Tan Seli dan Islang ..mereka ni Latok selepas hoi hoi yahoi ke atau sebelum. Yang paling chantek pabila korban TANAH RUNTUH yang Kapir Laknat pun kono Hoi Hoi Yahoi ..kahkahkah ..tuckbEEr.
Catat Ulasan