Selasa, 31 Januari 2023

KHAIRY BUKA LANGKAH


Khairy timbang bertanding pilihan raya Selangor

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar, yang minggu lalu dipecat dari Umno, berkata politiknya sudah ‘berpindah’ ke Selangor dan beliau menimbang untuk bertanding pada pilihan raya negeri itu tidak lama lagi biarpun kalah di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum lepas.

Jelas Khairy, langkah politiknya di Selangor bagaimanapun bergantung sekiranya ada parti politik yang sesuai untuk beliau sertai.

“Ada kemungkinan itu sekiranya ada kesesuaian dengan parti yang sesuai,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut Khairy, sejak dipecat dari Umno pada Jumaat lepas, beliau mendapat banyak tawaran untuk menyertai parti politik lain.

“Saya rasa politik saya sudah berpindah ke Selangor,” katanya.

Khairy, bekas timbalan ketua Umno Rembau, berpindah bahagian ke Umno Sungai Buloh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 kerana baginya “ada tugas yang belum selesai”.

“Saya tidak suka tinggalkan sesuatu yang tidak sampai kesudahannya, sebab saya memang yang macam itulah, agak ‘perfectionist’ sikit. Kalau dah kalah itu mesti buat sampai menang,” katanya ketika memaklumkan perpindahannya itu pada hujung Disember.

Selangor perlu mengadakan pilihan raya negeri bersama lima negeri lagi iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Negeri Sembilan selewat-lewatnya sekitar Ogos dan September ini.

Khairy dikatakan dipecat daripada Umno kerana ucapannya semasa kempen PRU15 bahawa Umno sudah sesat dan beliau mahu membersihkannya. Ucapannya itu didakwa mensabotaj parti kerana kenyataannya itu menggugat keyakinan umum kepada Umno.

Selain Khairy, bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar juga dipecat atas permintaannya sendiri selepas keputusan awal Majlis Kerja Tertinggi Umno menggantung beliau selama enam tahun.

Umno juga menggantung bekas naib presiden Hishammuddin Hussein yang juga ketua Umno Sembrong dan bekas ketua penerangan parti Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. Dua lagi yang digantung ialah ketua Umno Jempol Mohd Salim Shariff dan bekas Adun Tiram Maulizan Bujang.

WOIT

ZAHID BUAT

SILAP BESAR

BUANG KHAIRY

KAH KAH KAH

KJ NI HANG NADIM

BAKAL PNYELAMAT

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

BUDAK CERDIK

AWAL AWAL

DAH KENA BUNUH

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari menantu dah jadi hang nadim pulak... gila cibai tt nie, hang nie dah lupa ke kes 100 juta kbs, tuduhan komisyen vaksin kobit... dia bukan hang nadim, dia hang pundek... hang nadim makan nasi, depa2 nie makan duit...

Tanpa Nama berkata...

KJ kono pecat sebab cakap akan tetap sokong anwar...
zahid tak mau anwar ada pilhan lain selain dia heheheh