Semak semula Agenda Melayu selepas UMNO bersama DAP – Pandak
KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya UMNO menyemak semula Agenda Melayu selepas parti Melayu itu menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.
Perwakilan UMNO Johor, Pandak Ahmad berkata, ia harus bermula dengan UMNO dengan mengembalikan kepercayaan sebilangan besar orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar.
“Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan semula the soul of UMNO. Roh perjuangan dan ideologi parti perlu diperkuatkan, agar UMNO dapat menguasai semula naratif politik Melayu.
“UMNO merupakan parti yang sudah lama berjasa. Keberadaan parti ini selepas PRU-15 merupakan satu kejanggalan politik yang tidak dapat dielakkan lagi,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 2022 (PAU2022) di sini hari ini.
Tambah Pandak, UMNO sudah tiada lagi pilihan selain daripada menerima dan melakukan yang terbaik untuk memperbaharui parti itu.
Kepada bahu-bahu kita jualah, parti ini dapat dipulihkan semula. Semoga roh perjuangan dan ideologi UMNO sentiasa hidup, segar dan sentiasa mekar, merentasi masa hadapan yang masih belum sempurna riwayatnya,” katanya.
Katanya lagi, pemimpin UMNO perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam usaha mendepani landskap politik baharu dan ketidaktentuan ini, bagi kelangsungan parti itu.
“UMNO mesti kembali menjadi juara dalam membela nasib rakyat,” katanya lagi.
4 ulasan:
TT sebut cuaca iklim siapa pun tak ambil pot. eko gapo eko gapo bukan saja dalam pati lebbai. esok lusa COP28. saudi nak pakai nuklear. pakai solar tapi peras percuma bahan chemical afrika. sudah tiada masa, mesin kitar sampah wajib dicipta. sementara itu, hentikan bazir dan buang makanan.
Nak ubah tradisi rasuah ingat senang kah, nak ubah budaya subsidi senang kah, senang cakap dekah dekah depan orang, semua tahu pemimpin yang dok meraung raung hidup Melayu yang sapu semua hak Melayu malah hak semua rakyat Malaysia, kah kah kah
gua tengok tv.. gia nampa nga ko ming bagi ampau kat pasar taiping.... baru gua tau ampau bukan rasuah.. kah kah kah
Ketuanan Melayu tu apa ..Zahid, Najib kompol biliyun2 ..JJ tinggalkan 2 biliyun, ini lah hasilnya Ketuanan Melayu.. nelayan dapat 100 hinggit one-off ..syookor..idop Melayu ..idop Ketuanan Melayu ..
Catat Ulasan