Sabtu, 11 Mac 2023

MELAYU SOKONG BERSATU




Muhyiddin jadi mangsa kerana Melayu pilih Bersatu, kata pemuda Bersatu

MUHYIDDIN Yassin menjadi mangsa pendakwaan terpilih kerana Bersatu dan PN kini menjadi pilihan utama orang Melayu, kata pemimpin pemudanya Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Armada Bersatu itu berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menunjukkan Bersatu kini dilihat menjadi pilihan pengundi Melayu berbanding Umno.

“Pendakwaan terpilih seperti ini, yang dimotivasikan ketakutan melampau terhadap pengaruh Bersatu dalam politik Melayu, amatlah mendukacitakan.

“lanya jauh sekali dari adil, dan amat tidak berperikemanusiaan. Bagi orang Melayu, Umno telah kehilangan kompas moral dan keabsahan politiknya,” katanya.

Dalam ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pagi ini, Wan Ahmad Fayshal menganggap gabungan Umno dengan PH tidak suci kerana tiada misi besar politik Melayu.

“Menerusi pakatan tidak suci ini, Umno menganggap kononya mereka mewakili orang Melayu di dalam PH.

:Sedangkan sokongan Melayu kepada Umno semakin merosot dan ia terbukti dengan jumlah kerusi yang dimenangi parti itu sejak PRU-13 lagi,” kata ahli Parlimen Machang itu lagi.

Dalam perhimpunan di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia itu, beliau juga berkata tuduhan dihadapi presiden mereka tidak seperti skandal melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau juga percaya perkara itu akan dapat dibezakan pengundi.

“Saya ingin ingatkan, bahawa Muhyiddin bukan Najib. Jauh sekali terlibat dalam skandal kewangan terbesar dunia seperti 1MDB.

“Orang Melayu lebih pandai menilai mata yang permata dan mana yang kaca,” tegasnya.

Ucapannya itu bagi mempertahankan Muhyiddin yang berdepan empat tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta di mahkamah semalam.

Beliau seterusnya menganjurkan agar Bersatu dan PN membentuk agenda baharu untuk orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang pernah dilaksanakan kerajaan.

“Wakil-wakil rakyat Bersatu dan PN mempunyai keabsahan demokratik untuk menawarkan satu pembawakan baharu kepada politik Melayu agar ia tidak terus tenggelam dalam pembawakan politik yang diterajui PH.

“DEB sebagai sebuah model ekonomi yang diiktiraf badan antarabangsa merupakan instrumen yang terbukti membina kemakmuran negara tanpa membelakangkan survival orang Melayu dan Bumiputera,” katanya lagi. – 11 Mac, 2023.

ANALISA NI

ADA BENAR

ADA SALAH

AMIN

BETUL MELAYU

SOKONG BERSATU

AMIN

INI TAK JADI

HALANGAN

AMIN

YG MENAKUTKAN

PMX INI IALAH

LANGKAH  HADI

KAH KAH KAH

KALAU HADI 

BERJAYA PMX

AKAN JADI XPM

KAH KAH KAH

JADI SEBELUM

LANGKAH DIBUAT

LEBIAH BAIK

TERKAM DULU

AMIN

INI STRATIJI

BENAR BETUL

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan bukan jangan silap, sebaik ada kuasa sebaik duduk kerusi PM, moto utama mahu mencari kekayaan mencari kuasa wang supaya dapat bela diri keluarga kroni parti semua sekali, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sapa bagi duit akan sokong, itu pasti dari dulu, sejak Mahathir dahulu kala sampai sekarang, begitu lah, tapi dia selalu bising sekarang zaman Bossku, kah kah kah sebenarnya dia ajar jalan jalan rasuah, jalan jalan buat duit dengan koprat keparat penswastaan semua kah kah harta kerajaan harta rakyat dijadikan milik SDN BHD kepada orang dia lah, ramai Melayu sudah lupa kah kah kah apa pun kita sokong kerana dunia ketiga memang macam ITU, kah kah kah syukur alhamdulliah