Ahad, 12 Mac 2023

PEMINTAAN MUHYIDIN YANG TEPAT

 


Siasat juga dana politik PKR, Umno, gesa Muhyiddin kepada SPRM


PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat juga sumber kewangan PKR dan Umno sama seperti siasatan mereka ke atas Bersatu, selepas beliau didakwa di mahkamah berhubung kewangan partinya.

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa sebahagian besar parti politik yang pernah menjadi kerajaan sebelum ini menerima dana politik dan tidak seharusnya SPRM memberi perhatian hanya kepada Bersatu.

“Saya hendak cabar SPRM supaya siasatlah Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi. Mereka berdua adalah presiden PKR dan Umno, siasatlah dari mana punca pendapatan PKR dan Umno. 

“Tidakkah mereka juga menerima dana politik daripada ahli-ahli perniagaan?” kata Muhyiddin, ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.

“Banyak laporan telah dibuat oleh ahli-ahli parti kita supaya SPRM menyiasat sumber dana parti-parti ini. 

“Tetapi yang disiasat hanyalah Bersatu, yang didakwa hanyalah saya sebagai presiden Bersatu.

“Parti lain dan presiden parti lain dikecualikan daripada siasatan dan pendakwaan, bukankah ini suatu bentuk pendakwaan politik yang terpilih?” kata Muhyiddin. – 12 Mac 2023. 

SARANAN

MUHYIDIN INI

BETUL

AMIN

SPRM  WAJIB

SIASAT JUGA

PUNCA DANA

PKR & GEROMBOLAN

AMIN

TAPI MUHYIDIN

SILAP BESAR

KAH KAH KAH

INI BUKAN HAL

PUNCA DANA

KAH KAH KAH

SEMUA TAHU

PARTI POLITIK

DAPAT DANA

DARI CUKONG &

KONTREKTOR

AMIN

INI STRATIJI

NAK PATAHKAN

LANGKAH HADI

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau sendiri kena tangkap, boleh minta semua lain pun tangkap jugak, ini terbaik cara kah kah kah, jawab lah di mahkamah, kenapa takut? Kalau betul tak payah takut woit kah kah cerita cerita macam ini macam takut saja kena macam Bossku, kah kah kah cerita mula pusing pusing tolak tarik nak bina cerita baru kah, sekali masuk mahkamah semua terbarai kah kah siapa jadi Kheng? Masih orang lain atau Yahudi atau DAP atau siapa? Tuduh sini tuduh sana, sendiri punya cerita macam mana kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bila kena mintak siasatan semua, bila ada kuasa tak siasatan pun kah kah kah sesiapa pun sama, kalau kena tahu hidung baru rasa, kalau susah orang kita tak rasa, kalau senang orang kita pun bukan merasakan amin, kalau curi duit rakyat mereka tak rasa susah, yang rasa susah rakyat lah sama sama adil saksama kan? Kah kah kah sembang kari lebai kebaikan pun mana ada woit kah kah kawan dengan Tak Ezi lagi banyak keuntungan bersih suci murni kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalu gua bg derma politik kpd parti KIMMA camne hah? Nak mintak kontrek supply tosey kesekolah pun KIMMA takde kuasa menang pilihanraya 1 kerusi pun tak jd boleh ke derma gua dikira rasuah?

Tanpa Nama berkata...

Berapa punya parpu la Midin abah cow ni.. engkau tu kerajaan,kalau org hulur duit tu mestilah nak habuan. Hulur kat pembangkang tu gamble. Belum tentu dapat habuan. Kalau ikut lojik abah cow ni, sekarang dah halal dan tak salah di segi undang2 lah kalau semua taikun nak hulur duit dekat PMX.