Isnin, 17 April 2023

APAKAH INI WAYANG TAMIL ?



SPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar?


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, badan penguat kuasa itu bertindak demikian selepas Sivakumar hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberikan keterangan.

Menurutnya, SPRM kini dalam usaha melengkapkan siasatan terhadap dakwaan pembantu kanan menteri itu menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah.

Suapan itu didakwa sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

“Sivakumar telah dipanggil SPRM semalam (Ahad) untuk bantu siasatan susulan siasatan terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.


“Ahli perniagaan berkenaan dipercayai membuat public relation mewakili Sivakumar untuk meminta wang kepada individu tertentu yang menjalankan projek kerajaan di kementerian itu.

“Sebagai jaminan agar mereka dapat meneruskan projek dilaksanakan selain menjanjikan akan diberikan projek lain selepas itu,” kata sumber kepada portal terbabit.

Tambah sumber, perbuatan yang dilakukan ahli perniagaan itu disyaki berada di bawah pengetahuan kedua-dua pegawai Sivakumar yang dikatakan pernah menyaksikan pemberian wang itu.



APA MAKNA

BERITA INI ?

AMIN 

APAKAH INI

WAYANG TAMIL

ATAU TEATER

AMIN

TEATER NAK

TUNJUK ANWAR

ALWAN RASUAH

ATAU

PROJEK NAK

TIBAI DAP

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah wayang atau drama begitu lah berdiri siri, satu pihak mahu ampun ampun selepas didapati bersalah, satu lagi teater siang hari melawan rasuah, mana satu boleh dapat tontotan ramai? Ada beza tak berjuta berbillion trillion? Atau kerana parti lain kaum lain lain beza banyak kah kah kah, apa pun Bossku tetap nombor satu dunia kah kah kah wa caya sama lu lah Bossku