Rabu, 17 Mei 2023

HANYA ADAAN SATU KEMPEN


Pakatan mahu tumbangkan PAS Kelantan

KETIKA rundingan kerusi sedang berjalan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN), Pakatan Harapan (PH) tidak mahu “tamak” dengan tuntutannya di Kelantan, kata seorang pemimpin pemuda.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan berkata agenda utama PH dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menghalang PAS daripada memenangi semula negeri itu.

“PH tidak tamak (tentang kerusi di Kelantan). Yang penting pastikan kerajaan PAS tumbang,” kata Hazmi kepada The Malaysian Insight.

Hazmi berkata rundingan PH-BN sedang berjalan di Kelantan dan belum ada sebarang keputusan muktamad.

“Kita (PH dan BN) jangan (bertelagah) kerusi, yang boleh menyebabkan PAS menang mudah.

“PAS akan cuba menggunakan peruntukan kerusi, logo dan perkara lain sebagai isu (provokasi) tetapi saya rasa parti (dalam PH dan BN) sudah bersatu sekarang,” katanya.

Sebanyak 45 kerusi negeri dipertandingkan di Kelantan.

Pada 2018, PAS memenangi 37 kerusi di Kelantan, lapan daripadanya dimenangi BN.

Mengambil kira keputusan lepas, Hazmi berkata Umno mempunyai kelebihan di Kelantan.

“Kita tahu Kelantan adalah negeri Melayu dan secara tradisinya Umno selalu menentang PAS.

Umno sudah lama berada di Kelantan dan hampir memenangi negeri itu pada 2004, satu faktor yang akan dipertimbangkan dalam pembahagian kerusi, kata Hazmi.

PAS memegang Kelantan sejak 1990.

Pilihan raya di enam negeri dijangka diadakan seawal Jun, dengan masing-masing bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri mereka pada masa itu.

Enam negeri itu adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Baru-baru ini, Pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain berkata tiada perbincangan mengenai PH menggunakan logo BN pada PRN. – 17 Mei, 2023.

ADAKAN

KEMPEN TEH TARIK

AMIN

PANDANG DEPAN

PANDANG KIRI

PANDANG KANAN

SEMUA NAMPAK

TEH TARIK

AMIN

TAK PERLU ISU

LAIN

TAK PERLU CERITA

LAIN HANYA

TIMBULKAN

 TEH TARIK

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak mungkin anak murid setuju.. kah kah kah