Isnin, 17 Julai 2023

SANUS MELAYU PALING POP



Kurang 24 jam, TikTok baru Sanusi raih lebih 160,000 pengikut

Akaun terbaru aplikasi TikTok milik Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor sudah meraih lebih 160,000 pengikut dalam tempoh kurang 24 jam, sebagai tanda populariti ahli politik PAS itu susulan serangan terhadapnya oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Umno.

Semakan di aplikasi itu mendapati akaun dengan nama @sanusimdnor74 itu kini mempunyai lapan klip video dengan 164,300 pengikut dengan hampir 100,000 sukaan setakat ini. 

Akaun baharu itu diwujudkan bagi menggantikan akaun asalnya di bawah nama pengguna @sanusimdnor yang nampaknya disekat, mendorong Sanusi menuding jari kepada kerajaan yang katanya cuba menutup mulutnya menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Kalau mereka betul anak jantan, pulangkan TikTok saya," katanya dipetik dalam satu ceramah di Baling, Sabtu lalu. 

Difahamkan bahawa akaun TikTok asal telah dipulihkan dan boleh diakses semula pagi ini.

"Yang (akaun baru) dibuat semalam apabila TikTok asal disekat. 

"Tapi yang asal pun dah okay balik dah pagi ni. Depa takut," kata Setiausaha Akhbar Sanusi, Muhamad Mat Yakim.

Kerajaan menafikan bahawa telah menyekat akaun TikTok Sanusi, mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan mana-mana akaun pengguna di negara ini kerana platform media sosial itu dimiliki oleh firma teknologi China, Bytedance Ltd. 

Bagaimanapun, sejurus selepas gabungan PH-BN membentuk kerajaan tahun lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan TikTok kerana aplikasi itu dikatakan memberi manfaat kepada Perikatan Nasional semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15. 

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menulis surat kepada syarikat media sosial meminta kerjasama untuk menghapuskan siaran oleh pengkritik kerajaan.


SANUSI POLITIKUS

MELAYU PALING

POPULAR

AMIN

SANUSI GANTI

MAT SABU

KAH KAH KAH

SUARA DARI

BUMI MELAYU

TANPA TAPISAN

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah orang Malaya suka orang lawak orang buat komidi berdiri semua boleh ketawa boleh hilang duka, apa yang orang suka dengar? Kebenaran atau komidi? Sanusi genrenya komidi, muka komidi riak komidi budak kampung budak pernah susah pernah lawan naik motor kah kah kah tapi jadi MB kerana cerdik akal atau cerdik komidi? Ini sebabnya orang bijak pandai tidak boleh jadi ahli politik susah kena buat komidi kena buat lawak supaya dapat tarikannya rasanya kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sini nak famous senang saja, cakap anti culture, lawan, duduk depan truck FRU Tian Chua, gigit manusia lain Gobala ramai lagi lah kalau tengok sejarah kah kah kah, manusia ini ada cara nak curi perhatian orang lain, pakaian pelik cakap pelik perbuatan pelik semua akan tarik perhatian, Mazlan pointer jadi famous pasal apa? Rosmah famous pasal apa? Sebab beg atau karenah? Manusia problem ini ramai dalam negara, kah kah kah latest Insp Sheila kah kah kah kerana Hina tengking jadian famous maggie mee, sekejap famous WOW WOW kah kah jadi ini semua taktik cari perhatian kah kah kah kalau masih tak faham cakap apa pun tak faham jugak woit kah kah kah