Ahad, 13 Ogos 2023

ANWAR HILANG PENGARUH DI KAMPUNG SENDIRI



PH hilang 'taring' di Permatang Pauh
Bermula dengan kekalahan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Nurul Izzah Anwar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PH dilihat seakan-akan hilang taring untuk mempertahankan pengaruh di kubu kuat gabungan itu.

Lebih mengejutkan apabila PH kecundang kepada Perikatan Nasional (PN) di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, masing-masing Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

Keputusan di DUN Seberang Jaya yang menyaksikan pertembungan dua penjuru memihak kepada PN yang diwakili Izhar Shah Arif Shah dengan majoriti 4,926 undi.

Menerusi portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Izhar Shah berjaya meraih 20,877 undi, sekali gus mengalahkan lawannya yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim.

Kemenangan di DUN Penanti turut memihak kepada PN menerusi wakilnya, Zulkefli Bakar dengan majoriti 3,575 undi.

Zulkefli yang juga Pengerusi BERSATU negeri meraih 12,586 undi dalam persaingan dua penjuru, sekali gus membenam lawannya dari PH, Rosidi Hussain yang memperoleh 9,011 undi.

Beralih ke DUN Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim dari PN berjaya menundukkan lawannya dalam pertembungan dua penjuru dengan majoriti 3,108 undi.

Amir Hamzah dari PAS meraih 13,526 undi, sekali gus menundukkan calon AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (10,418 undi).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Bakhtiar Wan Chik, mengakui akur dengan kekalahan itu, biarpun persediaan sudah dibuat, sejurus PRU15 selesai.

Bercakap pada sidang media malam tadi, Bakhtiar turut menyifatkan kekalahan di tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh itu sebagai pengajaran kepada PKR untuk memperbaiki prestasi parti berkenaan.

"Tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh menjadi antara fokus PKR selepas kekalahan Nurul Izzah pada PRU15. PKR mahu beri signal (isyarat) kita mahu hentikan gelombang hijau.

"Bagaimanapun, saya masih belum terima analisa keputusan bagi ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, namun saya rasa ia adalah persaingan sengit.

"Kalau ketiga-tiga DUN ini kalah dengan majoriti yang kurang berbanding PRU14, ini menunjukkan kita masih berpeluang memperbaiki prestasi di tiga DUN berkenaan," katanya.

WOIT

JELAS SAHIH

PENGARUH

ANWAR DI KUBU

KUAT PKR DAH

HANCUR

AMIN

PERMATANG PAUH

ADALAH KAMPUNG

ANWAR

AMIN

KINI PENGUNDI

TOLAK

 BULAT BULAT

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

loo berkata...

cheebye la......Mahathir akan dihapuskan la