Rabu, 30 Ogos 2023

PEGAWAI JABATAN AGAMA JUGA DITUDUH




Bekas penolong pegawai JAIM nafi tipu lebih RM154,000

MELAKA – Seorang bekas Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan bagi mendapatkan bayaran balik emolumen berjumlah lebih RM154,000, sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Anuar Md Zin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan empat individu untuk mempercayai  resit rasmi bagi maksud pembayaran balik emolumen imbuhan tetap perumahan (ITP), elaun bantuan kos sara hidup (COLA) dan sejumlah elaun kakitangan awam (EKA) kerana peletakkan jawatan JAIM-KPM (1/12/2016 – 30/11/2018) keseluruhannya berjumlah RM154,864.40 adalah tulen.

Kesalahan itu dilakukan antara 8 November 2017 hingga 19 Julai 2018 di Pejabat Bahagian Sumber Manusia 2, JAIM dalam daerah Melaka Tengah yang mana mereka tidak akan menyerahkan harta itu sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Melaka, Nur Syakila Yaacob mencadangkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Mohd Nazri Abd Hamid memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya seoeang bapa tunggal kepada tiga orang anak dan perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Hakim Elesabet membenarkan jumlah jaminan berkenaan dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri sekali sebulan di pejabat SPRM Melaka.

Mahkamah menetapkan 15 September ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. –

   WOIT

INI BARU

DITUDUH BELUM

DIDAPTI SALAH

AMIN

YANG DAH SALAH

NAK LARI HANYA

NJAIB & ROSMAH

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah tak kira siapa kalau duit semua mata kelabu, apa lagi ada peluang semua terjun laut cari duit senang mudah kah kah kah sudah jadi budaya orang kita tak kira apa jawatan dapat peluang semuanya begitu yang tak dapat meratip hulu hilir yang dapat senyap menyap kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

TaT mentedarah duit tak de hal .. TaT ade ayat untuk terus masok ke syurga tanpe ado soal-jawab di lobang bontot .. ooop maksud gwa lobang kobor. Tak caya lu tanye Incik Najibosskue ..

Tanpa Nama berkata...

Semua ini fitnah tidak mungkin ini mesti kerja Yahudi mesti kerja DAP rosak nama rosak akidah semua Isle baik kah kah kah fitnah jangan lupa kacang jangan lupa kulit, sebab tak boleh makan kulit terus dilupakan woit kah kah kah