Isnin, 4 September 2023

POLITIKUS PKR GANAS


Ahli politik PKR didakwa dera pembantu rumah Indonesia

POLIS sedang menyiasat dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia membabitkan bekas ketua pemuda cabang PKR.

Malaysiakini melaporkan lelaki itu didakwa tidak membayar gajinya selama empat tahun bekerja serta didera secara fizikal dan lisan.

Dia juga didakwa memaksanya menanggalkan pakaian sebelum menyiram dengan air panas sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Beliau adalah ahli parti tetapi tidak memegang sebarang jawatan lagi,” kata Ketua Setiausaha Pengelola PKR Zahir Hassan ketika dihubungi portal berita itu.

Turut didedahkan bahawa ahli PKR itu - berpangkat Datuk - dipaksa merentangkan tangannya ke lantai kemudian dilempar pasu bunga ke tangannya.

“Ini mematahkan jari kelingking saya dan mencacatkannya secara kekal,” pembantu rumah terbabit dilaporkan sebagai berkata. 

Dalam kejadian lain, dia didakwa mengancam untuk memukulnya jika tidak menanggalkan pakaian, dan apabila melakukannya, dia menyimbah air panas ke atas pembantu rumah berkenaan.

Wanita berkenaan mendakwa penderaan yang dialaminya itu bermula sebaik saja dia mula bekerja di rumah lelaki terbabit pada 2018.

Pembantu rumah berkenaan turut mendakwa ditendang manakala badan dan kepalanya dihentak, dicengkam rambutnya dan dihempap ​​ke dinding, dipukul di kepala dengan pelbagai objek, selain cuba dilemaskan.

Wanita berusia 57 tahun itu kini berada di bawah perlindungan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata nama lelaki itu akan dimasukkan dalam senarai 95 nama yang disyorkan kepada Jabatan Imigresen Indonesia untuk dilarang memasuki negara itu.

Indonesia telah menyenaraihitamkan 103 rakyat Malaysia daripada memasuki Indonesia kerana terbabit dengan penderaan dan pelbagai bentuk eksploitasi buruh terhadap rakyatnya.

“Kitaran penderaan dan eksploitasi yang menyasarkan pekerja rumah tangga Indonesia berterusan, selalunya di tangan orang yang mempunyai kedudukan sosial, kekayaan dan berpendidikan.

“Mereka ini adalah orang yang sengaja tidak menghiraukan hak pekerja dan berpandangan menghina pembantu rumah,” katanya. – 4 September, 2023.

WOIT

INI KES JAHAT

AMIN

LEBIH JAHAT BILA

DILAKUKAN OLEH

POLITIKUS

AMIN

LAGI TAMBAH

JAHAT OLEH

POLITIKUS MADANI

KAH KAH KAH

WOIT

PERANGAI JAHAT NI

KERANA TAK HAFAL

HADIS NAWAWI

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

parti kotey rakus

Tanpa Nama berkata...

mahu fetis yang aneh aneh, carilah yang setara kekuatan lawannya. maka benar sekali lagi labon TT ini putty baru belajar nak menyakau