Selasa, 19 September 2023

HAL DEMO BOLEH SELESAI



25 tahun lalu ratusan

 demo diadakan,

 naik kerajaan 

orang lain tak

 boleh buat – Pembela

KUALA LUMPUR – Polis tidak perlu tergesa-gesa mengambil tindakan terhadap penganjur ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ atau mereka yang terlibat memberikan ceramah pada perhimpunan itu.

Ini kerana tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku berbanding siri-siri demonstrasi yang pernah dilakukan oleh pihak lain sebelum ini, kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya.

Tambahan pula, berdasarkan akta baharu, tidak perlu perhimpunan yang diadakan memohon permit polis sebaliknya, hanya sekadar memaklumkan kepada pihak berkuasa itu.

“Tiada pun apa-apa insiden yang tidak diingini telah berlaku berbanding siri-siri demonstrasi Bersih dahulu yang menyebabkan kenderaan dan harta awam banyak yang rosak dengan keadaan yang begitu huru-hara.

“Lagipun akta baharu tidak perlu pun kepada permit cuma sekadar memaklumkan saja kepada pihak polis. Apa yang mahu dikecoh-kecohkan pula?” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Tambah beliau, Anwar Ibrahim juga sangat arif dengan perhimpunan-perhimpunan seperti itu termasuk pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menjadikan demonstrasi sebagai wadah untuk menyatakan pandangan mereka.

“Semenjak 25 tahun lepas, entah berapa ribu atau ratusan demo telah diadakan oleh puak-puak ini.

“Tiba-tiba naik kerajaan, orang lain tak boleh buat pula walaupun mengikut undang-undang?” soalnya.

Untuk rekod, sekurang-kurang 25 individu dipanggil untuk diambil keterangan berhubung himpunan yang diadakan pada Sabtu lepas.

Kesemua mereka diarahkan supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengikut masa dan ketetapan waktu. – 

WOIT

PERKARA DEMO

 SENANG SELESAI

AMIN

SUSUN ATUR

BUAT LAGI

AMIN

BUKAN 

RATUS RATUS

BUKAN RIBU RIBU

TAPI TURUN 

RATUS RIBU

KE JALAN RAYA

AMIN

BILA JUMLAH

RATUS RIBU SEMUA

SUARA AKAN

TENGGELAM

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pembela tak nak demo suruh menantu balik dan pulangkan duit Rakyat berbilion yang dicuri

Tanpa Nama berkata...

ini terbaik..dulu isham rais tibai mat ISMA ni.kini , demi mengolah persetujuan utk menjatuhkan anwar, maka isham rais sokong mamat ISMA ni..bro, lu fikir mat ISMA ni bole diajak minum dom perignon semeja ke?cuba lagi bro..ramaikan kawan, kurangkan musuh dan lu bersatu demi mengolah persetujuan utk menjatuhkan anwar.lepas lu org menang, lu orang gaduh balik..ulang ulang sampai mampos..

Tanpa Nama berkata...

kepada PEMBELA dan ISMA , sila berjumpa dengan tok guru sakai isham rais utk menuntut dan menurunkan ilmu sakai mengatur demo.kata org2 tua, jaga2 sikit dgn sakai ni..dia pikirkan air mabok dia je.apapun tiada la salah utk mengolah persetujuan antara sakai dan PEMBELA ISMA demi menjatuhkan anwar..lepas anwar jatuh, korang bole g mabok kat langkawi dgn menaiki lrt dari jeti kedah..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

25tahun dulu , pendemo kena tibai dgn gas, air hijau, dipukul..apakata POLIS dan mata2 buat benda yg sama demi mengenang peristiwa yg lalu..oh ya, masa tu mahatir asal kerala jadi perdana menteri..oh ya, mahatir ada fixed deposit di bank if israel..PEMBELA dan ISMA sila celik mata punai..oh ya, kerana demo la maka isham rais jadi jutawan ISA..