Jumaat, 5 Januari 2024

LAWAN ZIONIS INTERNATIONAL DAN ZIONIS TEMPATAN


1.9 juta penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, kata UNRWA

AGENSI Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus daripada jumlah penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal.

Ini termasuk beberapa penduduk yang berpindah beberapa kali kerana mencari tempat selamat untuk berlindung, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA berkata hampir 1.4 juta orang pelarian dalam negara (IDP) berlindung di 155 kemudahan UNRWA di semua lima wilayah.

Rafah kini menjadi tempat perlindungan utama bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dengan lebih sejuta orang tinggal berhimpit-himpit di dalam ruang yang sangat sesak di wilayah itu.

Ini berikutan peningkatan pertempuran di Khan Younis dan Deir al Balah selain perintah pengusiran tentera Israel.

Justeru usaha mendapatkan angka tepat bagi bilangan sebenar IDP menjadi tugas yang mencabar.

UNRWA berkata bilangan IDP di wilayah utara tidak dikemas kini sejak 12 Oktober lepas kerana kekangan akses dan keadaan keselamatan yang menghalang pengesahan dibuat. – Bernama, 4 Januari, 2024.

ZIONIS ADA

DUA JENIS

AMIN

SATU

 INTERNATIONAL

SATU TEMPATAN

AMIN

KITA WAJIB

LAWAN DUA DUA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua tak nampak zeonis disini yang ada gua nampak kominis taliban ltte.. kah kah kah