Jumaat, 5 Januari 2024

PROJEK HADI ADA KE TAK ADA ?


Perikatan tak amal budaya beli ahli Parlimen, kata Hadi


PERIKATAN Nasional (PN) mengamalkan politik demokrasi sebenar dan tidak memerlukan budaya membeli sokongan ahli Parlimen untuk mengguling kerajaan, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, dalam sistem demokrasi, perubahan dilakukan oleh rakyat secara langsung melalui pilihan raya atau wakil rakyat yang dipilih mengadakan undi tidak percaya di Parlimen atau menyatakan SD yang mencukupi jumlahnya. 

“PAS dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung, tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ ahli Parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata mengamalkan politik demokrasi yang sebenar. 

“Kami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama PAS sejak penubuhannya sehingga kini,” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Beliau mengulas dakwaan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Ismail Yusop minggu lalu, tentang usaha untuk menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dinamakan “Langkah Dubai”.

Langkah Dubai didalangi pemimpin PN dan pihak kerajaan perpaduan, dan satu pertemuan telah diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hujung Disember lalu, dakwa Ismail.

Mengulas lanjut perkara itu, Hadi berkata beliau bersetuju dengan pandangan wartawan veteran usaha untuk menjatuhkan kerajaan mestilah datang daripada pihak yang mempunyai wang.

“Pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah. 

“Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita. 

“Pada masa yang sama, pihak yang menyokong pihak pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan,” katanya. – 5 Januari, 2024.

WOIT

PROJEK HADI

BERJALAN TANPA

FULUS

KAH KAH KAH

BOLEH KAH

YB UMNO 

BERGERAK

TANPA FULUS ?

KAH KAH KAH

MUSTAHIL YB UMNO

BERGERAK KERANA

NUSA & BANGSA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pulau jadi lulus, janji jangan capati kena tepati tapi siapa nak Bayor? Anak Mahathir atau Daim? Siapa tukang bayar? Tauke judi atau tauke genting? Siapa nak bayar? Kah kah kah tak bayar susahnya kena masuk mahkamah entahlah betapa lamanya kah kah kah wayang pulus bermula kah semoga segalanya hasil halal syukur alhamdulillah