Ahad, 18 Februari 2024

MYDIN SEKOLAHKAN MAT BELOT



Inilah cara yang betul – Ameer Mydin


KUALA LUMPUR – Keputusan Kerajaan untuk menyemak cadangan pengenalan satu gred beras putih Madani Malaysia di Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan seterusnya mendapat kelulusan Kabinet adalah proses yang betul.

Pengarah Urusan Mydin  Ameer Ali Mydin berkata, beliau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri i Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  Mohamad Sabu mengenai isu tersebut.

“Ini satu cadangan yang baik. Biasa proses macam inilah, ada perbincangan dengan NACCOL lepas itu pergi kepada Kabinet. Kemudian barulah perdana menteri atau menteri buat pengumuman.

“Ia mengikut proses yang betul. Pemegang taruh boleh memberikan pendapat. Di NACCOL pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan bentang kertas cadangan dengan ulasan. Inilah cara dia,” kata Ameer.

Beliau berterima kasih kepada perdana menteri dan menteri kerana membuat penjelasan mengenai isu tersebut.

Beliau dan ramai ahli perniagaan sebelum ini keliru dengan pengumuman yang dibuat Mat Belot  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal seolah-olah negara akan menjual satu gred beras sekali gus menghapuskan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI).

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu menjangkakan kerajaan tidak akan menghapuskan SSI kerana pengeluaran beras tempatan masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan.

“Saya rasa keputusan di NACCOL dan Kabinet akan sama. Kalau kita mansuhkan SSI, bekalan beras nak dapat kat mana? Sebab kita punya kapasiti pengeluaran tidak sampai 60 peratus.

“Macam-mana kerajaan ikthirkan, cadangkan, akhirnya barang itu (beras) kalau tak ada, tak boleh buat.

“Kita ini berniaga kalau semua (beras) boleh jual RM30 lebih baik untuk kita. Sebab lebih banyak beras boleh dijual, kalau kita dapat untung RM1 satu kampit lebih daripada cukup untuk kita tetapi kita kena sedia maklum dan kena faham situasi global dan dalam negara,” katanya.

Sementara itu Ameer turut menjangkakan walaupun harga beras tempatan dinaikkan kepada RM30 hingga RM32 ia masih tidak boleh menampung permintaan.

Ini kerana perbezaan harga antara beras tempatan dan import begitu ketara berbanding sebelum ini dan pengeluaran padi tempatan kurang 60 peratus daripada permintaan.

“Nak pergi normal macam dulu mungkin tak. Sebab beza harga itu jauh sangat. Dulu beras tempatan RM26 beras import pula RM30 hingga RM32. Beza tak jauh.

“Sekarang walaupun kita jual RM30 tapi harga beras import RM40. Kalau beza itu jauh sukar nak tampung (permintaan) dalam pasaranlah,” kata beliau.

Mohamad Sabu hari ini berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan mewujukan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.

Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat NACCOL seperti yang diulas Anwar semalam.

Mat Belot  yang mengetuai Task Force (Kluster Makanan) NACCOL sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

Ia sekali gus bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.-

MAT BELOT

YANG BEBAL

NAK TUNJUK TERER

KAH KAH KAH

LEBIH SUDU

DARI KUAH

AMIN

LEBIH BODEK

DARI TELOR

AMIN

LEBIH BULU

DARI BATANG

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pertembungan antara kapitalis populis pemegang saham keuntungan terkumpul apabila dasar menentu nasib makan minum rakyat kah kah kah siapa akan menang siapa akan untung adakah kerajaan menjadi penganjur perbincangan atau membuat produksi sendiri tanam sendiri tuai sendiri kah kah kah, semuanya ada kepentingan sendirilah itu pasti dalam negara ku ini amin, akhirnya rakyat terpaksa akur dengan apa jua deal yang dicapai oleh mereka-mereka yang memerintah kah kah kah itulah kuasa demokrasi sebenarnya amin syukur alhamdulillah orang kita amat baik sekali

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah... mat karbala tengah sibok hal us syria.. lupa dia cuma menteri cucuk tanam.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

lebih mudah salahkan mat belot dari salahkan meteri dan perdana menteri..ini kesan menjadi balaci madanon.. kah kah kah.