Sabtu, 20 April 2024

MANA YANG BETUL ?


Jenazah Tun Hanif Omar dibawa ke Masjid Negara, dikebumikan di Makam Pahlawan

SHAH ALAM –  Situasi sedih menyelebungi kediaman bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar di Shah Alam pagi ini berikutan pemergiannya pada awal pagi tadi.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.15 pagi tadi. – MalaysiaGazette

Tun Hanif selamat dikebumi sebelah pusara anak

KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan pada 3.17 petang tadi.

Bekas Ketua Polis Negara itu dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, bersebelahan dengan pusara anaknya, arwah Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara selepas dibawa daripada kediamannya di Shah Alam pagi tadi.

Turut hadir mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham sebentar tadi adalah anaknya Kapten Abdul Rahmat Omar; Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri dan Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mohammed Hanif meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi.

Beliau merupakan sosok bekas KPN yang amat berjasa dan banyak terlibat dalam peristiwa penting negara ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.

Beliau turut terlibar bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada Persidangan Manila berhubung penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963 sekain dan menjadi wakil Kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai yang dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand. – MalaysiaGazette

WOIT

BERITA MANA 

YANG BETUL ? 

AMIN

MUSTAHIL ADA

DUA TUN HANIF

AMIN

ATAU ADA CERITA

DI BELAKANG BERITA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua benda lu speculate... susah jadi lu... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sebab kena rashia : to keep the many people who will pi...on his grave.