Jumaat, 31 Mei 2024

SATU LAGI JANJI ANWAR IBRAHIM




Miskin tegar Sabah akan berakhir pada Julai, kata PM

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan tegar di Sabah dihapuskan menjelang akhir Julai tahun ini, lapor Bernama.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai kerana jumlah ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Sabah kini menurun kepada hanya 9,000 berbanding 20,000 sebelum ini.

Isu kemiskinan tegar di Sabah katanya, jauh lebih serius berbanding negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor dan justeru, kerjasama bersepadu antara kerajaan pusat dan negeri perlu diperkukuh ke arah menyelesaikan masalah itu.

“Kemiskinan tegar bermakna mereka tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah, makanan yang sesuai atau susu formula bayi. Sebab itu kerajaan pusat dan negeri berganding bahu membasmi kemiskinan tegar.

“Kami mahu membasmi kemiskinan tegar di Sabah pada penghujung Julai 2024. Ini adalah keutamaan kami. Kita boleh bercakap tentang isu lain, tetapi jika anak kita tidak cukup makan, tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang hari ini.

Pesta Kaamatan selama sebulan bermula dengan upacara perasmian di Ranau pada 1 Mei. Pesta menuai itu kini telah berkembang menjadi perayaan perpaduan yang disambut oleh rakyat pelbagai latar belakang di Sabah, serta seluruh negara.

Dalam ucapannya, Anwar juga berkata selain usaha membasmi kemiskinan tegar, perkara berkaitan sekolah usang dan isu bekalan air di Sabah juga sedang ditangani terutama melibatkan peruntukan yang diluluskan kerajaan persekutuan.

Ini termasuk isu bekalan elektrik memandangkan Sabah masih menghadapi masalah itu, katanya.

Anwar berkata perbincangan berterusan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah tradisi baik yang membuktikan hubungan rapat antara kedua-duanya.

“Melalui perbincangan ini, kami mungkin mengubah suai beberapa rancangan sedia ada dan memberi perhatian kepada cadangan baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Anwar berkata keputusan untuk mengecualikan Sabah dan Sarawak dalam menyasarkan semula subsidi diesel diambil berikutan penggunaan diesel yang berleluasa di Sabah berbanding negeri lain di semenanjung.

Ia juga berdasarkan keperluan rakyat dan bukannya atas permintaan kerajaan negeri terbabit, katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata pelarasan tarif elektrik baru-baru ini berjaya menjimatkan kira-kira RM4.5 bilion wang kerajaan, manakala pelaksanaan subsidi diesel yang disasarkan selama setahun dijangka menjimatkan RM4 bilion.

“Jadi, selama ini kita beri RM8 bilion dalam bentuk amal atau subsidi kepada orang kaya dan warga asing. Sekarang, bila kita berhenti, kita simpan (wang kerajaan).

“Saya perlu menyatakan perkara ini kerana ada pihak yang mungkin menjadikan ia sebagai isu politik. Subsidi bersasar adalah langkah yang diambil untuk memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – 31 Mei, 2024.

WOIT

INI JANJI

SILA INGAT JANJI

DAN TARIKH INI

AMIN 

KALAU JADI

MEMANG HEBAT

KAH KAH KAH

JIKA KANTOI

SAH MAT LEBONG

MELEBONG

DI SABAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Miskin tegar diselamatkan, tapi lebih ramai rakyat jadi lebih miskin bandar woit, apa lu punya logik akal, yang malas nak bantu, yang berkerja disusahkan dengan macam-macam cukai kimak