La Nina “mengetuk pintu”
PETALING JAYA – Selepas mengalami kemarau yang menyebabkan tasik kontang dan paras air di empangan menurun, Malaysia kini perlu bersiap sedia untuk menerima kunjungan La Nina.
Sinchew Daily melaporkan, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada El Nino, kini peluang berlaku fenomena La Nina, yang sinonim dengan cuaca lembab, telah meningkat.
La Lina selalu menyusul selepas El Nino dan masing-masing membawa kesan cuaca yang bertentangan. La Lina akan membawa ribut yang mampu meningkatkan kekerapan banjir di negara ini.
Pertubuhan Meteorologi Sedunia meramalkan kemungkinan pembentukan fenomena La Lina antara Julai hingga September sebagai 60 peratus, tetapi peluangnya pada Ogos hingga November adalah 70 peratus.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan bahawa fenomena La Lina akan muncul antara Julai jingga September dan mencapai kemuncak pada akhir tahun, sebelum menurun pada awal tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah Meteorologi, Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, pihak berkuasa sedang memantau perkembangan terkini pembentukan fenomena La Lina.
Beliau berkata, perubahan cuaca akan menambahkan kekuatan Getaran Selatan El-Nino atau ENSO, sekali gus menyebabkan cuaca lebih ekstrem.
Ujarnya, susulan daripada perubahan cuaca, orang ramai perlu bersiap sedia dengan keadaan ribut mengejut, tetapi kadangkala pula berlaku kemarau dan penurunan taburan hujan.
Katanya, Malaysia pada masa ini berada dalam musim angin monsun barat daya yang meningkatkan fenomena garis badai sehingga kejadian bumbung rumah diterbangkan lebih kerap berlaku.
“Oleh itu, orang ramai harus memastikan kestabilan struktur rumah masing-masing,” katanya.
Pengarah Institut Antarabangsa Sains Diplomasi dan Kemampanan Universiti UCSI, Zakri Abdul Hamid berkata, krisis iklim telah memberi kesan kepada negara termasuk menyebabkan kawasan persisiran pantai mengecut dan hasil pertanian merosot.
Katanya, perubahan pola hujan menjejaskan paras air sungai, menyebabkan banjir apabila paras air naik dan mengurangkan bekalan air kepada pertanian dan keperluan domestik semasa kemarau.
3 ulasan:
Tak apa boleh salahkan blackrock.
eh baru minggu lepas pak isham cerita pasal kering dah sampai.. minggu lepas elnino minggu ni lanina sampai.. nino henjut nina.. nina pancut hujan.. hahahahaha
Brickfield panas ke?
Catat Ulasan