Jumaat, 13 September 2024

AMARAN PUTIN



Putin beri amaran sokongan Barat terhadap serangan Ukraine ke atas Russia

KYIV: Presiden Russia, Vladimir Putin memberi amaran kepada Barat yang membenarkan Ukraine menggunakan senjata jarak jauh untuk menyerang sasaran ke atas Russia.

Dalam masa yang sama, perkara itu meletakkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam situasi 'berperang' dengan Russia.

Amaran keras itu dikeluarkan ketika pegawai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) membincangkan permintaan Russia agar mereka diberi kelonggaran mengenai peraturan penembakan senjata Barat ke Russia.

Sementara itu, Russia mendakwa pihaknya menawan semula sebahagian besar wilayah Kursk selepas tentera Ukraine menunjukkan beberapa kemajuan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Putin berkata demikian selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berjanji bahawa AS akan segera menyemak permintaan Russia dengan memberi lebih banyak kelonggaran berkaitan penggunaan senjata yang dibekalkan Barat untuk menyerang sasaran Russia.

"Dengan cara yang ketara itu akan mengubah sifat konflik berkenaan. Ini bermakna negara NATO, AS dan Eropah akan berperang dengan Russia," katanya.

"Jika itu berlaku, dengan mengambil kira perubahan sifat konflik, kami akan mengambil keputusan yang sewajarnya berdasarkan ancaman yang akan kami hadapi," kata Putin kepada wartawan televisyen tempatan.

Bercakap pada sidang akhbar di Warsaw pada semalam, Blinken berkata AS akan menyesuaikan diri mengikut keperluan terhadap perkara terbabit, termasuk berkaitan dengan cara yang ada di Ukraine untuk mempertahankan secara berkesan daripada pencerobohan Russia.

Pada 6 Ogos lalu, Ukraine meluaskan penjajahannya dengan melancarkan pencerobohan mengejut ke wilayah sempadan Kursk di Russia dan merampas puluhan penempatan.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengakui bahawa tentera Moscow melakukan serangan balas dengan tindakan mereka itu.

PUTIN BERI

AMARAN

AMIN

JIKA AMERIKA

JIKA NATO TERUS

BERI SENJATA 

PADA UKRAINE

PERANG DUNIA KE3

AKAN MELEDAK

AMIN

SILAP HARI BULAN

BOM NUKLEAR JUGA

AKAN MELEDAK

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini amaran yang keberapa.. biasa orang kasi 2 kali amaran saja.. kali ke3 mmg tak ada amaran dah..

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga bagi perhabis manusia yang suka mengacau orang lain, biar semua hilang terus, kah kah kah kadangkala yang bercakap tak berani, perang ini bukan cerita baru, bukan sesuatu yang pelik bukan sesuatu yang mustahil, manusia sudah sampai tahap gaban kerana tidak menghargai apa yang ada, semakin rakus semakin bodoh dengan ekstrem agama bangsa negara semuanya sekali sama, kita pun ada pejuang nak berjuang untuk kemanusiaan tetapi anak anak sendiri dibiarkan merempat tepi jalan saja bagi ingatan kepada yang berkuasa lagi, tiada apa-apa yang kekal selamanya amin apapun sekali sekala kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

bila dh mempunyai keupayaan serta kekuatan x boleh diam atau beri warning utk negaranya dari tergugat ancaman musuh kahkahkah nuklear