Rabu, 11 September 2024

GANJA DAN PISTOL JADI UMPAN


Lelaki saman Anwar kes serangan seksual nafi miliki pistol, dadah ditemui polis, dakwa diperangkap

Seorang lelaki yang memfailkan saman serangan seksual terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah ditahan polis sejak 6 September lalu atas tuduhan memiliki pistol dan dadah.

Peguamnya Rafique Rashid berkata Muhammed Yusoff Rawther menafikan memiliki dua pucuk pistol dan dadah jenis ganja yang didakwa polis dijumpai dalam keretanya.

Menurutnya, anak guamnya juga telah lulus ujian saringan air kencing.

"Yusoff juga telah menyatakan dalam rakaman percakapannya bahawa pistol dan dadah tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap oleh pihak-pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengan beliau," kata Rafique.

Yusoff kini berada dalam tahanan reman yang akan berakhir esok, dan sedang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api 1960.

"Yusoff amat risau tentang keselamatan beliau apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan individu-individu berpengaruh masih berjalan. Kes-kes ini mempunyai sensitivitinya tersendiri.

"Keluarga Yusoff berdiri teguh menyokongnya dan berharap pihak PDRM profesional dalam melaksana tugas mereka," kata Rafique.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Pada 14 Julai 2021, Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik Anwar memfailkan saman mendakwa beliau telah diserang presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum beliau memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson. 

Yusoff mendakwa beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.

Anwar, menerusi pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 28 Sept 2021, mendakwa Yusoff telah berbohong di bawah sumpah dan pihak berkuasa berhubung serangan seksual yang berlaku kepadanya.

Yusoff juga telah memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menuntut gantirugi kecederaan yang dialami selepas didakwa diserang di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada 2018.

Pada Oktber 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff susulan saman fitnah berkait kenyataannya mengenai saman terhadap Farhash.

Tunku Nashrul turut diperintahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yusoff berhubung kenyataannya menafikan insiden serangan oleh Farhash itu berlaku.

WOW

ADA SEPETOL

ADA GANJA

KAH KAH KAH

INI JERAT 

NAK KENA 

HUKUM GANTUNG

 AMIN

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Lega Non tahun depan tak perlu masok mahkamah ..