PAGI INI
PAGI INI
SENIN 13 OKTOBER 2025
JANJI DAMAI
TRUMP DAN GAZA
Ketika tulisan ini digarap Trump masih dalam pesawat Air Force One – dalam perjalanan ke Tel Aviv. Ke sana untuk merayakan pembebasan orang tawanan Hamas.
Trump juga di lapor akan berucap di Parlimen Israel. Kemudian Trump akan terbang ke Mesir untuk Sidang Kemuncak Damai Gaza Isreal. Presiden Sisi akan jadi tuan rumah – juga beberapa ORANG pemimpin Eropah akan ikut sama.
Ini BUKAN penyelesaian Perjuangan Palestin – ini untuk menjadikan Gaza hartanah untuk pembangunan. Trump dan Tony Blair akan mengendalikan projek ini.
NOTA : Tony Blair ialah Penjenayah Perang Iraq.
Malaon-malaon ini akan berkumpul di kota Sham al-Sheikh – wilayah peranginan lumayan untuk Tok Arab kaya. Justeru inilah contoh wilayah peranginan yang di impikan oleh Jared Kushner – Yahudi Zionis menantu Trump.
Di lapor Hamas dan Isreal tidak akan ada dalam upacara tanda tangan ini – kenapa?
Kita lihat dan tunggu apa yang akan terjadi seterusnya.
GAZA
Tapi kita semua wajib berterima kasih pada Trump yang telah memaksa Setanyahu menamatkan perang ini. Terlalu banyak dah mati. Terlalu banyak dah hancur – semua ini adalah projek Zionis Blackrock yang mahu menjalankan PROJEK ISRAEL RAYA. Amin.
WARGA NEGARA
Kes ini makin memperlihatkan bahawa kerajaan Madafaka ini semakin gila dan songsang. Ini alah contoh Madani di mana kerakyatan di beri pada : tak tahu siapa tapi WARGA SABAH yang berkurun-kurun duduk di Sabah Tidak dapat jadi warga negara. Palat !!!
INI KERJA SAPA ? jeng jeng jeng – Berita mula tersebar bahawa ini kerja Mahathir Muhamad ? Betul ke ? Jika betul Mahathir wajib di tangkap !!! Jeng jeng jeng.
TEBING BARAT PALESTIN
Pembelot geng Mahmud Abbas telah bersetuju untuk menerima Tony Blair dalam Lembaga Gaza.
GAZA
Isreal telah berjaya mendirikan satu lagi geng samseng pembelot dalam Gaza. Geng ini di beri senjata untuk melawan Hamas. Kemarin lebih dari 20 orang telah mati dalam pertempuran antara Hamas dengan Geng Pembelot ini.
AMERIKA
Soldadu Amerika tidak akan masuk ke Gaza. Soldadu di perlukan untuk memastikan gencatan senjata ini berjalan dan di patuhi. Soldadu dari negara mana?
IRAN
Presiden Iran dan Menteri Luar Iran telah mengumumkan bahawa Iran TIDAK AKAN HADIR dalam sidang damai di Mesir. Iran telah menerima jemputan dari TUAN RUMAH MESIR.
FRANCE
Presiden Macron menubuhkan kerajaan baru. PM lama di panggil dan muka-muka lama datang kembali. Nak selesai bajet yang TIDAK berjaya di luluskan dalam Parlimen.
HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar. Petang kemarin ujan. Langit berawan putih. Matahari tidak muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Dari jauh gua lihat semua senyap dan kosong – kemana pergi semua Warga Hokkien – lalu gua bersuara... puci puci puci... ha ha dari bukit dari celah makam Puppy datang – kali ini Puppy Hitam adik beradik pun berkejar sama.
Bila gua letakan makanan - Emak dan Jantan Baik datang – maka kenduri bermula.
Pagi yang indah ialah pagi melihat Warga Hokkien makan kenduri. Tapi kali ini gua dengar suara bergaduh - ha ha – pasti berebut tulang ayam .
Pipit bertebangan. Tekukur berlagu. Gua ternampak saekor Tiong turun melayang ke tempat gua letakkan nasi.
Pagi ini pagi indah. Hari ini akan panas. Jika petang hujan - malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI SENIN
BRO
Bila lu ada kucing - bila lu ada burung - bila lu ada anjing – lu pasti hidup berdisiplin – teratur.
BRO
Sosok yang ganas dengan haiwan adalah sosok yang kurang kasih sayang ketika membesar.
BRO
Bila lu jatuh cinta dengan Minah atau Mamat yang ada kucing atau anjing lu pasti hidup bahagia, Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
Apasal Tony Blair pulak?
Kan ada seorg "democratically elected eye doctor" (sorry ya, bukan Wan Azizah) yg jugak boleh membantu mentadbir and menjaga wilayah Gaza ni?
(hehehehe)
Catat Ulasan