Amirudin Shari syor Nurul Izzah jadi MB Selangor, ini pandangan PM Anwar
JOHANNESBURG: Cadangan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari supaya Nurul Izzah Anwar mengambil alih tanggungjawab peneraju nombor satu di negeri itu mengejutkan bapa kepada Timbalan Presiden PKR berkenaan.
Anwar bin Ibrahim, ketika ditanya mengenai perkara itu di sini malam tadi, berkata: "Itu pandangan beliau (Amirudin), dia tidak pernah berbincang perkara ini dengan saya."
Amirudin yang juga Naib Presiden PKR semalam dipetik berkata beliau sudah bercakap dengan Nurul Izzah mengenai perkara berkenaan dan terserah kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk menerimanya atau tidak.
"Sejujurnya, saya sudah beritahu Izzah sendiri, terpulang kepadanya sama ada dia mahu terima atau tidak," kata pemimpin Selangor itu dalam podcast Keluar Sekejap dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.
Dalam program itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugas di peringkat Persekutuan.
Pendedahan Menteri Besar Selangor itu tular dan mencetuskan perbualan bukan sahaja mengenai perubahan kepimpinan di antara negeri paling berprestij di negara ini, tetapi juga kemungkinan rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Apabila ditanya mengenai perkara itu, Perdana Menteri sekali lagi menjawab secara ringkas bahawa masih jauh sebelum pilihan raya umum seterusnya diadakan.
Namun, apabila diasak sama ada rombakan Kabinet akan berlaku, beliau berkata: "Itu untuk mengisi kekosongan. Siapa yang akan mengisi kekosongan ini? Boleh cadangkan beberapa nama, saya akan pertimbangkan."
Apabila diberitahu bahawa Amirudin bersedia berpindah ke peringkat Persekutuan, Anwar yang dikerumuni wartawan selepas majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini, merujuk kepada kekosongan dalam Kabinet Persekutuan dan menjawab: "Baik, itu nombor satu. Bagaimana pula nombor dua dan tiga… sekurang-kurangnya ada tiga kekosongan."


2 ulasan:
dengarnya nurul izzah bunting 2 bulan...
Ha ha ha ...bagus cadangan tu...lebih cepat melingkup PH di Selangor ni....ha ha ha
Catat Ulasan