Sabtu, 28 Mac 2026

PANAS PANAS PANAS


SENTIASA 

BERSAMA

BOTOL AIR

AMIN


Tujuh kawasan di Semenanjung rekod tahap gelombang haba

KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 atau gelombang haba setakat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, kawasan berkenaan adalah Perlis; Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Selain itu, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi itu juga menunjukkan, sebanyak 13 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).

Kawasan berkenaan adalah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu, Kedah; Timur Laut dan Utara Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah, Perak serta Jerantut, Pahang.

Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menanam semula, mengolah semula bukan iman kapitalis. kapitalis ialah korek, letup, punggah, proses, timbang, bungkus, jual dan lepas beli dan pakai, buang. berapa longgok bukit plastik tapak lupus buat loji kecil bikin semula petrol mesin kubota atau loji diesel janakuasa. berapa banyak lombong tinggal isytihar hutan simpan tanam pokok kayu hutan. kami rakyat sanggup masuk tanam sukarela. oh tidak. itu nak dibikin projek perumahan nanti 30 tahun sudah dipajak bank.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih SG4 kerana menebang pokok untuk menabung dan sakau...yaaay..bijak bijak...kakakak