Isnin, 3 Ogos 2026

GELOMBANG MELAYU TOLAK MADAFAKA


MELAYU BERSATU

PEGANG TERAJU

AMIN

MELAYU BERSATU

MALAYSIA MAJU

AMIN

MELAYU BERSATU

HUMBAN MADFAKA

KHALAS


Tsunami Melayu tumbangkan calon PKR, AMANAH di Negeri Sembilan'


JOHOR BAHRU: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, didakwa berpunca daripada kebangkitan gelombang 'tsunami' pengundi Melayu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata, 'tsunami' politik berkenaan menyebabkan semua calon Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (AMANAH) tewas.

"Saya melihat bahawa di Negeri Sembilan ini jelas iaitu dalam kalangan pengundi Melayu, nampaknya mereka telah memutuskan untuk menyokong kembali UMNO, Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).

"Jadi, ini perkara yang PH perlu ambil tahu, satu kesedaran yang sudah jelas bermula daripada PRN Johor iaitu rakyat Melayu mereka mahukan undi Melayu ini jangan berpecah.

"Sebab mereka belajar dan mereka memperhatikan bagaimana masyarakat Cina mengundi dengan strategik. Mereka tak mengundi GERAKAN (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) dan MCA dalam beberapa pilihan raya yang lalu sehingga MCA tak ada tempat kecuali di Johor. Jadi, tumpuan penuh kepada sokongan kepada DAP," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sampan sukarelawan skuad bencana dan minum pagi bersama-sama komuniti Flat Taman Molek, di sini hari ini.

Hassan berkata, isu diketengahkan kempen PRN Negeri Sembilan mengenai prestasi ekonomi, tatakelola dan perancangan kerajaan dipimpin kerajaan PH Negeri Sembilan tidak menjadi perhatian atau keutamaan, sebaliknya ia menjadi isu kedua dan ketiga kerana apa yang penting bagi mereka adalah semua undi orang Melayu perlu tertumpu kepada satu blok sahaja supaya undi tidak berpecah.

"Sentimen penyatuan Melayu itu tidak dapat dilawan walaupun Perdana Menteri hampir setiap hari turun berkempen termasuk membawakan isu nasional seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

"Jadi, walaupun kempen kerajaan PH di peringkat negeri dan Pusat, Perdana Menteri hampir setiap hari kan (turun berkempen), tidak dapat melawan sentimen iaitu orang Melayu nak bersatu, kan? Jadi, dia tolak. Umpamanya laporan RCI Tabung Haji, bukan mereka tak anggap penting tu tapi dia tangguhkan dulu, yang penting dia nak tukar kerajaan," katanya.

Hassan berkata, perkembangan itu menunjukkan kesedaran orang Melayu untuk tidak mahu berpecah belah dalam keadaan banyak parti Melayu ketika ini.

Katanya, perkembangan itu wajar dihormati dan PH terutamanya PKR perlu sedar akan sokongan orang Melayu dan jika mahu menang pada pilihan raya akan datang perlu memenangi hati mereka.

"Di Johor, bayangkan daripada 100 orang Melayu, hanya enam orang saja undi undi PKR. Enam orang saja, jadi bermakna sekarang iaitu apa juga kerajaan buat setakat ini, naikkan gaji kakitangan awam, bagi penyelarasan subsidi, bagi Sumbangan Tunai Rahmah, tak ada kesan pun.

"Ini bermakna parti-parti Melayu dalam PH ini, khususnya PKR dan AMANAH, hampir tidak diyakini oleh masyarakat Melayu," katanya.

Katanya, PH dan PKR perlu mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu dalam tempoh 18 bulan ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang-orang sama bertukar baju, bertukar logo, bertukar tujuan untuk berkuasa, itu sahaja perangai orang-orang politik kita, semua nak jadi Presiden, terlalu ramai sampai hilang peluang terus, apapun tahniah lah kerana berjaya di dua negeri setakat ini? Walaupun Madafaka pegang kunci bank namun orang-orang kita tetap menanti Bossku, dikatakan Bossku tidak menyusahkan rakyat walaupun sapu berbillion masih sedekah kepada orang-orang bawahan, contoh terbaik diterima dan disokong orang-orang kita amin, sementara menunggu Bossku boleh tak kita ketawa kah kah kah kah dahulu sebelum ketawa dikenakan cukai oleh Madafaka?

Tanpa Nama berkata...

Kau TT memang penghianat Melayu Dan Islam. Eloklah kau terus Bela anjing Dan makan babi. Sakai N9 kan makan babi.

Tanpa Nama berkata...

Tsunami mencuri merompak merasuah diteruskan, mana-mana yang suci murni akan disisihkan, penguasaan kuasa politik akan membawa kepada keruntuhan institusi negara, sekarang pun majoriti dah tidak percaya, tidak hormat tidak ambil pot dengan agensi penguatkuasaan, tak kira apa agensi semua tidak boleh dipercayai, kerana perasuah diangkat naik ke atas, manakala yang baik dihantar ke sempadan negara kah kah kah kah mungkin sudah sampai masanya menentukan kebahagiaan kah kah kah kah padan muka, yang bekerja susah payah pula terus susah manakala yang mencuri merasuah merompak scammer tauke judi lendir terus diberi kedudukan dijaga keselamatan oleh agensi kerajaan amin kah kah kah itulah Malaysia Boleh