Isnin, 12 Oktober 2026

SAUDI MENJERIT MINTA TOLONG


SAUDI MENJERIT

MINTA TOLONG

AMIN

IRAN MASUK 

CARI JALAN 

DAMAI

AMIN 


Lagi Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid diserang, kebakaran tercetus dibedil projektil

ISTANBUL: Kebakaran tercetus di Terminal Empat, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, semalam, selepas terkena projektil tidak dikenal pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi.

Pakatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak berkuasa berkaitan sedang menangani kebakaran berkenaan, namun tidak memberikan butiran mengenai tahap kerosakan ataupun sama ada terdapat sebarang korban, setakat ini.

Dalam satu kenyataan susulan pula, pakatan itu mengumumkan sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan sebuah misil krus berhampiran lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, pakatan terbabit tidak menjelaskan sama ada misil yang dipintas itu ada kaitan dengan projektil yang mengenai terminal terbabit atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab atas serangan itu..


Iran tawar bantu mudah cara rundingan Arab Saudi-Houthi

ISTANBUL: Iran menawarkan bantuan untuk memudah cara rundingan antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman tatkala ketegangan serantau semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita rasmi Iran, IRNA, semalam.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, membuat tawaran itu dalam perbualan telefon dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan.

Araghchi menyuarakan kebimbangan akan ketegangan yang semakin meningkat, sambil memberi amaran bahawa kebergantungan berterusan pada tindakan ketenteraan tanpa mempedulikan penyelesaian politik hanya akan merumitkan lagi keadaan.

Beliau menegaskan 'tiada penyelesaian ketenteraan' bagi krisis yang sedang melanda rantau itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woi nanti hilang kiblat, walaupun kiblat baharu islah USD kah kah kah kah