Sabtu, 20 Ogos 2011
YA AMPOOON !
NOTA:
tuan jeneral
sila tengok
klip ini
bukan hal kesetiaan pada negara
bukan hal pembelotan
yang dibincangkan ialah
undi pos yang menipu
tuan jeneral
tolong jangan putar putar
terlalu banyak rakyat kena tipu
tak perlu tuan jeneral masuk menipu
becakap benar dihadapan pemimpim yang zalim
ialah satu jihad!
LIHAT DAN FAHAMI
NOTA:
dah tengok?
apa macam?
satu bulat dua tajam
atau satu tajam dua bulat
kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
INI TAMBAHAN CERITA POLIS BERHEMAH
SURAT DARI PEMBACA
Bro Isham, Sey berkongsi pengalaman ditangkap polis gara2 isu 'black metal' ciptaan utusan meloya pada hujung tahun 2005 lalu. Sey bersama2 kawan sey organized satu gig metal di seremban pd hujung tahun 2005. Gig memang dibuat secara sah sebab ada permit daripada MPS dengan sokongan surat OCPD Seremban.
Tau2 je dah tersebar sms palsu ttg KONONNYA akan berlaku ritual membakar quran oleh bdk2 sekolah yg dtg ke gig sey tu...berduyun2lah sang 'perwira2 bangsat 3 line & pekuda' dtg berkumpul depan dewan Negeri Sembilan Ceylonese Association bersebelahan dengan Court Mammoth Seremban tu...sey sangkokan org ramai dtg nak tgk gig....kayolah sey aritu..kakakakaka..
dipendekkan cerito, pkl 8.25pm sampailah Black Maria 2 trak, berbaris lah FRU mcm program Bersih 2.0 kt KL 9 Julai lopeh...gerombolan FRU ni berbarislah sambil berkawat menuju ke arah dewan....kami2 bdk2 yg dtg tgk gig termasuk sey agak terkemama maso tu sobab mcm tak percayo FRU ado dopan dewan tu... last2 kuarlah arahan... Jangan Bergerak, anda semua sudah dikepung...sila berada ditempat ada berada sekarang....kakakakakaka...
budak2 yg ado semuo tergolak2 sobab tak percayo FRu n polis nak tangkap n serbu tompek gig ni.... kami2 ni semuo dibawaklah ke IPD SBN 2.... Sey tanyo pado OCPD napo lak tangkap sodangkan ado permit? jawapan dio sajo2 nak buek opreasi...tak berkait langsung dgn black metal... sey lak disumbat dlm lokap 3 hari..atas alasan kantoi urine(positif ganja & ice) walhal sey tak hisap rokok apatah laie hisap dadah...hampeh sungguh polis ni...torang2 sey dinayo-an...gampang betul...sampai sekarang sey menyumpah cilako kt Hassanuddin Hassan bekas OCPD time tu...dio nilah barua segalo barua...
By Anonymous on LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI on 8/19/11
pak ngah aku (polis pencen)bila dah pencen baru berani membuka tembelang polis-polis yang jahat. Kata dia kalau ada polis yang nak jadi baik diantara diorang pasti akan dibuli habis-habisan supaya tunduk kat diorang. Dengan itu senang diorang nak buat sesuka hati diorang tiada siapa yang berani mengadu samada kepada pegawai atasan atau kepada awam., aku tak tahu samada nak pecaya ke tidak ngan apa yang pak ngah aku cakap tu ...
tapi kalau tengok 'karenah birokrasi' pak ngah aku tu mungkin juga aku boleh percaya dengan citer dia sebab sampai hari ni perangai 'langsi' dia masih macam tu gak, (sebenarnya aku sampai sekarang pun masih 'cuak' bila berdepan ngan dia ) brutal dia ngalahkan triple H, dan dalam masa yang sama aku semakin tak berapa gemor kat dia ... sepupu sepupu aku (anak-anak dia) semua baik-baik je aku tengok.
Ada satu citer yang aku dengar (tapi cerita ni dari versi kawan lama dia masa sama-sama dalam polis dulu ) tahun 70an ngan 80an dulu malam-malam kalau naik basikal pegi ke pekan kena pasang lampu, nak jadi citer pak ngah aku ngan kawan dia tu tahan seorang india mabuk naik basikal tak de lampu. samada memang diorang nak 'pau' india tu aku tak pasti tapi bila india tu banyak cakap pak ngah aku lempang india tu sampai tersungkur, yang peliknya kata kawan pak ngah aku tu india tu terus hilang mabuk dia lepas kena pelempang pak ngah aku., dia pun tak tahu samada india tu betul-betul mabuk atau cuma 'aksyen' je...
By lipan bara on LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI on 8/19/11
Ni aku pun nak tambah jugak.. last week aku pergi jakarta. Tengah nak pergi tanah abang , aku sesat jalan kaki. Aku tanya dgn satu abg sekuriti buiding ni. Dia tanya aku asal mana pasal loghat aku lain. Aku cakap Malaysia. Ko tau ape die ckp lepas tu? Sy pun dulu keje di Melaka. Selalu kena pau ngan polis Malingsia.. KahKahKah.. Polis mmg berosmah (ayat ganti sangat berhemah)
By Anonymous on LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI on 8/19/11
berhemah?? mcm pantat ada la
By Anonymous on LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI on 8/19/11
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Jumaat, 19 Ogos 2011
HARI KE 19 KITA BERPUASA
SELAMAT BERBUKA PUASA
kita jangan terlalu anggkuh
kita jangan terlalu sombong
kita berjalan ini semuanya ke sana
majusi
nasrani
muslimin
atheis
hindu
buddha
sunni
shia
dunia ini milik semua
dunia ini bukan hanya milik kita
dunia ini kita berkongsi
berok
cikah
lotong
ungka
cacing
semut
babi
anjing
tikus
lalang padi
ikan patin pun sama
rumput juga ada hak atas dunia ini
dunia ini milik anak semua bangsa
dunia ini milik anak semua agama
dunia ini kita pinjam
kita pinjam dari anak kita
yang meminjam dari cucu kita
yang meminjam dari piut kita
yang meminjam dari biut kita
kita hanya bertransit disini
apa kau tahu apa transit
kau tak pernah transit di pudu raya
kau tak pernah transit di kl sentral
kau tak pernah transit di narita ketika ke new york
kau tak pernah transit di dubai ketika ke london
kau tak pernah transit di bahrain ketika ke mekah
pernah ketika transit itu
kau mahu miliki semua di pudu raya
termasuk kedai buku dan jamban sekali?
bila kita transit ringan lah ringan
bila kita transit jangan memberat pikulan
esok bila kau berjalan
esok ketika kau lapar dan dahaga
baru kau sedar betapa indahnya badan yang ringan
baru kau sedar betapa nikmatnya hati yang ringan
lapar dan dahaga ini
lapar dan lapar ini
untuk kau tahu nilai secanggir air
bila kau lapar baru kau tahu nilai sekepal nasi
bila kau lapar baru kau sedar nilai sekeping roti
jadi jangan anggkuh
jadi jangan sombong
kita kau singgah sebentar disini
kita kau dan aku hanya duduk sebentar
munkin
80 kali kau bertukar kasut
80 kali kau bermusim dingin
80 kali kau sambut hari natal
80 kali kau buka champagne itu
bukan lama hanya 80 ramadan
atau munkin lebih atau mungkin kurang
tak perlu sibuk sibuk ketika singah disini
aku
aku pun macam kau juga
petang ini aku ke kota bahru
selamat berbuka puasa
NOTA
MARKET IN MELTDOWN -GLOBAL RECESSION - guardian london
Markets in meltdown amid new global recession fears
Frenzied selling wipes £62bn off value of FTSE and Dow Jones plummets in another tumultuous day for world economy
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
LAGI LAGI UNDI POS
NOTA:
PENTING:
sebelum baca ini
baca berita di bawah dulu
susudah baca berita di bawah
baru boleh baca berita ini
undi pos ini undi tipu
seluruh negara tahu
tapi pelik
pak jeneral kita
tak tahu
buat tak tahu
tahu tapi bujat tak tahu
atau buat buat tak tahu
ini bukan buat tahu itu
tahu itu air kacang soya
kah kah kah
FAHAMI DAN HAYATI
TENTERA HANYA PERLU SETIA KEPADA NEGARA , AGONG - maslaysiakini
Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.
Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.
"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.
"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."
Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.
Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Penafian kosong
Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.
Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.
"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.
"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.
Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
ini pandangan seorang ilmuan
ini bukan kang kong
jangan silap faham
jangan anggap kerana sosok ini anti undi pos
maka sosok ini dianggap ilmuan
tidak bagitu cara membaca siapa ilmuan
dan siapa kang kong
untuk memahami sepintas lalu
sila perhatikan pandangan
kommentar
tulisan
pendapat
ilmuan ini
dalam kontek ini sang ilmuan
adalah intelektual orang ramai - public intelectual
bukan dimiliki oelh daulah
bukan dimiliki oleh syarikat rokok
bukan dimiliki oelh syarikat judi
bukan dimiliki oleh syarikat minyak
ertinya bukan menikus nak jadi ketua cawangan
ertinya bukan membodek nak jadi calon
ini termasuk yang dalam barisan
ini termasuk juga yang dalam pakatan
woit.. jangan ingat dalam pakatan tak ada kaki bodek
kaki bodek ini wujud dimana mana kah kah kah
apa yang penting ilmuan ini sedang berjihad:
berjihad?
berjihad ialah bercakap benar dihadapan kerajaan yang zalim
nota:
bercakap benar dihadapan pemerintah kuku besi
adalah perbuatan revolusineer
nota:
masaalah kita sekarang ini ialah
terlalu ramai orang yang baik dan jujur
dalam masyrakat kita tetapi tidak
melakukan apa apa
inilah yang menjadikan malapetaka berterusan!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SIAPA BERCAKAP BENAR
NOTA:
undi pos bukan satu yang baru
tahun demi tahun undi pos dilaawan
kali ini semakin ramai bekas pengundi pos
datang untuk memberi tahu apa yang berlaku
di belakang tabir
nampaknya ada pulak yang mengatakan
penipuan undi pos tidak wujud
semua berjalan bersih dan suci
atau sengaja tak faham
ataubuat buat tak faham
atau buat donno
maka
dibawah ini dua berita tentang undi pos
maka terpulang pada pembaca untuk menilai
siapa bdeercakap benar
dan siapa kaki kelentong
SIAP YANG BERCAKAP BENAR?
nota:
siapa yang kuntau
siapa yang muntau
siapa yang lentong
siapa kelentong
tong tong tong
ATM NAFI SELEWENG UNDI POS TENTERA - berita hairan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan berlaku penyelewengan dalam undi pos di kalangan anggotanya dan bertegas undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan pegawainya.
Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin turut menyifatkan dakwaan empat bekas anggota ATM mengenai penyelewengan itu sebagai tidak berasas kerana tidak disertakan dengan bukti selain kesal kerana ada pihak cuba mengheret ATM ke kancah politik.
“Dakwaan itu ternyata tidak benar kerana ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi anggotanya serta ahli keluarga mereka berteraskan prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, selaras prosedur dipraktikkan semua negara yang mengamalkan demokrasi.
“Mereka (anggota tentera) bebas untuk mengundi calon pilihan mereka dan proses pembuangan undi juga dilakukan mengikut prosedur yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sidang media khas itu diadakan bagi menyangkal tuduhan dibuat empat bekas anggota tentera yang mendakwa pernah diarahkan menanda kertas undi pos untuk anggota tentera lain pada beberapa pilihan raya, termasuk PRU ke-5 (1978); ke-7 (1986) dan PRU ke-10 (1999) pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, kelmarin.
BEKAS TENTERA DAKWA MENGUNDI SAMPAI LENGOH - malaysiakini
Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.
Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.
"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.
Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.
Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.
Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.
"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.
"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.
Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.
Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."
Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."
Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.
"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.
Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.
Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.
Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.
Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.
nota:
dah baca?
dah faham?
siapa kelentong siapa?
tong tong tong
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
RUNDINGAN SULIT - BOCOR
RAHSIA BOCOR
RUNDINGAN SAPURA UNTUK MEMAJUKAN PROPGRAM NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO) UNTUK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
KEADILAN telah dimaklumkan bahawa sebuah projek besar sedang dirunding antara Sapura Secured Technologies Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan untuk memajukan NCO untuk Angkatan Tentera Malaysia.
KEADILAN telah dimaklumkan bahawa program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua apliaksi system, pengesan, system arah dan kawal dan persenjataan dan dianggarkan bernilai lebih RM2billion untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun.
Kami memahami bahawa pihak ATM telah pun memiliki sistem yang hampir sama, yang dimajukan beberapa tahun yang lalu.
Apatah lagi, projek ini telah mendapat kritikan yang menyeluruh daripada anggota ATM sendiri, dan keprihatinan mereka tidak diendahkan oleh semua yang mengarahkan projek ini untuk diteruskan.
Apa yang lebih membimbangkan ialah KEADILAN difahamkan bahawa projek ini sedang dirundingkan secara terus demi kepentingan Sapura. Kami juga difahamkan bahawa Sapura tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini, dan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan projek ini wajar dipersoalkan.
KEADILAN dengan ini mendesak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menghentikan perbincangan dengan Sapura tentang program NCO ini sehingga inkuiri penuh diadakan sama ada sistem baru ini benar-benar diperlukan untuk dibuat dengan kepuasan pihak ATM.
Kedua, jika program NCO ini benar-benar dibuktikan perlu untuk ATM, maka kami menggesa Kementerian Pertahanan untuk memilih pihak yang paling layak untuk melaksanakan projek ini menerusi proses tender terbuka.
NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
nota:
sebelum dapat buat senjata
kenapa sapura tak dapat repair
cermin tingkap proton
ini projekbesar juga
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)
