KUALA LUMPUR 31 Ogos - Penduduk Kampung Chubadak dan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul merupakan penduduk setinggan di atas tanah milik pihak swasta dan bukannya peneroka bandar seperti yang didakwa oleh mereka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, tiada istilah peneroka bandar diberikan kepada mereka memandangkan tanah tersebut adalah milik kerajaan dan telah diberi milik kepada STLR Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1985.
Menurutnya, pada waktu tersebut, STLR Sdn. Bhd ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk melaksanakan projek infrastruktur kerajaan dan menyelesaikan masalah setinggan di Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, ujarnya, pada 6 Julai 1990, STLR Sdn. Bhd. telah menjual tanah tersebut kepada Sentul Murni Sdn. Bhd. (SMSB).
Kah kah kah…. nilah contohnya bagaimana tanah-tanah orang Melayu di songlap oleh para cukong Cina. Melalui rasuah gerombolan United Malays National Organisation juga melalui Akta Tanah yang diluluskan di zaman Mahatir..... habis tanah yang telah di teroka berpuluh-puluh tahun tergadai.
Kenapa bodoh sangat – siapa yang beri tanah ini pada Towkay Swasta? Kuasa siapa ini?
Kampong Berembang pun cerita sama. Penduduk sudah duduk di kampong ini hampir 40 tahun. Tiba-tiba gerombolan United Malays National Organisation kautim dengan towkay untuk rampas tanah orang kampong.
Kah kah kah….. bila tanah dah jadi milik orang lain pandai pulak depa kata tidak ada kuasa….. cisssss menipu lagi! kah kah kah.....
Isnin, 1 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Salam..
Terima kasih..kerana memantapkan lagi blog saudara.tak dinafikan saya memang ketagih jadinya bila pertama kali membaca colom saudara di risecooker.
Sebenarnya saya adalah ahli AJK UMNO,tapi itu 7 tahun dahulu..Masa dikampung..Inilah isunya yang membuat saya keluar dari petubuhan itu.Pada mula penglibatan sudah banyak ketidak adilan demokrasi yang dimainkan oleh pemimpin dan yang paling hina bila Ugama menjadi alat politik.
Semasa didalam UMNO saya pernah membuat pemohonan tanah secara menubuhkan sebuah syarikat. Bersama saya ada 30 pemuda-pemudi dari 3 buah kampung yang lain bersatu dibawah sebuah syarikat tanpa mengira Fahaman Politik.Jika ini berjaya semua ahli akan mendapat faedah dalam janka panjang yang telah dipesetujui oleh semua ahli.Ini adalah kerana memikirkan jenerasi diera saya tidak mungkin akan memiliki tanah kerna tidak mampu untuk menyogok pentakbiran kerajaan dari peringkat daerah sampailah kenegeri.
Rasuah ini terbukti apabila pemohonan dibuat dan pelan tanah yang dipohon telah diceroboh sebahagiannya oleh cukung. Sebenarnya telah banyak tanah dikampung saya yang telah dicerobohi oleh cukung-cukung ini. Ada sebahagiannya mendapat taraf pemilikan sementara yang boleh diperolehi dengan membayar cukai tanah setiap tahun.Sementara menungu kelulusan exco kerajaan negeri dengan syarat tanah itu mesti diusahakan.
Akhirnya..
Apabila pemohonan telah diluluskan diperingkat daerah dan diketahui oleh pemimpin UMNO,saya telah diikuti oleh SB selama seminggu untuk mengetahui apakah kepentingan saya sebagai ahli yang aktif memohon dalam syarikat.Saya telah berjumpa dengan pemimpin dan menyatakan hasrat sebenar,tetapi saya pula yang diugut dan ditakutkan dengan penjara. Semenjak hari itu saya tidak memperdulikan UMNO dan pemohonan tanah telah pun ditolak oleh exco kerajaan negeri.
Rupa-rupanya..
Pemimpin Yang Berhormat ini gilakan balak yang yang terdapat dikawasan pemohonan dan banyak kawasan telah menjadi mangsanya.Sebab itu dia tak meyokong usaha ini.
Dasar PEROMPAK!!
Selamat..Takbirr!!
Kg Berembang dah hilang
Kg Abdullah Hukum dah hilang
Kg Semarah dah hampir hilang
Kg Pasir Setapak dah hampir hilang
belum lagi kampung2 melayu dalam bandar yang dah lama lesap....
meleleh air liur depa depa tengok tanah org melayu di kg. baru...
pemerintah zalim ini harus dijatuhkan segera, dan jangan biarkan lepas begitu sahaja...
Salam,
Memang begitulah caranya kerajaan UMNO/ BN "membersihkan" setinggan di kawasan bandar. Tanah kerajaan yang mereka duduki tidak diberi kepada mereka, tetapi dijual kepada syarikat swasta (rentunya syarikat takeh Cina yang mungkin ada hubungan pemimpin UMNO) , kemudian setinggan itu "dihalau" ke tempat lain.
Mengapa? Kerana itulah caranya pemimpin UMNO/BN mengayakan diri dan mendapat manfaat dari DEB.
Penduduk setinggan yang mengharapkan tanah itu diberi kepada mereka tentunya menjadi ahli dan penyokong UMNO.
Tapi pemimpin UMNO, dan kerajaan UMN0/BN yang mereka sokong jugalah yang menghalau mereka!
aku dulu tinggal di kg. pasir setapak. Mase aku darjah 4 (1991) pintu depan rumah aku kene spray nombor bewarna merah. mase tu aku taktau sgt sape yg spray, sebab aku kecik lagi. bukan rumah aku je yg kena, semua rumah kat situ pun kena.
bila aku darjah 6 (1993) aku kena pindah rumah ke ampang. baru lah aku tau yg rumah aku ni nak kena roboh. kerajaan bn ade bagi pampasan rumah flat kat desa setapak tapi masih kena bayar rm 20,000. tapi flat tu baru je siap 6 tahun lepas.
Cuba anda bayangkan...
Cara diorang nak dpt tanah kat kg. pasir ni... main spray2 pulak... mcm ali baba & 40 penyamun....
Cuba anda bayangkan...
aku kena halau dari kg pasir setapak dari darjah 6. Sampai aku dah habis tingkatan 5 rumah tu tak siap2 lagi. Maklumlah... projek perumahan rakyat ni bukan boleh buat duit sgt pun mcm condo2 mewah kat damansara tu. Nasib baik la family aku ada gak duit nak beli rumah kat ampang ni.
Inilah dia UMNO/Barisan Nasional pembela rakyat melayu...
Catat Ulasan