Jumaat, 12 September 2008

TARIKH TUBUH KERAJAAN BARU MUNGKIN DILEWATKAN - TERKINI !

KUALA LUMPUR 11 Sept. Pakatan Rakyat hari ini mendakwa tarikh penubuhan kerajaan baru terpaksa dilewatkan berikutan beberapa sebab, termasuk lawatan 49 anggota parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat yakin mereka tetap akan menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi, kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memetik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehuddin Hashim, Pengarah Pendidikan Politik DAP Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar.

8 ulasan:

Stormbringer berkata...

bolon tido ko laie abang isham oi! samo la kito...
den nak tengok apo latest news... and those kah kah kah

tak ado pulak kah kah kah

abang isham, once in a while, respond la tu all bloggers yang bagi comment kek abang isham nyo blog...

baghu la sodap sikit... ado two way communication and kito ghaso appreciated sikit...

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Biar lambat asal selamat.
Jadi jangan tak jadi.
Aku rasa mereka tengah memikirkan apakah kaedah seterusnya yang akan dilakukan untuk menghalang pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, usaha mereka ini adalah seumpama menghalang air dari mengalir. Lambat laun empangan yang dibina itu pecah juga atau mereka terpaksa melepaskan air yang berlebihan bagi mengeelakkan empangan itu dari pecah.

Tanpa Nama berkata...

mmmm tunda ke ?.. x pa...kami masih dan tetap menunggguuu... jadi pasti jadi....

org kg. coconut field...konerang, kdh.

Tanpa Nama berkata...

gua tak kesah bro... cepat ke lambat ke, janji gempar.

BC Kelolo berkata...

Ha...Den setuju ngan Stormbringer. Sekali sekalo apo eh salahnyo Pak Isham mencolah di colah-colah komen para pengomen...(hah..jahanam bahaso...jangan tokojut, den graduate Sintok)

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah..awat no komen.kalu memang dah tak boleh jadi ngaku je le...

Cucu Tok Selampit berkata...

Alasan ... Alasan ... kah! kah! kah!

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

Keyataan Prof Khoo Kay Kim Pakar Sejarah Universiti Malaya telah diputar belitkan oleh media arus perdana.

Antara lain keyatannya:
51 tahun merdeka banyak dasar yang diperjuangkan Gagal.

1.Menyelesaikan masalah perkauman Gagal.
2.Sistem pendidikan Gagal.
3.Sistem sosial Gagal.
4.Sistem Ekonomi Gagal.

SEMUA GAGAL!!
RELEVAN LAGI KE BN NI??

Anda boleh layari sendiri:

http://anak-reformasi.blogspot.com

Selamat..takbir!!