Rabu, 8 Disember 2010

MAIN MONOPOLI PULAK !




YANG INI ADA FATWA TAK?



TIDAK PERLU FATWA LARANG BUKAN ISLAM PETIK AL-QURAN, KATA NAKHAIE –minsider

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Mohd Nakhaie Ahmad berkata tidak perlu bagi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan fatwa bagi melarang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran sebagaimana disaksikan ketika Kongres Nasional PKR baru-baru ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nakhaie berpendapat bahawa fatwa bagi melarang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran tidak perlu digubal.

Bagaimanapun Nakhaie menegaskan, sesiapa sahaja sama ada orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh membaca dan membuat huraian al-Quran sekiranya tidak terlebih dahulu memahami maksud sebenarnya ayat tersebut.

“Ia bukan tertakluk kepada orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam juga, kalau tidak faham tentang ayat al-Quran jangan tafsir apatah lagi mengatakannya di khalayak ramai.

“Sesiapa sahaja yang nak tafsir ayat al-Quran kena belajar betul-betul supaya faham kemudian apa yang ditafsirkan itu lebih tepat dan jelas.

“Jadi bagi saya fatwa untuk halang orang bukan Islam tidak wajar kerana kita tidak boleh halang mereka untuk kaji al-Quran tapi jangan cakap kalau tak faham,” katanya.
“Kita tidak boleh larang orang bukan Islam untuk kaji al-Quran tapi kalau nak kaji biarlah teliti betul-betul, jangan main-main,” tambah Nakhaie.

Beliau berkata al-Quran boleh dikaji oleh sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam tetapi dengan syarat perlu faham maksud sebenar sebelum membaca atau membuat huraian.

nota:
macam macam dibuat
semuanya untuk menipu orang melayu

raja di rekrut untuk bodohkan orang melayu
mufti dan iman di rekrut untuk takut takutkan orang melayu
undang undang di buat untuk takutkan orang melayu
sekolah dan universiti dibuat untuk bodohkan orang melayu

ini kerana lepas lapan march dahulu orang melayu
telah berbondong bondong meninggalkan gerombolan

kuasa monopoli gerombolan telah pecah
dulu hanya gerombolan kata ini terus jadi ini
kata itu terus jadi itu
zaman ini telah berakhir
orang ramai tak ambil pot
orang ramai sudah pukimakkan gerombolan

sekarang mereka nak monopoli agama pulak
sekarang nak monopoli kebenaran pulak
kah kah kah


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ligat betul kepalahotak puak gerombolan ni berputarberpusing sepanjang masa setiap detik mencari taktik nak merembat harta negara mencari cara nak membodohkan rakyat mencari jalan nak mengelentong orangramai
sampaikan tahap kepala dia sendiri pun naik pening akibat ligat sangat hotak berpusing
sampaikan terhambur keluar ayat2 bangang lagi sasau
sebab mereka lupa kebolehan berfikir dan kebolehan bercakap tu semua izin, kehendak dan kuasa Tuhan! Sekali Tuhan tarik kebolehan tu, merapu lagi sasau lah engkau!

p/s aku cuma menunggu detik bila mahamamaktheer nak tergigitlidah terkeluar ayat sasau bakal terserlah sifat kebangangan lagi mengelentong milik dia - dengan harapan masa tu nanti barulah seluruh rakyat malaysia termasuk yg selama ni memujimuja dia betul2 tersentaksedar selama ni mamak tu & sukusakat & gerombolan dia memang kakitipu kakirembat kakibelit kakiputaralam kaki#%*@!!!

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

cicit ngah layor berkata...

'Bulih buat kajian alQuran tapi tak buluh bercakap'.Aper maknernyer perkataan ini? Kalau org belum Islam ndak buat kajian,dier kener ler berbincang sesamer demer dan bertanyer kepader org yg arif dalam tafsir2 ni.Ater...bukan ker demer kener bercakap wahai ustad ooii!!!.Pader tahap permolaan ni dah tentu ler banyak salah dan silapnyer.Tak kan ler dengan kesilapan org yg baghu belajor tu komer teghuih hentam sampai setengah mampoih. Abih tu mcm maner kiter ndak dekatkan org2 mcm ni dgn Islam...kalau mcm ni gayernyer,bertambah jauh ler nampaknyer.Bertambah takut ler demer dgn Islam.Seghonok benor ler ustad ni kalau jadi begitu,dapat ler ketuernyer kekai diputre jayer,dan dighinyer dapat ler pakai tie balik.Ingat kan daghi naib presiden,lompat dapat jadi menteghi,ghopernyer tersilap lompat....teghuih jadi badut.kah kah kah.

StingRay berkata...

Stended la.Kalau kena kat PR..semua tak betul.

Ye dak?

Tanpa Nama berkata...

Agama Islam adalah agama yang benar2 belaka.

Ianya hanya dimiliki oleh gerombolan. Semua agama islam yang diamalkan oleh orang lain selain UMNO, adalah masuk neraka semata2 dan tidak diiktiraf di seluruh dunia...

Islamnya UMNO ini, putih suci murni, agama Islam miliknya ini amat bagus dan baik2 belaka:

1. membenarkan anak beranak bukak kilang arak,
2. tak payah pakai tudung litup (akan jadi orang jahat, kene tunjukkan rambut berkepul2 tebal tu, ini baru betul),
3. mufti2 disediakan pelajaran braille dan bercakap juga menggunakan braille.
4. rasuah ditukar dengan pembelian tersilap sebutharga...
5. blablabla..

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha....nampak sangat si pengikut Arab nie tak kaji Al-Quran.

1. Al-Quran diajar oleh Tuhan kepada semua MANUSIA.

"(Tuhan) Yang Maha Pemurah. Pengajar Al-Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara."
(55:1-4)

Tiada sesiapa yang berhak mengatakan dia yang paling layak menafsir Al-Quran. Sesiapa sahaja boleh belajar asalkan dia adalah manusia (melayu, cina, india, iban, kadazan, siam dll)dan dia belajar dari Tuhan sendiri iaitu melalui Al-Quran. Tuhan tak pernah berikan kuasa kpd sesiapa pun utk menerangkan kitabNya. Kebenaran adalah milik Tuhan bukan milik kau.

2. Tuhan yang akan menerangkan isi kandungan Al-Quran kpd manusia, bukan Muhammad. Tugas utama Muhammad di atas planet Bumi ini hanya menyampaikan Al-Quran kpd manusia.

"Janganlah kamu(Muhammad) gerakkan lidahmu utk (membacakan) Al-Quran kerana hendak cepat(menguasainya).

Sesungguhnya atas tanggungjawab Kamilah mengumpulkannya dan (menjadikan kamu pandai)membacanya.

Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutlah bacaan itu.

Kemudian, sesungguhnya atas tanggungjawab Kamilah menjelaskannya."
(75:16-19)

Bila masa Tuhan lantik kau untuk memperjelaskan isi kandungan Al-Quran kepada manusia lain?

3. Al-Quran mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja asalkan dia mahu mempelajarinya dari Tuhan.

"Kami jadikan Al-Quran itu mudah untuk dipelajari. Ada sesiapa di kalangan kamu yang mahu mempelajarinya?"
(54:17,22,32,40)

Sesiapa sahaja boleh mengkaji isi kandungan Al-Quran kerana Tuhan jadikannya mudah difahami oleh sesiapa yang hendak mengkajinya.

4. Majoriti manusia termasuk kau membelakangkan Al-Quran. Di akhirat nanti, Muhammad akan berkata kepada Tuhan,

" Pembawa mesej berkata: Tuhanku, sesungguhnya kaumku membelakangkan Al-Quran."
(25:30)

Maknanya majoriti umat Muhammad tidak mengikut Al-Quran!

Harap TT berani siarkan komen aku nie. Bukan apa, aku mmg cukup panas bila org hipokrit mcm nie mempergunakan agama dan Tuhan.

Kebenaran tak boleh dimonopolikan kerana kebenaran adalah milik Tuhan. Lebih baik Cina kaji Al-Quran berbanding Melayu yang melagu-lagukan Al-Quran tp tak faham maksud sebenar.

-saniyusuf@gmail.com-

Tanpa Nama berkata...

Sultan Johor dikatakan sebagi mempunyai daulat yang lebih tinggi dari sultan-sultan dan rha-raja Melayu lain. Pernah diceritakan moyang baginda Sultan Temenggung Abu Bakar yang selalu mengembara di Eropah, satu ketika membawa pulang satu alat yang belum pernah di lihat oleh sesiapa mau pun sultan dan raja Melayu, maka baginda telah mengadakan satu mkan malam dengan menjemput raja, sultan Melayu dan para bangsawan. Di majlis itu dihidangkan berbagai hidangan yang istimewa untuk raja-raja, dan semua raja-raja dan sultan-sultan Melayu terpegun dengan segala kemewahan sultan Johor sehingga ketul-ketul belian sebesar buku lali terhidang sama di atas dulang-dulang perak, maka diceritakan salah seorang dari sultan Melayu yang bertahta di sebuah negeri sebelah utara pantai timur teringin sangat untuk menyimpan beberapa ketul belian tanpa memohon kebenaran terlebih dahulu, tapi beliau sungguh terasa besar hati apabila pembantu-pembantu istana turut memasukkan lebih banyak ketul-ketul yang bersinar itu ke dalam beg permasuri sultan. Setelah selesai jamuan makan malam, sulatan dari pantai timur tadi pun pulang bersama-sama dengan permasurinya ke istana singgah dengan rasa gembira betapa bermurah hati sultan Johor sudi menghadiahkan ketul-ketul bersinar itu kepada baginda. Keesokan paginya baginda sultan telah dikejutkan oleh pembantu untuk memberitahu sesuatu telah terjadi kepada ketul-ketul belian yang dibawa pulang ke sitana singgah, apbila beliau melihat ke dalam bekas, tiada lagi satu pun ketul yang tinggal malainkan air yang sungguh dingin apabila disentuh. Di dalam hati baginda terasa perasaan gerun, lalu berkata "sungguh berdaulat sultan Johor ini, belian yang sungguh besar boleh bertukar menjadi air"....dari SELECTOR Minsider...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Beliau berkata al-Quran boleh dikaji oleh sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam tetapi dengan syarat perlu faham maksud sebenar sebelum membaca atau membuat huraian.

Oksimoron Dikesan! Kalau dah faham, buat apa nak baca? Kalau tak baca, macam mana nak faham?

Tanpa Nama berkata...

Al-qur'an cukup sekadar berbekalkan fitrah akal, tak perlu roket sains utk mengkajinya atau puak-puak ni takut orang semua tahu yang sebenarnya mereka ni dah lama tersesat.., kot..?

kmt65.