Khamis, 23 Jun 2011

ANAK MUDA JANGAN LEPAS KAN PELUANG INI - SEMUA PEGUAM CUN!



BERSIH 2.0 LAWYERS FOR LIBERTY ANJUR BENGKEL
– harakah daily

Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.
Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis.

"Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti.

"Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily.

Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain.

Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada: fadiahnadwa9@yahoo.com atau menghantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor berikut 012-4651671 berserta dengan butiran pribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat email.

8 ulasan:

seksyen 7 shah alam berkata...

TT gua tak dapat datang.. kalau ada video pasal taklimat tu lu upload laa kat youtube.

Tanpa Nama berkata...

1. There is one man pushing his way around the corridors of Putrajaya, telling everyone he has the approval of Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. His name is Datuk Desmond Lim.

3. Most people on the street will say Desmond who?

4. This low-profile businessman has powerful backers, many of them in Umno.

5. In fact, many people say he has now edged out raja judi Vincent Tan, Low Taek Jho and Tan Kay Hock.

6. Lim and wife Cindy are the new powerbroker in Putrajaya.

7. Before now, he was only known as the biggest shareholder in Malton, the company that bailed out Patrick Lim and the fantastic Penang Global City Centre.

8. He was also the middleman in the scandal to buy locomotive engines from Communist China.

9. But this man is not contended after making so much money. He is now about to snap up several pieces of prime property.

10. Desmond, whose wife is close to the first family, is eyeing a prized piece of land near Pavilion and in Bangsar.

11. You may say so what? Anyone can buy land right?

Dari arkib Malaysia Today:Desmond Lim - the new Chinaman kingpin of Putrajaya
ARCHIVES 2010
-Haji salah

REVOLUSI_MALAYSIA berkata...

koya awek cun TT... hahahhaha... semue tua ganyut dah!

HIDUP REVOLUSI!!!

Tanpa Nama berkata...

Konpom aku dtg..walaupun bini aku tak kasi aku join bersih...hahahahah..ku lakukan utk masa depan anak cucu ku..

Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat BANTAHAN DI JALAN. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya DI JALAN”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Tanpa Nama berkata...

takpe ke kita berskongkol dengan pejuang kebebasan beragama ni...Sehingga sekarang membuatkan dalam dilema..risik2 dekat ustaz2 pondok(tiada kepentingan politik) diaorg cakap baik jangan..diaorg cakap baik kita bersihkan diri kita dulu...pening-pening

Tanpa Nama berkata...

Pak TT, saya dah heret tangan kekaseh saya untuk sertai BERSIH ni.

budakbalun berkata...

tanpa nama 10:33

kalau rujuk dengan ustaz jenis dok diam2 dlm surau masjid memang itu lah kebanyakkan jawapannya..

err.. Rasulullah SAW dulu tak joint perang ke?

adusss!