Khamis, 8 November 2012

RADIO BANGSAR UTAMA BUAT SIARAN LANGSUNG FORUM INI


JEMPUTAN UNTUK SEMUA

Dengan segala hormatnya pihak Akademi Pak Sako menjemput
saudara/saudari utk menghadiri program wacana ilmiah susulan
perkembangan terkini berkaitan polemik kebebasan beragama dan murtad
yang diwarwarkan di dalam media massa muktakhir ini. Butiran program
adalah seperti berikut:

FORUM: "Kebebasan Beragama atau Murtad?"

Tarikh: 8 November 2012 (Khamis)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor, Jalan
Maharajalela, Kuala Lumpur (seberang stesen monorel Maharajalela)

Panel:

1. Hasmi Hashim (Budayawan / Pemikir / Penulis lirik lagu Awan Nano,
pemenang AJL26)

2. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan @ Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda
musim pertama)

3. Wan Ji Wan Hussin (Pendakwah / Aktivis Sosial)

4. Eekmal Ahmad (Mantan Setiausaha Akhbar kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim)

Forum akan dimudahcara oleh YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves.

Kehadiran saudara/saudari adalah dialu-alukan.

Sekian, terima kaseh.



NOTA:
untuk pendengar luar kuala lumpur
untuk yang tak datang ke dewan china
untuk mereka di luar negara

sila ikuti forum ini melalui radio bangsar
radio menghasut numero uno
malam ini jam 8:30 malam
RADIO BANGSAR UTAMA

Tiada ulasan: