BARUA DAN JENTERA DAULAH
Saya wajib menerangkan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang
memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan
oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. Mengikut
Parlimen SPR ialah satu lembaga bebas
dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada
United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apa
itu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak
berlaku. Polis kita hari ini telah menjadi
barua kepada United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman - mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman
ini wajib bergerak bebas berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang telah
diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi
hakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United Malaya
National Organisation.
Apa itu barua? Barua ini adalah satu konsep yang memiliki
pelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari seorang perkerja yang membuat kerja untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendah
tahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak memiliki
nilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh barua ialah kebijaksaan Sang Barua membodek.
Saya wajib juga menerangkan
apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah.
Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahami
dengan jelas apa itu barua. Dan
bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.
Daulah ialah perkataan
Arab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialah
‘state’ atau negara. Negara yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysia
tetapi struktur, simbol dan lembaga-lembaga
yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.
Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera
daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera adalah lembaga yang bergerak sebagai
jentera-jentera daulah. Lembaga dan
jentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jentera
ini Malaysia tidak akan wujud.
Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga
ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orang
ramai – kepentingan awam - didahulukan dari kepentingan individu. State
atau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum bukan kepentingan
individu atau satu kumpulan kecil. Ini
falsafah daulah yang tidak berganjak
sama ada di Timur, di Barat, Utara atau
Selatan.
Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yang
sepatutnya menjalankan tugas untuk
menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays
National Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu. Individu yang
mengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap,
berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankan
kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.
Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulah
dan jentera daulah ini dapat dijadikan
barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukan
satu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar
Kutty teknik untuk melahirkan barua ini
telah menjadi satu seni.
Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki
masalah. Megat Joned yang terlibat dalam
kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Tambi Chik dengan kes rogol juga
menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan
Mahathir adalah sosok yang bermasalah. Sosok
yang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagi
setia Sang Barua ini.
Teknik yang sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United Malays National
Organisation. Awalan sejarah lembaga
kehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa.
Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru, muncul watak yang bernama Yussof Chin. Muncul V.K Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib
untuk melahirklan watak paling baru bernama
Tan Sri Cecil Abraham. Lagi banyak
‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk dilantik
untuk menjadi barua.
Adalah rahsia umum
bahawa ada diantara hakim-hakim ini
‘boleh didangdut’ . Mereka ‘ di dangdut’ oleh Towkay Ayam, oleh Towkay lendir, oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah.
Perangai suka ‘ berdangdut’ ini telah
menjalar dari mahkamah rendah hingga ke
mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah.
Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling ‘top’.
Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan.
Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini
telah menjadi pemilik ‘kelab dang dut’.
Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto
– sedia berkhidmat – kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki
Iskandar Kutty.
Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana semakin dekat PRU13 – semakin jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya
perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap gaban. Laporan kepada pihak polis
tentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays National
Organisation telah tidak dipedulikan.
Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat telah
dibakul sampahkan.
Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak
terhadap Tian Chua, meyerbu pejabat
Suara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau Ci
Gu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialah
barua United Malays National Organisation.
Polis yang bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabu
ini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai
melihat bagaimana mahkamah telah
dijadikan barua. Saya bukan bercakap
kosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila
Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yang
mengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telah
mengatakan bahawa mereka membuat kerja
bunuh kerana makan upah.
Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelas
apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanya
dalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7
Pelajar Berdemo dan Kes 4 Siswa UKM – bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari
ini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja barua maka Rosmah Mansor masih anak dara sunti
yang langsing dan ramping.
Akhirnya kita sampai ke pada SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akan
menipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menang
dalam PRU13. Sebagai bukti - semakan
Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai penduduk
seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula
yang diwakili Menteri Besar, Khalid
Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak
dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. Bila dilaporkan - SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.
Di Pandamaran lebih 3 ribu pengundi telah kehilangan nama mereka dalam daftar
mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah ditemui. Kes
kehilangan nama pengundi dan pengundi
yang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mahkamah telah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan daftar pengundi walaupun
dibekalkan bukti yang jelas. Justeru , daftar
‘penuh penipuan’ ini akan digunakan
dalam PRU13.
Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya telah dan sedang dijadikan barua oleh United Malays National
Organsiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang
berkerjasama. Sebagai barua yang setia
kepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untuk
memastikan Pakatan Rakyat kalah dalam
PRU13 ini.
Lembaga-lembaga daulah ini sedang menjadi benteng dan tembok untuk
mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat.
Sosok-sosok yang mengendalikan SPR –
Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat. Ketua Hakim Negara dan kuncu-kucunya tahu bahawa tarikh lupus kuasa
telah lama sampai. Malah Pegawai Polis
yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan
dihumbankan oleh rakyat.
Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar apa akan terjadi kepada mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindah
ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli ‘insuran’ dengan
Pakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan oleh Hitam dan Musa Hasan.
Tetapi masih ada satu kumpulan kecil yang masih berdegil.
Sang Barua ini cuba mengviagrakan
United Malays National Organisation yang
semakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari Lebai Google satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambar
helikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon
ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)
ANAK MUDA
BERSEDIA!
BERSEDIA!
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-92-21-40-45
GAMBAR KLASIK
30 APRIL 1975
BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA
-----------
12 ulasan:
1.dah rasa Pr akan kalah teruk pada pru 13 kecuali kawasan majoriti cina!
2.sibuk cari kambing hitam untuk cari alasan kekalahan!!
3.macam team bola rajagopal !!kalah jee cari belbagai alasan!!dah memang lemah !!tak payah cari alasan la oii!!
memang sah muka-muka barua lahanat ! ABU saja penyelamat negara !
Hasil tulisan pakar teori evolusi Darwinas
Barua umno..
Begitu hebatt penipuan amno, masih takoot nak bubar parlimen???
Takat barua amno upah 2hengget buat kacau kat blog nih bagi kat penyokong pakatan ajer la. Kita ajak minum dulu.
Penyokong umno adalah makhluk paling bodoh dalam dunia
kalau ditakdirkan ubn kalah pru 13, mamat2 anon 12:49 ptg dan 1:03 ptg bakal dilihat cuba menaiki helikopter di pejabat perdana menteri sama seperti dalam gambar di saigon itu..
betul.semalam barua barua digunakan untuk menyekat kehadiran treler PAS di Kamunting.siap buat sekatan di semua jalan ke Kamunting.sampai ke treler pun umporno takut.
di vietnam mao dan marx boleh salute tapi di sini....manai, longlai, bongsai kah kah kah
madey still king!!!
TT, u belong to wrong place, wrong race.
Bongsai already doomed the moment ameno was resurrected.
Simplylooked at those who grab for the BR1M, pathetic of the 1st degree.
U need no smart leaders to lead them but corrupt paria kah kah kah
Bodoh betul kan mamat 1:03 dan 12:49 ptg..dh tau barua umno p laa komen dkt blog barua umno mcm hampa jgk..apa yg selenge sngt?kah kah kah..
Klau dah rsa kuat sangat... suruh la piem takubin ko tu bubar parlimen cai. Itu pun x blh pikir ke. Bangang tul la ko. Sian ko. KAH KAH KAH KAH KAH KAH......
Перевозка грузов из Китая в Россию по выгодным ценам. Направьте свою заявку на расчёт стоимости перевозки на нашу электронную почту.
Catat Ulasan