MALAYSIA HAK MELAYU: PENDIRIAN ISMA JUMUD DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM
Saya merujuk kepada laporan portal Malaysiakini bertajuk “ISMA mahu dunia iktiraf M'sia hak Melayu” yang diterbitkan pada 27 Februari 2014.
Ternyata, pendirian ISMA yang mahu seluruh dunia mengiktiraf negara Malaysia sebagai warisan Melayu dan hak Melayu adalah bersifat jumud dan berbaur perkauman serta tidak membantu aspirasi rakyat negara ini dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan di antara kaum.
Pendirian ISMA ini juga menzahirkan pegangan assabiyyah (perkauman melampau) di dalam organisasi tersebut dan ia jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang bersifat syumul dan tidak membeza-bezakan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Jika dihimbau sirah Nabawi, Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi pemimpin utama di Madinah tidak pernah mengisytiharkan Madinah sebagai negara warisan Arab dan hak Arab semata-mata tetapi Baginda SAW mentadbir dan melayan setiap penduduk Madinah secara adil dan saksama tanpa membeza-bezakan bangsa, suku mahupun kepercayaan.
Justeru, ISMA sewajarnya bersikap realistik dan rasional dalam menyatakan pandangan berkaitan isu-isu sebegini dan bukannya bertindak semberono sehingga mengundang salah tanggapan terhadap ajaran Islam.
AMIRUDIN SHARI
Setiausaha
Majlis Pimpinan KEADILAN
Negeri Selangor
------
1 ulasan:
BRO TT, KHALID IBRAHIM KONFOM LAWAN AZMIN TIMB. PRESIDEN.
APA LAGI BRO, BALUN LA AZMIN TU SAMPAI TERSUNGKUR.
KASI JATUH SAMA DNA UMNO BRO.
TAK SOSIALIS LA SOKONG DNA UMNO.
Catat Ulasan