HARI BURUH
SATAY KAJANG
Pada
minggu pertama sesudah diumumkan kerusi Dun N25 Kajang kosong dan Anwar Ibrahim
menawarkan diri, umum membaca bagaimana Kelas Berleter membuat heboh tak tentu
hala. Mereka berlabon kuat dalam media baru. Mereka bertalipon menghatar teks dan twit. Mereka
berforum dan bergebang.
Sebenarnya
Kelas Berleter ini hidup lumayan. Mereka mendapat nikmat dari proses pembodohan
Bani Melayu yang dirancang dan dijalankan oleh United Malaysa National
Organisation. Proses pembodohan ini juga dibantu kuat oleh gulungan feudal
Melayu. Apabila Bani Melayu menjadi a la Hasan Malek maka senanglah harta
kekayaan negara ini dirembat. Hakikatnya Kelas Berleter ini mendapat habuan dari
‘tong’ United Malays National Organisation. Justeru mereka terpaksa berleter untuk menunjukkan kepada umum bahawa
mereka ini prihatin terhadap negara ini. Poorah.
Heboh-heboh
Kajang ini disambut pula oleh NGO Soh Seh Soh Seh – yang juga buat heboh. Bila
sebut NGO Malaysia – sebenarnya saya terus sakit perut. Sakit perut kerana
ketawa. Saya ketawa kerana NGO Malaysia
yang berSoh Seh Soh Seh dalam Bahasa Inggeris ini memiliki nama
gah tapi ahlinya tak lebih dari lima orang. Lima orang? Betul lima termasuk anak, bini, adik dan kakak.
Kelas
Berleter dan NGO yang Soh Seh Soh Seh
ini buat heboh dalam media. Mereka mempersoalkan apakah PRK N25 Kajang ini merosakkan
demokrasi. Mereka mempersoalkan dana
yang membazir. Mereka menuduh PKR mengunakan N25 sebagai cara menyelesikan
masalah dalaman PKR.
Tup
tup Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan. Tup Tup Taib Mahmud
letak jawatan untuk lantik dirinya menjadi Yang DiPertuan Negara Sarawak. Tup tup
Kelas Berleter tak terleter lagi. Tup tup
Kelas Berleter senyap menikus – macam babi hutan jumpa cacing.
Tidak
ada suara menimbulkan isu PRK N51 Balingian membuang duit. Tidak ada siapa
menimbulkan kenapa Taib Mahmud tak tunggu hingga penggal DUN Sarawak dibubar. Tak
timbul persoalan Taib Mahmud guna PRK
untuk ajenda dalaman parti. Tikus
Bangsar telah senyap. Bak kata Orang Peranchis
‘ rien du tout’ - tak ada apa
apa. Kelas Berleter kelihatan terlantar kenyang
satelah mendapat projek dari Ketuanan Melayu.
Nampak
jelas Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh telah dikajangkan. Mereka telah dibungkus
kerana telah menjadi satay busuk.
Sebenarnya
untuk memahami politik Malaysia ini bukan susah sangat. Tak perlu belajar ilmu sains politik di Yale, Havard atau
Oxfart. Tak perlu belajar di Al-Azahar
atau di Madinah. Tak perlu faseh bahasa
Latin atau Arab. Tidak perlu baca kitab tebal-tebal. Tak perlu buka buku
falasafah Yunani. Cukup – memadai dengan
membaca akhbar Utusan Malaysia. Sesiapa sahaja boleh memahami politik Malaysia
dengan membaca akhbar ini.
Biar
saya buktikan betapa senangnya memahami politik Malaysia ini. Ilmu pertama yang wajib difahami ialah
sesiapa sahaja yang disokong, dimasyhurkan dan diangkat oleh Utusan
Malaysia maka Si Polan itu ialah orang jahat. Jika Mamat atau Minah yang diangkat Utusan itu ahli politik maka ini bermakna si Mamat atau si Minah itu politikus jahat.
Kalau yang diangkat ialah NGO maka NGO itu adalah NGO jahat.
Cara
kedua untuk mengenal apa yang baik ialah
melihat apa yang TIDAK disukai oleh Utusan Malaysia. Apa sahaja yang tidak disukai oleh Utusan
Malaysia adalah baik. Kalau yang dikritik oleh Utusan itu seorang politikus
maka ini bermakna politikus itu adalah politikus yang baik. Jika sesuatu dasar dikeji oleh Utusan , yakinlah bahawa
dasar itu adalah tepat dan betul.
Ini
terbukti betul dalam kes N25 Kajang.
Utusan melaporkan hampir kesemua kenyataan Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh
Seh. Kenyataan ini semuanya mempertikaikan agenda besar Pakatan Rakyat untuk
menggulingkan United Malays National Oreganisation. Apabila Kelas Berleter atau NGO
ini diberi ruang media oleh Utusan makan
yakinlah ada agenda jahat di belakangnya.
Hakikatnya
apa saja garis politik yang dicanang dan disokong oleh Utusan pastilah ini
garis politik yang salah. Apa sahaja garis politik yang ditentang oleh Utusan
maka inilah garis politik yang tepat dan betul.
Saya
mengajukan pandangan sademikian kerana saya sedar bahawa Syarikat Utusan ini
adakah milik United Malays National Organisation. Maka garis politik yang
diajukan atau yang ditentang pastilah bertujuan untuk menguntungkan parti Ketuanan Melayu in. Period. Kepentingan
gerombolan Ketuanan Melayu diheboh dan disebarkan oleh Utusan Malaysia. Hakikatnya,
akhbar ini adalah hati nurani gerombolan
yang berimankan Ketuanan Melayu.
Cara
kedua - sesudah membaca Utusan ialah
membaca kenyataan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Sama saperti Utusan –
apa sahaja yang dilarang dan tidak disukai oleh oleh Mahathir maka pekara
itu adalah pekara yang baik. Mahathir mewakili satu jalur kepentingan elit
pemerentah dari parti Ketuanan Melayu. Jalur ini disokong oleh kapitalis nasional dan para
cukong. Di belakang Anak Lelaki ini ialah Ananda, Daim, Yeoh Tiong Lay, Syed Mokhtar,
Halim Saat, Vincent Tan dan segala jenis kaki kontrek yang menjadi
kaya raya kerana mendapat habuan dari Anak Lelaki Kutty.
Kaum
kapitalis nasional dan para cukong inilah yang dipertahankan oleh Mahathir. Justeru Mahathir amat-amat tidak suka tunjuk perasaan. Mahathir tak suka
rakyat turun berdemo. Mahathir tak suka
media yang bebas. Mahathir tak suka ISA
dimansuhkan. Jelas apa sahaja yang
Mahathir tak suka adalah pekara yang baik.
Paling menjolok si Mahathir tidak suka Bani Melayu memiliki fikrah yang
kritikal kerana bila Bani Melayu berfikir mereka akan bertanya: betul ke
Mahathir ini Melayu?.
Kita
lihat apa kata Anak Lelaki Kutty tentang PRK N25 Kajang. Si Mahathir ini bukan macam Kelas Berleter,
ini kerana Mahathir ini faham politik. Dia melihat hasil jangka panjang PRK
N25. Lalu Si Mahathir ini ‘ curah minyak’ untuk
renggangkan hubungan PAS dengan
PKR. Anak Lelaki ini mensarankan agar kerusi
MB Selangor diambil oleh
PAS. Ini bukan kerana Mahathir telah
‘bertaubat’ untuk menyokong PAS tetapi ini dilakukan kerana saranan ini adalah
cadangan jahat. Apa sahaja cadangan atau pandangan dari Anak Lelaki Kutty ini adalah pandangan jahat. Tidak perlu kaji selidik dalam hal ini.
Tidak
cukup dengan ‘ menaikkan syahwat PAS’ , Anak Lelaki Kutty juga telah
menghebohkan ke seluruh alam bahawa Anwar Ibrahim juga bertanggung jawab dalam
Operasi Lalang. Dalam Operasi Lalang
seramai 106 warga telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
pada 27 Oktober 1987. Dalam Operasi Lalang ini juga dua akhbar harian The Star
dan Sin Chew Jit Poh, dan dua akhbar mingguan Watan dan The Sunday Star telah
diharamkan.
Sayangnya
umum dan sejarah mengetahui bahawa Operasi Satay Lalang...oppps.. Operasi
Lalang ini ditelorkan, dieramkan dan dinentaskan oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.
Operasi ini berlaku kerana kuasa Mahathir Muhamad dan United Malays National Organisation kian terhakis.
Tidak
cukup dengan Satay Lalang ini, Anak Lelaki Kutty ini telah juga
berkata bahawa memilih Anwar Ibrahim bermakna memilih kerajaan pro-Amerika.
Bila saya terbaca berita ini saya ketawa
hingga terberak. Tetapi bukan macam orang lain bila berak akan terkentut. Saya
tidak terbau apa-apa. Yang saya bau ialah
si Mahathir ini ialah ajen KBG -
Kerala Bilio Grundiq.
Yang
cuba dijaja oleh Anak Lelaki bukan Satay
Kajang tetapi Burger Pro-Amerika. Kerana ianya burger maka ianya memerlukan
satu ruang luas untuk saya mentakrifkan apa itu nikmat satay dan apa itu racun burger.
Dari
awal lagi telah saya nyatakan bahawa memahami politik di Malaysia ini bukan
susah. Walau pun telah saya terangkan sejelas matahari terbit tetapi masih ada
lagi sosok yang gagal memahami PRK N25 ini. Saya merasa hairan lagi takjub
tentang kenapa ada pemuka dari Pakatan Rakyat sendirfi yang tidak dapat membaca tepat arus politik
yang sedang berlaku dihadapan mata sekarang.
Naratifnya
amat senang. Anwar Ibrahim mahu dipilih rakyat untuk memasuki Dewan Undangan
Negeri Selangor. Ini dilakukan dengan niat untuk menjadikan Selangor basis utama
dimana Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR – merancang satu gerakan politik yang ampoh untuk menggulingkan kuasa politik
United Malays National Organisation.
Apakah ini tidak jelas?
Jika
Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor ianya akan menjadi bonus tambahan kerana
disebelah Anwar Ibrahim ialah Khalid Ibrahim pemikir ekonomi. Bayangkan politik
Selangor dibawah pimpinan Anwar dan ekonomi Selangor dibawah Khalid. Apakah pekara ini pun
susah sangat untuk difahami. Apakah fikrah telah bonsai? Atau kerana nafsu syawat
telah dirangsang dengan Satay Kajang oleh
Anak Lelaki Iskandar Kutty? (TT)
NAMPAK PERANGAI EEE
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa berminat untuk melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------
7 ulasan:
seingat saya George W. Bush (Presiden Bush II) tak pernah datang ke Malaysia (perbetulkan saya kalau saya silap) kalau benar maka benarlah Mahathir yang (menyembah Bush melafazkan taat setia ke ?) jelaslah dan semakin nyata bahawa manusia yang bernama mahathir bin mohamed al kutty ini seorang manusia munafik teragung selepas firaun, haman, namrud, abu jahal mengatasi kemunafikan Noh Omar, Hasan Malek, Rosmah (?) - bantai lah kah kah kah.., Sharizat lembu, Hamidah Osman, Mashitah dan lain-lain yang selembu dengannya
Tiba masa semua yang tidur bangun...sangkakala telah berbunyi...ini harus terjadi..anwar mesti jadi mb selangor..mesti dan khalas......ayuh laskar laskar rakyat.....mengolah persetujuann tt bererti mahathir mati tahun depan masa makan satay.....ini keling mamak pukimak mesti ditundukkan..biar dia mati dalam keadaan kaki terangkat sebelah.....cilaka punya mamak pukimak ni.......cilaka.....
Anak kutty ni ingat orang tak tau ke...semasa hussin on jadi PM dan balik dari lawatan dari China dulu.....Apa dia buat?????Apabila K.terbang mendarat....dia suruh orang tolak kerusi roda untuk sambut PM....Tujuannya supaya rakyat tengok yang PM tu dah tua dan tak larat lagi nak jadi PM!!!!Agaknya dia buat tu apa tujuan?????Tujuan nya supaya dia lekas jadi PM lah....kan gelojoh namanya keling celaka ni....fikir-fikir kan lah yek!!!!
Sayang TT terlobat masuk politik kotor PKR.!!! Saya memang pegikut tegar Pakatan Rakyat.tai Kajang ini adalah politik kotor oleh geng Anwar.
Jadi DOWN WITH TUKARTIUB.!!! AND DOWN WITH ANWAR.!!!
Anak Iskandar Kutty,Mamakthir ni memang celaka.Bayar pelobi Amerika dengan duit rakyat untuk jumpa Bush,lepas tu kata Bush yang nak jumpa dengan dia. Celaka punya mamak eeeeeeeeeeeeeeeee.... ni. Kita gulingkankan eeeeeeeeeeeee dulu sebelum gulingkan United Malays No Otak..Oppsss...jangan tak siar komen ana Tuan TT, jika tidak nyawa Tuan akan pendek...kah...kah...kah..
Hadoiiiiii bosan sesangat!! Mcm dah takda org melayu selangor lagi dah yg berkaliber...ini satu pengkhianatan baru terhadap rakyat selangor setelah air paip jalan bertol dan sebagainya...PKR DGN SOMBONG MEMBUNTUT KAN RAKYAT SELANGOR....TAK LAMA LAGI SELANGOR BAKAL BEBAS DARI PKR...TUNGGU JEA NGOK!!
TT tercicir satu lagi ktty punya cakap....iskandar takut-takut-kan pengundi bahawa kakitangan taK seLamat kaLau anwar menang atau jadi MB Selangor....
untung nya PR kerana kata2 ini dapat di terjemah dan tafsir dengan BAiK, dari lapis pertyama hingga lapisan ke tujuh...
Malang nya bagi umnQ, budak2 umnQ gagal memahami makna pada lapisan pertama lagi... apa yg iskandar kuti cakap...mereka ingat kaki kanan kirri dan dua belah tangan mereka taatayenggek...terrey pondey
Catat Ulasan