SEKALI
LAGI DAULAH TERPENDAM
Siapakah sosok-sosok yang terlibat dalam Daulah Terpendam ini? Jawabnya: mereka bergerak secara rahsia. Justeru kita tidak akan dapat mengenali mereka. Yang dapat dicium hanya langkah-langkah yang telah mereka ambil dan jalankan. Garis-garis politik yang berjalan serta dasar negara yang dilakukan.
Tujuan
Dulah Terpendam ialah untuk mempertahan daulah yang wujud. Untuk
memastikan sistem ekonomi apa yang mereka panggil ' free market' akan
berterusan. Maknanya peranan Dulah Terpendam ialah memastikan sistem
ekonomi kapitalis ini tidak akan digangu gugat, Ertinya Daulah
Terpendam ini menjaga kepentinagan kaum pemodal kerana mereka juga
dari kelas yang sama.
Justeru
dari mana dana ini datang? Jawabnya dari daulah sendiri.
Contoh
paling baik untuk memahami dana Daulah Terpedam ialah melihat cara
Petronas menguruskan keewangan. Ramai rakyat Malaysia TIDAK SEDAR
bahawa duit masuk dan duit keluar Petronas ini tidak diketahui oleh
Parlimen, oleh kerajaan atau oleh jabatan oleh audit negara. Yang
tahu hanya Perdana Menteri Malaysia. Kalau dahulu yang tahu hanya
Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty atau Abdullah Badawai. Hari ini
yang tahu hanyalah Najib Razak dan Rosmah Mansor. Ini bukan fitnah.
Inilah adalah Akta Minyak 1974.
Perebutan
pimpinan Parti Konservatif antara Thatcher dengan Haseltine cukup
sengit. Berminggu-minggu fokus media tertumpu - siapa yang akan
menang. Saya masih ingat lagi - ketika keputusan diumumkan saya
berada di South Bank dan sedang bersama dalam London Film Festival.
Keputusan tidak muktamad. Pertandingan wajib dilakukan sekali lagi.
Ketika
pengumuman dibuat Perdana Menteri Thatcher berada di Paris. Di tangga
pejabat Presiden Mitterrand Margaret Thatcher telah membuat
pengumuman bahawa dia akan bertanding sekali lagi untuk
mempertahankan kedudukan. Betulkah akan ada pertandingan sekali lagi?
Jawabnya
TIDAK. Sepulang Thatcher dari Paris - Men in Grey Suits telah datang
ke No 10 Downing Street. Esoknya Perdana Menteri Britain ini
mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan
jawatan. Inilah kekuatan Dulah Terpendam. Inilah bukti wujudnya Deep
State. Inilah bukti kuasa yang dimiliki oleh Men In Grey Suits cukup
ampoh. Kuasa mereka lebih tinggi dari kuasa politik kepartian.
Tetiba
pada 12 Mei 1998 empat pelajar dari Universiti Trisakti telah
ditembak mati oleh soldadu. Ini menyemarakkan lagi kemarahan anak
mahasiswa. Malah elit politik dan elit ekonomi yang setia menyokong
Suharto mula retak kerana pembunuhan ini. Daulah Terpendam kelihatan
berjaya. Suharto mengumumkan yang dia akan undur.
Bagitu
juga dengan kejatuhan Marcos. Gerakan gerila Parti Komunis Pilipina
sedang ampoh dan hampir menguasai banyak wilayah dan daerah
Pilipina. Marcos menjadi focus kebencian rakyat. Perang gerila
semakian merebak. Daulah Terpendam membuat keputsan bahawa Marcos
yang menjadi fokus kebencian rakyat wajib diganti. Senator Banigno
Aquino musuh ketat Marcos dibawa pulang dari Amerika.
Di
Malaysia sebaik sahaja Pakatan Rakyat mendapat kejayan pada PRU12
kepala babi pun mula bertaburan dalam masjid. Tidak cukup dengan
kepala babi – masjid juga disimbah cat. Tidak cukup dengan masjid –
gereja juga di simbah cat.
Apa
sebenarnya semua ini? Ini adalah perancangan Daulah Terpendam.
Daulah Terpendam sedang mentuntaskan ajenda merenggangkan
silaturahim antara bangsa-bangsa. Menanamkan rasa benci Melayu
terhadap Cina dan India. Menanamkan rasa takut Orang Cina danb India.
Menimbulkan syak wasangka antara bangsa-bangsa.
Setiakawan
antara Melayu, Cina dan India dalam Pakatan Rakyat adalah merbahaya
kepada kuasa hegemoni United Malays National Organisation. Kuasa
hegemoni parti Ketuanan Melayu sesudah tahun 2008 dilihat semakin
terhakis. Ini amat-amat merbahaya untuk elit politik dan elit
ekonomi. Ini merbahaya untuk kaum kapitalis. Ini merbahaya untuk
pemodal antara bangsa.
Warga
Cina dan India diserang dan dibunuh. Kedai dan rumah milik Cina
dibakar. Rumah Orang India di Sentul juga dibakar. Apakah semua ini
berlaku secara sepontan? Jawabnya TIDAK. Jawabnya mustahil berlaku
tanpa perancangan. Mei13 dirancang untuk mentuntaskan satu ajenda.
Ajenda induk untuk memastikan United Malays National Organisation
terus berkuasa.
Hari
ini Daulah Terpendam sedang bergerak aktif. Ajenda mempertahankan
Ketuanan Melayu semakin menjadi penting terutama sesudah dilihat
bahawa 52% rakyat Malaysia telah menyokong Pakatan Rakyat. Manakala
hanya 47% menyokong Parti Ketuanan Melayu. Daulah Terpendam sedar
bahawa kemenagan 47% ini juga adalah hasil penipuan.. Yang
menjalankan penipuan dalam PRU13 adalah Daulah Terpendam juga.
Justeru
kita lihat munculnya NGO – Melayu Islam yang kadangkala menyerang
Cina dan India. Ada kalanya menyerang Melayu yang tidak menyokong
Ketuanan Melayu. Ada kalanya ramai yang ditududh anti Raja. Atau
menghina Raja-Raja Melayu. Akhir-akhir ini semakin galak dilihat
tuduhan menghina Islam.
Semua
ini terancang. Ngo-Ngo ini telah diwujudkan sebelum PRU13. Malah
sesudah PRU12 telah direncanakan oleh Daulah Terpendam akan strateji
pengunaan Ngo sebagai suara efektif untuk mengapi-apikan kebencinan
kaum. Ini diselaraskan pula dengan bantuan media milik United Malaya
National Organisation. Ajenda ini juga dibantu oleh Face Book, Blog
dan Twiter. Alamat palsu, nama palsu dan akoun palsu digunakan untuk
membakar apai perkauman.
Kedua:
Menaikkan kemarahan Orang Melayu untuk membenci Orang Cina dan
India. Ini persediaan untuk mengulang laku Mei13. Cakap-cakap dan
kenyataan tentang Mei13 sering didengarkan. Ini untuk menaikkan
semangat Melayu. Ketiga: menakut-nakutkan Orang Cina dan India dengan
Mei13. Jika ketakutan berjaya disebar dan ditanamkan maka kuasa
politik Ketuanan Melayu akan kekal.
Daulah
Terpendam. Deep State atau Men in Grey Suits sedang aktif merancang.
Minggu lalu pesawat udara milik syarikat MAS telah ditembak jatuh di
Ukraine. Ini juga adalah kerja Deep State. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
----------
11 ulasan:
apakah deep state ni merupakan anggota CIA? mohon pencerahan
Deep State ini adalah apa yang dikenali dengan ZIONIS.
Kes selangor belum sampai daulah terpendam lagi...setakat palat terpendam jew.
639saya tak setuju kumpuLan giLa ini di beri nama "dauLah terpendam"
kerana[1] dauLah itu bahasa arab [2] terpendam tu bunyi macam teremdam macam tempoyak perkasam, kaLau breeze dan fab okey Lah juga...so saya cadangkan di tukar kepada "KERAJAAN LUBUK PUAKA" SEBAB LUBUK Ni DUDUK PUAKA-PUAKA JiN, JERONG BESAR DAN HANTU2 YG BESAR2...AMiNNN...TOLONGLAH JANGAN KATA AKU KAKi LEBONG, INi CUMA MEMECAH SAJA...SEBAB TULiSAN TT TADi SANGAT SERiYUS DAN BERAT, SO SAYA NAK BAGi PUAK2 UMNQ TU TERUS SAJA BODOH, JANGAN CERAH-CERAH...BiAR MAMPUS DALAM GELAP...
daulah terpendam ini nama orang iban ke.... macam pernah dengar aja , "daulat tong-ku"
Boring la topik ini.Balik2 ulang2 cerita 52% ko tu.Skrg PR nak runtuh.Ko tak risauke tt.
Ngo-ngok ngok ini ditubuhkan oleh Parti ketuanan melayu sebagai barua-barua yang jenis muka tak malu.Mereka tidak dilantik oleh rakyat,maka mereka adalah pariah-pariah anjing kurap.Hatta katak Braheng juga tidak dilantik oleh seekor melayu pun.Jadi mereka cuma anjing-anjing jalanan sama seperti pelacur jalanan mencari duit dengan cara yang cukup hina.
Atan Lempoyang berkata -
tt, Daulah Terpendam kita tukar kepada Kuasa Dajjal Glocal - iaitu global dan local.
he!he!he! Syaitan Glocal.
aku ingat ko ni bangang..rupa2nyo bodo + bangang
TT ni hanya berteori dan berkonspirasi..bukti satu pun tak ada..hanya tuduhan2 liar..macam ni susah dia nak dituduh menghasut..fakta kabur..senang dia nak berlepas tangan..
maknanya setakat ni daulah terpendam tu melihat tiadanya keperluan menukar k'jaan sediaada maka dilakukan pelbagai angkara untuk mengekalkannya...
bolehkah dikatakan nanti bila pr jadi k'jaan itupun atas rancangan daulah terpendam?
Catat Ulasan