Selasa, 9 September 2014

APA TERJADI PADA MH17







TEMBAKAN  SENAPANG
BUKAN 
 PELURU BERPANDU

MH17 – PELIK TETAPI BENAR

Pesawat MH17 meledak pada 17 Julai 2014 diruang udara Ukraine. Ketika saya menulis ini telah hampir dua bulan trajedi ini berlaku tetapi semuanya masih kabur. Tulisan ini ingin membawa pencerahan tentang apa sebenarnya telah berlaku kepada pesawat MH17. Pencerahan ini bertujuan untuk menghilangkan kabur. Juga untuk menerangkan mengapa trajidi MH17 ini sengaja dikaburkan. Dan apa tujuan pengkaburan ini.

Dunia difahamkan tidak berapa lama lagi laporan awal tentang MH17 ini awal akan diumumkan. Sebelum laporan awal ini muncul adalah menjadi tangungjawab saya untuk memberi pencerahan. Pencerahan ini juga bertujuan untuk mendewasakan kefahaman kita tentang politik dunia.

Awal wahid kita wajib mengetahui latarbelakang negara yang bernama Ukraine. Negara ini berkongsi sempadan dengan Rusia. Semenjak zaman berzaman ramai bangsa Rusia yang berada dalam wilayah Ukraine. Ukraine adalah sebahagian dari wilayah USSR pada satu ketika dahulu. Ukraine ini samlah saperti Orang Melayu di Patani, Narathiwat atau Yala. Mereka Melayu tetapi dalam jajahan Siam. Wilayah Donetsk warganya berbangsa Rusia tetapi dalam wilayah Ukraine.

Satelah USSR dimansuhkan (1991) Ukraine terus berkerjasama dengan Rusia. Ini kerana ikatan bangsa, budaya dan ikatan ekonomi dua negara ini amat rapat. Gas dan bahan bakar petrolium untuk Ukraine datang dari Rusia. Malah paip gas dari Rusia ke Eropah Barat melintasi Ukraine. Dalam masa yang sama Ukraine juga mengekspot bahan makanan untuk Rusia.

Hubungan dua negara ini tidak ada masalah sahingga masuk hantu yang bernama Amerika Syarikat. Amerika datang  dengan membawa NATO - North Atlantiv Treaty Organisation - perjanjian pertahanan dan persenjatan.

Ketika Rusia dibawah Boris Yeltsin (1991-99) Rusia dilihat sebagai 'macai'. Ini kerana Presiden Yeltsin amat lembik dan boleh disuruh arah oleh Amerika. Apabila Vladimir Putin muncul memimpin Rusia semuanya berubah. Nasionalisma Rusia mengembang bangga. Dibawah keruntuhan USSR, Rusia yang dipimpin oleh Putin bangun sekali lagi dari segi ekonomi dan politik. Dasar luar Rusia terus bebas.

Rusia hari ini bersama China menjadi dua negara penting yang boleh mengenepi dan menangkis kuasa hegemoni imperialis Amerika. Dalam masa yang sama Rusia bersama Brazil, India, China dan Afrika Selatan telah menubuhkan kesatuan yang kenali sebagai BRIC. Lima negara ini sedang menjadi tunggak ekonomi dunia yang bersaing dengan kuasa imperial Amerika.

Justeru – kerana semua ini – sekali lagi Amerika melihat Rusia – negara nuklear – yang berpotensi mencabar hegemoni Amerika. Kuasa imperialis Amerika sedar Rusia dan China boleh mengalahkan Amerika dari segi ekonomi.

Dalam bulan Julai yang lalu satu Persidangan negara BRIC di Brazil telah bersetuju untuk menubuhkan Bank Bric selari dengan Bank Dunia. Negara BRIC juga akan mendirikan satu lembaga ekonomi baru yang berupaya menandingi International Monetary Fund.

Paling terbaru ialah dasar ekonomi Rusia dan China dan negara BRIC untuk mengenepikan dolar dalam urusan perniagaan. BRIC kini akan menggunakan tukaran mata wang mereka sendiri – samada Rubel, Yuan, Rand atau Rupee. Malah ketika tulisan ini digarap - jual beli petrolium dan gas dengan Rusia TIDAK lagi menggunakan dolar. Kertas hijau bernama dolar telah diketepikan.

Apakah pembaca ingat bagimana pada akhir tahun 2001 Presiden Saddam Hussein juga telah mengenepikan dolar dalam urus jual minyak. Saddam memilih Euro. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.

Apakah pembaca ingat bagaimana pada tahun 2011 Muamar Gaddafi telah bercadang untuk meninggalkan dolar dan mengajukan dinar dan emas dalam hal jual beli bahan bakar petrolium. Presiden Libya ini juga telah mengeluarkan dana untuk menubuhkan Bank Afrika yang boleh membebaskan negara Afrika dari berhutang degan IMF. Lihat apa terjadi kepada Gadaffi


Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah Presiden Putin sedang dilihat sebagai musuh besar oleh kaum pemodal antarabangsa. Justeru Putin wajib dilupuskan. Justeru Rusia wajib dimusnahkan. Justeru 'regime change' wajib dilakukan keatas Rusia.

Apa pula hubungan Putin, Amerika dengan ledakan pesawat MH17?

Disini saya ingin membuktikan bahawa ledakan MH17 itu adalah sebahagian dari apa yang selalu saya nyatakan – projek mengolah persetujuan.


Apakah pembaca terlupa dengan Drama Telok Tonkin yang berlalu pada Ogos 1964? Dikatakan tentera laut Vietnam telah datang menyerang USS Maddox – kapal perang Amerika. Berita dua kali serangan ini menjadi berita dunia dan akhirnya Kongress Amerika bersetuju untuk membenarkan Presiden Johnson menghatar bala tentera ke Vietnam. 

Hari ini sejarah membuktikkan serangan tentera laut Vietnam keatas USS Maddox TIDAK pernah berlaku. Drama serangan ini bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Kongress bersetuju untuk menghatar bala tentera ke Vietnam Selatan.

Apakah pembaca terlupa tentang WMDweapons of mass destruction atau senjata pemusnah yang dimiliki oleh Saddam Hussein? Apakah pembaca terlupa bagaimana Setiausaha Negara Collin Powell telah berucap di Bangsa Bangsa Bersatu pada 5 Febuari 2003 untuk membuktikan bahawa Saddam memiliki pelbagai bentuk senjata pemusnah. Ucapan Powell ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia bahawa Saddam Hussein wajib dilipuskan.
Sepuluh tahun kemudian diakui oleh Collin Powell sendiri bahawa fakta yang disampaikan ketika berucap di PBB adalah bohong dan rekaaan. Semuanya bertujuan untuk mengolah persetujuan dunia agar Iraq diserang.

Mungkin Teluk Tonkin jauh dari ingatan. Mungkin Collin Powell orang Amerika – jauh dari rumah kita. Maka mari kita rapat ke rumah sendiri. Sila baca Meniti Lautan Gelora memoir Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu. Pak Said telah menulis tentang Setiausaha Politik Tunku Yap Chin Kwee.

Mengikut surah Yap, Tunku telah menolak rancangan British untuk mengebom kapal mereka sendiri di Selat Melaka. British ingin melakukan 'kerja jahat' sebagai strateji untuk menuduh 'kerja jahat' ini dilakukan oleh Bung Karno. Rancangan British ini ditelorkan dizaman Konfrontasi tetapi gagal menetas. Jelas - rancangan jahat ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar Indonesaia diserang dan Bung Karno dijatuhkan.

Justeru untuk saya MH17 adalah projek Amerika untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar Putin dijatuhkan dan Rusia diserang. Apakah yang saya tulis ini keterlaluan? Mana buktinya?

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam – dua jam kemudian pesawat ini meledak. Maka yang dicari sebagai bahan bukti ialah Kotak Hitam yang mengandungi perbualan juruterbang dengan Pengawal Dibumi – sama ada di Kiev atau di Amsterdam atau apa sahaja perbualan yang berlaku dalam ketika pesawat itu diudara.

Dalm kes MH370 – Malaysia macam nak gila cuba mencari Kotak Hitam. Tergolek terbantil meraung melolong mencari Kotak Hitam. Malah mendabik dada mengumum pada dunia Kotak Hitam pesawat MH370 adalah milik Malaysia. Orang lain jangan usik.

Dalam kes MH17 ini Kotak Hitam telah diserahkan kepada Malaysia oleh kumpulan Pemisah Donetsk. Malah berita penyerahan ini menjadi berita dunia. Sama ada Najib membayar duit atau tidak kepada kumpulan pemisah ini satu persoalan lain. Yang penting Kotak Hitam ini kembali ke tangan yang hak – Malaysia.

Tetapi apa Malaysia lakukan? Malaysia dengan bangga menyerahkan Kotak Hitam ini kepada British. Kenapa berikan Kotak Hitam ini kepada Britsh? Apa rasionalnya? Apakah rakyat Malaysia TAK ADA TELINGA untuk mendengar rakaman Kotak Hitam. Adakah jurutera kelahiran Malaysia ini haprak tidak tahu apa itu Kotak Hitam. Semua ini kabur dan TIDAK diterangkan kepada anak semua bangsa. Tidak diterangkan kepada kauam keluarga yang gugur.

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.Tidak sampai dua jam kemudian MH17 meledak musnah. Ertinya dalam Kotak Hitam itu hanya ada dua jam perbualan yang telah dirakamkan. Mengapa mengambil masa berbulan-bulan? Kenapa warga dunia bagitu susah hendak tahu apa yang terakam dalam Kotak Hitam. Apa yang hendak disorokkan dari pengetahuan dunia?

Ingat tidak dalam kes MH370 – walau pun Kotak Hitam tidak ditemui hingga ke hari ini tetapi kita telah diberitahui suara juru terbang mengucapkan '...selamat malam Malaysia..' Ini ucapan akhir yang dirakam dibumi.

Tetapi dalam kes MH17 – Kotak Hitam telah ditemui tapi haram jadah satu perkataan pun tidak kita ketahui. Malah kita dan dunia TIDAK diberitahu oleh Pegawal Bumi di Kiev tentang apa-apa rakaman dengan juruterbang MH17. Malah kita tidak mendengar langsung 'rakaman curi' yang pasti telah dilakukan oleh Amerika dan Britain. Justeru saya yakin memang ada bangkai gajah yang hendak disorokkan.

Adakah pembaca sedar dua bulan sebelum MH17 meledak Presiden Obama telah mengadakan sekatan ekonomi keatas Rusia. Sekatan ini dijalankan bertujuan untuk 'merotan' Rusia kerana pada 17 March 2014 sebanyak 96.77% warga Crimea telah mengundi untuk meninggalkan Ukraine dan menjadi wilayah Rusia. Saranan sekatan ekonomi ini gagal kerana Negara Kesatuan Eropah (EU) tidak ambil pot.

Sehari sesudah MH17 meledak – tanpa bukti kukuh- Presiden Obama telah menuduh Rusia bertanggung jawab diatas ledakan ini. Mengikut hujah Inche Obama pihak pemisah telah diberi senjata BUK ( senjata peluru berpandu dari bumi ke udara) untuk menembak jatuh MH17. Cerita dongeng Obama ini saperti biasa disambut hangat oleh David Cameron Perdana Menteri Britain.

Dua minggu kemudian satu lagi sekatan ekonomi yang lebih ketat akan dilakukan oleh Amerika dan Kesatuan Eropah. Kali ini untuk memastikan Rusia tercekik mati tanpa makanan. Apakah sekatan baru ini berjaya menjerat Rusia? Apakah projek mengolah persetujuan yang dipentas oleh kuasa imperial Anglo-Amerika akan berjaya?

Ketika MH17 diudara Ukraine ada seorang hamba Allah bernama Carlos sedang bertugas di Pusat Kawalan Bumi Lapangan Terbang Kiev. Si Carlos ini telah berkicau dan memberi tahu dunia bahawa ketika MH17 diudara pesawat ini telah diekori oleh dua buah jet pejuang Ukraine. Hari ini siapa si Carlos ini masih menjadi tanda tanya. Carlos telah lenyap hilang. Tetapi apa yang dikicaukan oleh Carlos semakin menjadi kenyataan. Kita tunggu dan nanti. ( TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
 akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45













--------------

9 ulasan:

Amuraria berkata...

haamjadah punya kerja ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Boris Yeltsin tu Yahudi.....sikaki botol diangkat jadi presiden, paham2 je le...sebabtu masa boris jd presiden, byk jutawan rusia dr keturunan yahudi muncul

Tanpa Nama berkata...

Hisham,
There are few things I have to disagree with you. First of all ukrainians are not russians. Western Ukraine is far more associated with the west than mother russia. At one point, Ukraine is under Polish Lithuanian commonwealth and at certain point of time certain parts of Ukraine under Austrian Hubngarian empire. Austrians are actually germans and they are from the west......to be continued

Tanpa Nama berkata...

Org pkr je yg pecaya goreng ko ni tt

Tanpa Nama berkata...

Dulu lagi ada cerita gambar bukti muncong kepala ada lobsng2 peluru tu sebab berita cnn takde gambar kapslterbsng jatuh dgn asap...

Bile meletup kat bumi aje ada asap...

Russia ada bukti ksn kapal terbsng Ukraine ikut MAS.

Apa pun mangsa2 sudah kena azab kubur sekarang ini tak psyah tunggu MB lantik ke belum.

Mamsk , Botol besar bsgi sini satu !!!

Tanpa Nama berkata...

tt, tak payah pergi jauh.Siapa yang melakonkan pencerobohan Lahad Datu?Selagi mat monggol tak buat siasatan diraja dan diumumkan pada rakyat sahlah kerajaan United malay National Organisation yang melakukannya. Ini seperti peristiwa 9/11,rakyat mampos takpa asal hajat pemerintah tercapai.

Tanpa Nama berkata...

Macai amnor pun baca blog lu TT. Khlass la Bro Sham.Tabekk Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih TT atas pencerahan ini. Klu tak mesti kita akan mengaitkan kejadian ini dgn puaka dan jin saka rimba banat. Nk mintak satu lagi pencerahan dr TT betul ke tuduhan yahudi terhadap malaysia melatih hamas ada kena mengena dgn MH370? Harap TT dpt buat pencerahan sbb dgr citer Mamak kutty Madey dah tau sumer ni (sila rujuk pasal tulisan dia ttg boeing). Tu dia dh bg hint tp Jibby maseh tk leh tangkap. (atau buat2 tk tau)

Tanpa Nama berkata...

Mamat tu cuba menjadi cool.. tapi tak mampu.. akhirnya jadi poyoooo memanjang..

Jgn komen lebey2.. nanti meraung pulak kang..