KE JALAN RAYA
7 MARCH
Kenapa
kita wajib ke jalan raya pada Sabtu 7 March ini? Kenapa anak muda
wajib turun ke jalan raya petang Sabtu ini? Kenapa ahli Parti
Keadilan Rakyat wajib bersama di jalan raya Sabtu ini? Kenapa semua
penyokong Pakatan Rakyat wajib berhimpun di Sogo jam 4:00 petang
Sabtu ini?
Warga
Malaysia yang cintakan tanah air wajib turun ke jalan raya kerana
jalan raya adalah wadah politik yang tepat. Jalan raya ada garis
politik yang betul. Jalan raya membawa hasil politik yang jelas.
Jalan raya telah dibuktikan berjaya mengubah politik Malaysia. Jalan
raya adalah merentas membuka jalan untuk mencapai matlamat keputusan
pilihanraya.
Dalam
tulisan ini saya akan dibuktikan bagaimana politik jalan raya telah
menjadi ilmiah dan saintifik. Jalan raya kini diterima sebagai jalan
politik untuk mengubah lanskap politik dalam negara negara yang
diperintah oleh rejim yang zalim dan ganas. Di Asia, Afrika, Timur
Tengah dan Amerika Latin – jalan raya kini menjadi wadah politik
untuk perubahan.
Add caption |
Di
Malaysia politik jalan raya bukan sesuatu yang baru. Walau pun ada
malaon dan bengolan yang cuba menafikan fakta ini. Menafikan sejarah
politik jalan raya bererti menafikan kelahiran negara yang bernama
Tanah Melayu dan kemudian menjadi Malaysia.
United
Malaya National Organisation lahir pada tahun 1946 dari politik
jalan raya. Parti Ketuanan Melayu ini turun ke jalan raya
menentang projek Malayan Union. Projek ini adalah rancangan 'deep
state' penjajah British bertujuan untuk mengkukuhkan kedudukan
gerombolan Ketuanan Melayu dikalangan Orang Melayu. Ini dilakukan
pada tahun 1946 kerana pada ketika itu gerombolan Ketuanan Melayu
dalam keadaan terumbang ambing dipukul oleh politik kaum nasionalis,
kaum agamawan dan kaum kiri. Ini sejarah jalan raya sebelum British
mengundur .
Salepas
British mengundur peranan jalan raya yang paling bersejarah dapat
dilihat pada tarikh 8 March 2008. Pada tarikh ini telah berjalan
PRU12 dimana untuk pertama kalinya United Malays National
Organisation dan kuncu-kuncunya telah dipukul terok. Kekalahan
gerombolan Ketuanan Melayu cukup jelas hingga parti ini hilang
kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen. Bagaimana ini berlaku?
Kemenangan
rakyat dalam PRU12 adalah hasil politik jalan raya. Tanpa politik
jalan raya mustahil United Malays National Organisation dapat
disingkir dari kuasa. Ini adalah satu kenyataan ilmiah. Ini fakta
sejarah. Sesiapa yang cuba menafikan fakta ini samalah saperti cuba
menafikan bahawa Ganesan Tangga Velloo ialah seorang lelaki India.
Mari
kita lihat kembali sejarah politik yang membawa kemenangan rakyat
dalam PRU12. Kita lihat bagaimana jalan raya telah berjaya
mempengaruhi keputusan PRU12.
Pertama
turun ke jalan raya ialah para peguam. Mereka berdemo di Putrajaya
pada 26 September 2007. Para peguam dibawah Majlis Peguam merasa
TIDAK puas hati kerana kepincangan dalam Lembaga Kehakiman. Contoh
yang paling jelas ialah kes Korek Korek Korek V.K Lingam. Dibuktikan
bagaimana Lingam berupaya melalui 'duit' menyusun dan mengatur
keputusan penghakiman Mahkamah Malaysia. Kepincangan dalam Lembaga
Kehakiman ini telah meyakinkan 2000 peguam untuk turun berdemo
dihadapan pejabat Dolah Badawi Perdana Menteri ketika itu.
Ini
diikuti pula oleh demo pertama Bersih pada 10 November 2007. Bersih
sebuah gabungan NGO telah bertekad untuk menggunakan jalan raya
sebagai wadah politik. Bersih menuntut pilihanraya di Malaysia
dijalankan dengan adil, bersih dan telus. Puluhan ribu warga – tua
dan muda - telah mendobrak Suruhanjaya Pilihan Raya. Lembaga SPR ini
telah dibuktikan sebagai barua dan alat kepada United Malays National
Organisation.
Demo
besar ketiga datang dari kaum tertindas – mostazafin - masyarakat
India. Pada 24/25 November 2007 Hindraf – organisasi kesedaraan
umat India dan agama Hindu – telah turun berjuang di jalan raya.
Tangkapan dan serangan ganas dari jentera upahan United Malays
National Organisation tidak menggentarkan anak-anak muda India untuk
bertahan dan bertempur. Dari Batu Caves hingga ke KLCC warga India
telah diserang dan ditangkap.
Politik
jalan raya ialah politik kemarahan. Politik jalan raya ialah bantahan
pisikal terhadap segala bentuk ketidak adilan yang dihimpapkan oleh
pemerentah kepada orang ramai. Politik jalan raya adalah tanda
kesedaran bahwa kaum yang ditindas TIDAK lagi bersedia untuk
ditindas. Mostazafin kini bangun melawan
Sayugia
diingati bahawa politik jalan raya REFORMASI98 berperanan menjatuhkan
Mahathir Muhamad dari kerusi Perdana Menteri. Tanpa jalan raya yang
disusun dari 1998 hingga tahun 2001 mustahil Mahathir Muhamad akan
berundur.
Menjatuhkan
rejim yang zalim dalam negara Dunia Ketiga mustahil dapat dilakukan
melalui pilihan raya. Saya telah menerangkan puluhan kali bahawa
dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia mustahil akan berlaku
perubahan rejim melalui jalan undi. Ini kerana sistem mengundi itu
telah disusun dan diatur untuk memastikan gerombolan yang berkuasa
terus menang. Di Malaysia peranan jahat ini dipegang oleh lembaga
SPR.
Kita
melihat bagaimana Marcos di Pilipina dijatuhkan melalui jalan raya.
Kita melihat anak-anak muda di Jakarta berjaya menjatuhkan Jeneral
Haji Muhamad Suharto melalui tunjuk perasaan jalan raya. Kita juga
melihat dan membaca bagaimana Shah Iran – yang dinobatkan sebagai
Raja Segala Raja – telah ditumbang oleh rakyat Iran melalui jalan
raya.
Terbaru
– yang masih segar dalam ingfatan kita ialah Musim Bunga/Arab
Spring di Tunisia dan Mesir. Dua rejim ganas lagi zalim telah
ditumbangkan oleh gerakan jalan raya yang disusun dan diatur oleh
Tamarud - gerakan anak-anak muda.
Justeru
dari sini kita memahami bahawa politik jalan raya adalah tepat dan
betul dalam konteks negara Dunia Ketiga dimana pilihanraya dijalankan
dengan penuh penipuan. Pengalaman negara-negara saperti Indonesia,
Pilipina, Iran, Mesir atau Tunisia ini membuktikan jalan raya
sebagai wadah politik yang saintifik.
Setiap
kali demo diulang buat – saperti pengulangan kaji selidik dalam
bilik makmal – ianya membawa jawapan yang sama. Jawapanya :
Presiden, Jeneral, Raja, Perdana Menteri, Maharaja, Emperor yang
didobrak oleh rakyat di jalan raya akan lari lintang pukang. Marcos
lari ke Hawaii pada tahun 1986. Shah Reza Pahlevi lari ke Mesir pada
tahun 1979 Pada 14 Januarai 2011 Zainal Abidin dari Tunisia lari ke
Saudi Arabia.
Mungkin
ada yang mahu bertanya - apakah demo 7 March ini akan dilihat sebagai
demo untuk Anwar Ibrahim. Jawapan saya ialah : betul dan salah.
Sekali
imbas demo Sabtu 7 March di Sogo akan dilihat sebagai gerakan
menyokong Anwar Ibrahim. Untuk saya, menyokong Anwar bukan satu yang
salah. Malah kita seharusnya turun beramai-ramai ke jalan raya
sebagai tanda sokongan terhadap Anwar.
Tetapi
7 March lebih dari Anwar Ibrahim. Pada ketika ini turun ke jalan raya
BUKAN lagi bermakna menyokong Anwar Ibrahim. Turun berdemo dijalan
raya adalah manifestasi kebencian kita kepada Rosmah dan Najib. Kita
ke jalan raya kerana kita tidak lagi yakin terhadap Lembaga
Kehakiman. Kita turun ke jalan raya kerana kita membantah terhadap
pemenjaraan Anwar Ibrahim. Kita ke jalan raya kerana kita sedar
bahawa hanya dengan jalan raya barulah rejim yang zalim dapat
ditumbangkan. Kita ke jalan raya kerana kita mahu Najib dan Rosmah
berundur.
Apakah
tuntutan dan desak Rosmah dan Najib berundur ini masuk akal?
Dalam
strateji politik jalan raya yang wajib diwujudkan hanya dua ikon –
Yang Zalim dan Yang Menjadi Mangsa Kezaliman. Pada tahun 1998 –
Gerakan Reformasi telah berjaya menjadikan Mahathir Muhamad sebagai
Mahafiraun ikon zalim. Manakala Anwar sebagai mangsa Yang Dizalimi.
Dalam
masa yang sama - politik jalan raya wajib dilihat pop, cool dan
kounter kulture. Politik jalan raya adalah wadah anak muda . Gerakan
jalan raya tahun 60'an yang menentang dan menamatkan Perang Vietnam
- dari Carlifonia, New York, London, Paris, Melbourne, Tokyo , New
Delhi , Berlin – kesemua didalangi oleh anak muda kounter kulture
yang pop dan cool. Malah Tamarod di Mesir adalah bukti yang paling
terbaru di mana yang pop dan kounter kulture berjaya menumbangkan
rejim Mubarak.
Kemana
arah jalan raya sesudah 7 March ini? Jawabnya : demo akan diteruskan
saban minggu - setiap petang Sabtu. Apakah demo ini akan memberi
pulangan saperti yang telah berlaku dalam PRU12?
Untuk
jawapan soalain ini biar saya memberi pencerahan tentang SYRIZA parti
anak muda ditubuhkan pada tahun 2004. Parti ini lebih muda dari PKR.
Parti ini dipimpin oleh Alexis Tsipras yang baru berumur 40 tahun.
Greece
– anggota Kesatuan Eropah dan anggota NATO - telah diperintah oleh
parti kanan yang bersekongkol dengan kaum pemodal antarabangsa.
Greece telah dipaksa menerima cadangan IMF dan kaum pemodal Eropah
untuk menjalankan dasar penswataan. Dalam masa yang sama kerajaan
Greece dipaksa mengurangkan belanjawan sosial. Dasar ini menimbulkan
krisis. Anak anak muda mula turun ke jalan raya.
Beratus
kali – malah bertahun-tahun – demo kecil dan demo besar
dianjurkan untuk menumpil rejim pro kapitalis ini. Gelombang anak
muda di jalan raya ini akhir membawa kejayaan. SYRIZA parti kaum kiri
ini akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan baru yang pro-rakyat di
Greece pada 24 Januari 2015
Apa
yang dapat dipelajari dari Greece? Jawabnya – kemarahan di jalan
raya disusun untuk merentas kemenangan dalam pilihanraya. Sebelum
kita ke pilihan raya kita ke turun jalan raya. Jumpa Sabtu ini jam
4 di Sogo. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-99-21-30-45
-------------
4 ulasan:
Nak Lawan sapa BN keparat ke atau Pemimpin PR yang asyik bercakaran?
puiiihhh... buat penat aku berdemo je.... last2... pemimpin PR gaduh sesama sendiri...
aku kena tangkap ngan SB kat opis... pemimpin PR sibuk nak pakai keta mewah dgn naik gaji... sibuk gaduh pasal MB....cisss....
kena gigit nyamuk dlm jel pun tembus..
hehe..
sama la ko pkr umno pas dap sume..
buat lawak x abis2..
Jalan raya adalah tempat orang yg ramai mati exsiden. Ko tt nak ikut sama ke?
Salam Yang Berbahagia Tukar Tiyub,
Saya ni warga marhaen yang keje sebagai kakitangan DBKl.. keje bawak lori sampah dbkl. Saya bercadang nak tukar kerja sebab pendapatan semasa tak dapat tampung keperluan saya dan keluarga saya..persoalan saya, bolehkah saya menjadi raja ? saya nak mohon kerja sebagai raja.. apakah kelulusan menjadi raja dan bagaimana nak memohon untuk menjadi raja ?
Saya berpendapat bahawa kerja raja ni boleh dimohon oleh semua warga malaysia. tidak adil kalau golongan raja sekarang sahaja monopoli kerja ini. Saya pun warga malaysia juga.
Akhir sekali, apabila saya dah jadi raja nanti, saya akan pakai tanjak kuning, duduk di atas kerusi kuning sambil minum air anggur. Cukuplah saya jadi raja selama setahun.. duit byk yg sy dapat nti boleh la sy bayar hutang rumah dan kereta. lepas tu sy nak jadi rakyat balik.. masa jadi raja nanti, saya baca Tukar Tiyub hari-hari.. mana tau kalau ada org lain nak jadi raja, jadi saya boleh bagi pulak kat dia.. mohon saudara TT bagi pandangan permohonan sy ni..
insan yang teringin nak jadi freeloader
Catat Ulasan