Rabu, 25 Mac 2015

KENDURI DIRAJA SABTU INI







KENDURI DIRAJA SABTU INI

Minggu lalu saya menulis tentang kenduri Shah Iran Ahmad Reza Pahlavi di Parsepolis yang berlangsung 5 hari 5 malam pada Oktober 1970. Saya juga telah menulis tentang kenduri pertunangan anak Rosmah Mansor, lima tahun dahulu yang telah menggunakan duit kerajaan Malaysia. Saya juga berjanji minggu ini hendak menggarap satu pencerahan tentang apa sebenarnya makna kenduri kendara yang menggunakan belanja berjuta-juta ringgit. Dalam kes Rosmah bukan duit sendiri tapi duit negara.

Untuk memahami perangai dan tingkah laku Ahmad Reza dan Rosmah Mansor kita wajib mengkaji latar belakang mereka. Kita juga wajib membaca tingkah laku mereka dengan mengunakan pendekatan psikoanalysis. Teknik psikoanalysis ini dimajukan oleh Sigmund Freud ( 1856-1939). Teknik ini adalah pendekatan yang paling afdal untuk memahami dan mengubati mereka yang diserang oleh penyakit saraf.

Untuk membuka mukadimah – saya mencadangkan sesudah membaca tulisan ini sila layari YouTube. Sila cari sebuah filem bernama Citizen Kane yang ditulis dan diarahkan oleh Orson Welles (1915-1985). Filem Citizen Kane yang digarap pada tahun 1941 telah dinobatkan dalam senarai 10 buah filem terunggul dalam dunia oleh American Film Institute. Dari pendekatan psikoanalysis watak Citizen Kane ini tidak jauh bezanya dari watak Ahamd Reza dan Rosmah Mansor.

Watak utama filem ini ialah Charles Foster Kane yang ketika kecilnya hidup dalam kesusahan. Tidak memiliki banyak barang permainan. Tetapi apabila Foster Kane mendewasa Kane bertungkus lumus untuk menjadi seorang yang berjaya. Apabila menjadi kaya raya Kane telah membeli apa sahaja yang boleh dibeli. Mendirikan rumah sabesar istana. Kane menjadikan isterinya seorang penyanyi opera yang berbudaya dengan penuh glamour. Tetapi disebalik kekayaan ini Kane tahu asal usul dirinya yang satu ketika dahulu. Kane dari keluarga comot dan sengkek.

Harta kekayaan yang dikumpul, mahligai yang tersergam dan cita-cita besar sebagai politikus sebenarnya hanyalah percubaan Charles Foster Kane untuk menutup rahsia bahawa dirinya TIDAK memiliki 'kelas aristocrat' yang dimimpi-mimpikan. Jauh dalam hati kecil, Kane tahu dari mana asal usul dirinya.
Watak Kane ini juga sama dengan watak Ahmad Reza Pahlavi yang menobatkan dirinya sendiri sebagai Shahan Shah - Raja Segala Raja pada 26 Oktober 1967. Sejarah membuktikan bahawa ayah kepada Ahmad Reza ini TIDAK ada sangkut paut dengan Raja Cyrus Yang Agong (530 BC), atau Nader Shah (1688-1747) atau Muhamad Shah Qanjar (1804-1848).

Ayah kepada Ahmad Reza bernama Reza Khan. Reza ini hanya seorang soldadu pencuci kasut kepada Konsul Belanda General Frots Knobel. Reza Khan kemudian menjadi soldadu dalam tentera Iran dan menjawat pangkat Tok Sarjan penjaga meriam dibawah Putera Abdola Hossein salah seorang putera Raha Dinasti Qanjar.

Dari tukang cuci kasut Reza Khan menjadi Tok Sarjan. Kemudian menjadi soldadu upahan Rusia. Reza Khan akhirnya berjaya menjawat pangkat Brigadier Jeneral dalam Tentera Cossack - tentera Rusia. Ertinya Ahmad Reza seorang warga Iran menjadi barua kepada Rusia. Apabila berlaku krisis politik dan krisis Istana diakhir hayat Dinasti Qajar maka Rusia telah menobatkan Reza Khan sebagai Raja. Reza Khan telah menambah dibelakang namannya Pahlavi – untuk menjadi satu Dinasti Raja.

Anakanda Ahmad Reza pasti tahu asal usul ayahnya yang tidak memiliki darah keturunan Raja. Ahmad Reza tahu bahawa ayahandanya - Reza Khan hanyalah seorang 'chowkidar' yang menjadi barua kepada Rusia. Perasaan ini tidak dapat dikikis dari hati kecil Ahmad Reza.

Shah Iran ini juga sedar bahawa dia menjadi Raja Iran kerana CIA telah berjaya menjatuhkan Perdana Menteri Mossaddegh pada tahun 1953. CIA menetang pemerentahan Mossadegh kerana PM Iran ini seorang nasionalis yang telah memilik negarakan semua telaga minyak di Iran.

Kalau jiwa kecil Charles Foster Kane diharukan kerana TIDAK memilik barang permainan ketika kanak-kanak. Tetapi jiwa kecil Ahmad Reza Pahlavi tahu dia dijadikan Raja oleh CIA. Fakta ini dikethaui umum bukan sahaja di Iran malah seluruh dunia tahu asal usul Ahmad Reza anak seoarng chowkidar yang menobatkan dirinya sendiri sebagai Raja Segala Raja.

Justeru Ahmad Reza mahu membebaskan dirinya dari dikenali sebagai anak pencuci kasut. Maka dia mengadakan sambutan 2,500 tahun Empire Parsi. Pesta di Parsepolis adalah percubaan Ahmad Reza untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dia adalah Raja Segala Raja. Dengan mahkota intan berlian terpacak diatas kepala - Ahmad Reza sedaya upaya ingin menamatkan 'desas desus' yang tidak berhenti-henti di Iran tentang sejarah keluarganya.

Bagaimana watak Citizen Kane dan Ahmad Reza berkait rapat dengan saikoloji watak Rosmah Mansor?

Rosmah Mansor tahu bahawa ketika lahir dia telah membawa tompokan tahi lalat berbulu disebelah dagu kirinya. Kalau tahi lalat Latifah Omar ianya menjadi pemanis muka. Tetapi tahi lalat Rosmah Mansor berbulu ini ikut membesar sama dengan muka tuannya.

Justeru dari zaman sekolah lagi – kerana tahi lalat ini - Rosmah telah dipanggil dengan nama Dotty. Nama yang ingin dipadamkan oleh Rosmah. Dia telah berjaya memadamkan tahi lalat berbulunya dengan bantuan teknoloji Jepun pada tahun 80'an dahulu tetapi dapatkah Rosmah melupakan bunyi ejekan disekolah dahulu?

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah. Susur galurnya tidak ada sangkut paut dengan Orang Asal Negeri Sembilan. Ibu Rosmah bukan dari Perut dan Suku Datuk Undang. Ini bererti datuk neneknya Rosmah ini pendatang dari tanah seberang – pelarian ekonomi yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki ditanah yang subur. Kerana itu baru baru ini Rosmah telah 'bertanduk' dalam usaha untuk menobatkan dirinya sebagai 'ada kelas'.

Apabila klip Perempuan Puaka muncul lima tahun dahulu, umum telah diberitahu bagaimana Rosmah ketika ingin berkahwin dengan Najib telah terpaksa meminjam rumah Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan. Menurut balu Tuan Speaker ini rumah Rosmah terlau kecil untuk menerima Najib. Cakap-cakap sejarah sapertti ini pasti membingarkan telinga yang mendengar.

Malah diketahui umum bagaimana Rosmah Mansor cuba memadamkan sejarah kejandaan dirinya apabila dia berkahwin dengan Najib Razak. Satu Malaysia hingga ke hari ini masih tertanya-tanya berapa kali agaknya Rosmah menjanda?

Membeli intan berlian, bershopping dan bercanda-canda dengan pesawat resmi negara sebenarnya adalah percubaan Rosmah Mansor untuk merentas masuk ke dalam lingkungan 'old money' gulungan bangsawan dan elit lama Melayu. Keluarga Najib juga adalah pendatang dari Sulawesi tapi ayah Najib telah menghambakan dirinya ke Istana Sultan Pahang. Ertinya Najib dari keluarga bangsawan anak Perdana Menteri walhal Rosmah hanya anak CikGu Mansor.

Berapa kali Rosmah menjanda ini menjadi bualan harian rakyat Malaysia. Tapi ada lagi babak hidup yang ingin dipadamkan oleh Rosmah. Rosmah cuba memadamkan siapakah bekas isteri Najib. Dari segi fakta umum mengatahui bahawa Najib berkahwin dengan kerabat Kelantan. Malah desas desus timbul bagaimana dikatakan Rosmah telah ' mencelah' masuk untuk memerangkap Najib. Ini bukan cerita dongeng. Sila layari Perempuan Puaka dalam YouTube.

Dari pendekatan psikoanalysis kita tahu bahawa babak-babak hidup awal kita menjadikan siapa kita ini. Zaman kanak-kanak adalah ketika dimana 'komputer' kita masih kosong dan belum banyak program dan apps yang masuk. Ketika kanak-kanak - jika muka kita cacat , bopeng atau ada tahi lalat berbulu – bayangkan efeknya kepada saikoloji kita ketika mendewasa. Inilah salah satu beban yang cuba dipadamkan oleh Rosmah Mansor melalui pembelian cincin yang berharga berjuta juta ringgit.

Pada Sabtu 28 Mac ini Rosmah Mansor akan mengkahwinkan anaknya. Tetapi umum telah diberitahu bagaimana bakal menantu Rosmah masih dikehenadki oleh Interpol kerana terlibat dalam kes penipuan di New York. Umum juga diberitahu bahawa bakal menantu Rosmah ini telah masuk ke Universiti Colombia di Amerika dengan menggunakan kelulusan palsu. Tidak cukup dengan ini umum juga diberitahu oleh akhbar luar negara bahawa bakal besan Rosmah ini telah terlibat dalam kes bunuh. Mungkin dalam kes bunuh ini Rosmah dan Najib boleh bertukar dan berkongsi pengalaman. Semua kesah-kesah ini – walau pun Rosmah gemok pendek dan telinganya ditutup oleh rambut - pasti kesah-kesah ini membingarkan juga.

Justeru sama saperti Ahmad Reza Pahlavi – Rosmah juga akan mengadakan kenduri kahwin selama 6 hari 6 malam. Ini adalah kenduri yang membunuh semua kenduri. Ini adalah Emak dan Datuk segala kenduri.

Minggu lalu telah diadakan kenduri ijab kabul. Selesai sahaja kenduri ini diumumkan - Surat Nikah Najwa dan Daniyar telah dibocorkan. Apa yang menarik ialah hantaran 500,000 dolar Amerika. Berita hantaran ini telah meletup dialam maya. Jakim terpaksa membuat kenyatan menafikan. Sama ada berita ini betul atau tidak bukan persoalan. Apa yang penting ialah kebencian orang ramai terhadap Rosmah yang boros. Malah bukan sahaja boros tapi bercanda-canda menggunakan kapal terbang resmi negara.

Rafizi Ramli pengarah Stratejik PKR membocorkan tentang jet baru negara yang dibeli oleh Rosmah. Kes kapal terbang Ini semakin menaikkan kebencian rakyat terhadap Rosmah Mansor. Hari ini semakin jelas bahawa kapal terbang negara yang baru ini pasti digunakan oleh Rosmah untuk membawa anak dan menantunya ke Kazakhtan untuk meneruskan kenduri kahwin disebelah lelaki pula.

Dua hari lalu telah bocor gambar-gambar dalam satu pesta bercanda-canda - a la Moroko. Semua jemputan diwajibkan memakai pakaian Moroko. Feshen Moroko dipilih mungkin senang untuk menyorokkan badan Rosmah yang gemok membadak atau kerana Moroko ini negara Arab maka ada bau bau Islam. Wal lah hu alam.

Kita lihat dan tunggu bagaimana akhirnya kenduri ini. Tapi apa yang saheh ialah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja dihalau oleh rakyat Iran pada tahun 1979. Ahmad Reza lari lintang pukang dengan Farah Deba isterinya.Apakah Rosmah Mansor dan isterinya..opps suaaminya Najib Razak sesudah kenduri ini akan dihalau oleh rakyat. Sejarah masih berjalan. (TT)

SABTU  28 MAC 2015

JAM 4:00 PETANG

SOGO

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan sila pukul talipon
03-92-21-30-45






----------------------

5 ulasan:

Libang Libu berkata...

Tuan TT,

kelas artikel tuan kali ini kah kah kah kah!!!!

saya akan print artikel ini, rendam dalam air 6 hari 6 malam, kemudian air rendaman itu saya akan bagi kucing saya minum.

Mudah2an kucing saya akan bertukar jadi seekor Telomian. Kah kah ka hka hkah!!!!

Tanpa Nama berkata...

Habislah duit kita rakyat bila lahanat ber tanduk kebas macsm malaon

Tanpa Nama berkata...

puteri raja 2 mulut besar............
kah...kah....kah......

DD KAYBEE berkata...

Bebek i you libas...kuntau...starlet..bibis...celet pada malam pertama.....tak aca ape ape pun....kata bibir besar pada si 5000.....hahahhaahhaa...mcm mana nak aca....dah barai....kakkakakakaka...jangan kan keta api...kepala paus masuk pun relak je dia makan kuaci.....kakakakka...apa punya turrr.....semua nak freeeeee.....

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahahhha... terbaik la tt..tapi...
Apa sejarah tt yang cuba ditenggelamkannya hingga dia dilihat menjadi penghasut nombor satu..