Isnin, 2 Mac 2015

TURUN TIBAI ROSMAH






SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Sekretariat #KitaLawan mengalu-alukan keprihatinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutamanya anak muda yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan di negara masing-masing sebagai solidariti bersama Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac 2015.
Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik (prisoner of conscience) serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia.
Sehingga kini, himpunan solidariti peringkat antarabangsa pada 7 Mac 2015 akan diadakan di lokasi-lokasi seperti berikut:-
i.                Old Palace Yard, London (berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom) bermula jam 11 pagi waktu tempatan
ii.                  Hadapan Bangunan Parlimen Australia, Canberra bermula jam 4 petang waktu tempatan
iii.          Hadapan Bangunan Parlimen South Australia, Adelaide bermula jam 4 petang waktu tempatan
iv.             Liberty Square (Freedom Square) di Taipei, Taiwan bermula jam 7 malam waktu tempatan
Himpunan solidariti 7 Mac 2015 juga akan diadakan di bandar New York serta beberapa bandar di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand dan negara-negara Eropah dimana lokasi himpunan akan dimaklumkan kelak.
Ikuti perkembangan terkini melalui Facebook Rasmi #KitaLawan di https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial. Bagi mereka yang menetap di luar negara dan ingin sama-sama menganjurkan himpunan solidariti sila emel kitalawanofficial@gmail.com. Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Akmal Nasir +60 12 742 8738.
2 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN





-------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gagal. tak kemana solidariti tu. kat sogopun dah macam biawak atas pasir. ramai dah yang pakai otak bro. perbicaraan yg memakan masa paling lama dalam sejarah negara, dengan saksi2 pembelaan yg begitu ramai (dalam senarai je la, tak satupun berani dipanggil), pasukan peguam hebat (juga paling ramai dan peguam terhebat)maka peluang terbentang luas untuk menafikan tuduhan berserta bukti dan fakta yang relevan. mana bukti dan fakta bahawa tuduhan ini konspirasi? ada? ada? yang ada cuma penafian karpal dan gopal sri ram bahawa liwat bukan dengan paksaan. liwat tetap liwat bro. gua malas nak sebut pasal sumpah laknat menggunakan al-Quran di dalam masjid yg dilakukan oleh saiful sebab lu bukan percayapun dengan sumpah2 kat masjid ni. lagipun, modal nak suruh mamat2 turun sogo tak ditopup, ciput macam tungau. risiko bro. sekali kena hayun cota bro polis, bocor kepala. tak pasal masuk spital. itu belum risiko kena cekup. semalaman tido atas simen. ada korang pikir semua tu? tapi kalau kena dengan paymentnya...ada gak yang sanggup. lokappun lokaplah. tapi semua ni logik AUTA je bro. yg datang2 tupun atas sebab duit...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Bengonglah kau tt, hari tu kau kata jgn jatuhkan najib sebab dia harapan bagi pr utk ambil alih kuasa pada pru akan dtg, skrg kau suruh najib letak jawatan pulak...kau ni nak berbelit mcm mamak kutty jugak yea...hahahahaa..

Tanpa Nama berkata...

Ko ni reti tak berpolitik? Atau ko makan taik? Tgk aruah Ust Fadhil dgn Anwar. Nampak musuh tapi kowtim. Mengalah bukannya kalah secara total. Tapi strategi politik.

Mcm kes skrg, aku satu sen tak amik pot Hadi kecam DAP pasal pilihanraya tempatan..malah DAP menyibuk hal hudud. Malah Nasharuddin suruh DAP kluar PR adalah salah satu strategi kowtim.

Ada ko nampak derang bertumbuk dlm parlimen dan kedua2 kes tadi? Kod2 berperang dlm politik telah disediakan. Tahaluf siyasi antaranya.

Pernah ko dengar nabi nak berperang dgn yahudi, dibakarnya kebun kurma yahudi? Padahal merosakkan harta orang dilarang dari segi undang2 Islam semasa berperang. Faham yg ni dulu..baru join TT.

Tanpa Nama berkata...

Salam tt !

Puak2 bingung dan bingai masih tak faham atau pura2 tak faham tulisan yg telah kau paparkan sebelum ini bertajuk United Force.

# Kita Lawan - harus ada networking keperingkat antarabangsa . Jadikan venue penting protes - disetiap pejabat kedutaan malaysia diseluruh dunia .

Pejabat United Nations New York harus dijadikan tumpuan protes # Kita Lawan .

Tu baru class beb , itu baru betul beb , tu baru big beb , tu baru ayam beb , tu baru ikang , tu baru kankong beb , tu betul barua beb , tu betul islang beb, tu baru betul ularmak beb , tu betul betul ular dalam semak beb , tu betul betul malayar makkal beb , tu betul betul Chera Cholan Pandian beb.

# KitaLawan - hingga terburai #



Tanpa Nama berkata...

hei bro....klu kau bca tulisan tt mngenai najib ni sjk dua tahun lps dh najib jatuh tp nmpknya najib msih teguh...tt plok jd meroyan tak tntu hala....kesian tt...

Tanpa Nama berkata...

Strategi politik kepala bana apa... cukup dgn pengundi pendalaman spt sabah sarawak dan felda campur spr yg berat sebelah, semua strategi politik masuk jamban...