KOMENTAR
satu perniagaan paling tua
menjual agama
satu perniagaan kukuh
dari zaman berzaman
kini penjualan dibantu
oleh teknoloji ternow
Kaki tipu pakej umrah kaut untung puluhan juta
KUALA LUMPUR 12 April - Salah siapa? Itulah persoalan yang timbul apabila kegiatan menipu umat Islam bagi menunaikan umrah terus berleluasa walaupun kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah bagi membanteras perbuatan itu.
Bagaimanapun ramai umat Islam di negara ini terpedaya dengan taktik sindiket yang menggunakan tawaran menunaikan ibadah itu sambil berziarah dengan harga murah, malah adakalanya diberikan percuma.
Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kaedah penipuan pakej umrah sentiasa berubah dari semasa ke semasa malah pihak tidak bertanggungjawab itu semakin licik memperdaya pelanggan sehingga mampu mengaut untung puluhan juta ringgit.
“Bayangkan saja satu agensi mampu mengutip RM8 juta keuntungan untuk tempoh kurang setahun dan menjalankan kegiatan penipuan ke atas mangsa menerusi tiket penerbangan. Pada hari berangkat, rombongan jemaah ditinggalkan di lapangan terbang. Apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan jemaah rata-rata terdiri daripada golongan berumur atau warga emas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
KAH
KAH KAH
woit
ini perniagaan
paling tua
namanya jual ubat
jual ubat tahan takut
woit
kalau haji boleh diupah
puasa boleh upah tak?
saje nak tanya
jangan marah
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR
-------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan