Rabu, 8 April 2015

MENUNGGU JAWAPAN NAJIB










ALTANTUYA , NAJIB DAN MAHATHIR

Minggu ini Mahathir Muhamad telah menggunakan prestigenya sebagai bekas Perdana Menteri untuk menyerang Najib Razak. Secara terbuka Mahathir Muhamad telah menuduh Najib Razak terlibat dalam kes bunuh Altantuya Shaaribu. Menurut bekas Perdana Menteri Najib Razak sedang dibebani oleh pelbagai bentuk skandal.

Jika Najib Razak - Presiden United Malaya National Organisation meneruskan tugas sebagai PM maka ini adalah beban yang amat berat. Beban berat ini wajib dipikul oleh parti Ketuanan Melayu yang semakin kucar kacir semenjak 2008. Sokongan untuk parti ini semakin susut. Memikul Najib dan Rosmah bukan memikul biawak hidup. Ahli parti Ketuanan Melayu merasakan mereka sedang memikul dua ekor badak berendam.

Satu Malaysia mengetahui bahawa Najib Razak terlibat dalam kes rasuah kapal selam Scorpene. Umum mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah mengunakan duit kerajaan membayar bil kos jamuan makan malam kenduri pertunangan anak mereka. Satu Malaysia tahu bagaimana Rosmah Mansor bercanda-canda mengunakan pesawat resmi negara. Pesawat resmi negara dijadikan 'kereta' pribadi oleh Rosmah Mansor untuk bershopping.

Paling meledak ialah surah 'keterlibatan' Najib Razak dengan model bergetah gadis Mongolia yang bernama Altantuya Shaaribu a.k.a Siti Aminah. Minah cun langsing berambut panjang ala Ziana Zain ini telah mati dibunuh. Mayat Minah cun ini telah diledakan dengan bom C4 dalam hutan Bukit Cerakah pada malam 18 Oktober 2006 dahulu.

Mengikut Akuan Bersumpah mata-mata gelap persendirian (PI) Balasubramaniam – Si Altantuya ini ialah kekasih Najib Razak. Mengikut Akuan Bersumpah ini - pada awalnya Altantuya telah menjadi 'penyedap' Najib. Mengikut Bala - Altantuya pernah bercanda-canda dengan Najib di pamiran Intan Berlian di Pulau Sentosa Singapura.

Gadis Mongolia ini kemudian menjadi 'kereta terpakai' beralih tuan untuk menjadi penyedap Razak Baginda pula. Mengikut Akuan Bersumpah Bala – Najib menyerahkan Altantuya kepada Razak Baginda kerana Najib tidak mahu dilihat terlibat sekali lagi dalam skandal sex.

Justeru, mengikut Mahathir Muhamad semua skandal ini diketahui umum. Skandal ini menjadikan Najib Razak tidak lagi mendapat kepercayaan anak semua bangsa rakyat Malaysia. Justeru, Najib Razak wajib berundur. Justeru Najib dan Rosmah wajib mengosongkan Putarajaya. Justeru Najib Razak wajib meletakan jawatan sebagai Presiden parti United Malays National Organisation.

Mahathir Muhamad telah menulis pekara-pekara dan skandal Najib ini dalam blognya. Sebenarnya kes Altantuya ini bukan baru. Mendiang Karpal Singh pernah bertanya di Parlimen – kenapa mayat Altantuya perlu diledakkan? Adakah ini cara terbaik untuk melupuskan janin kandongan Altantuya.

Laporan berita dari mahkamah telah merakamkan ketika Altantuya dibunuh dia minta nyawa kerana dia sedang mengandung.

Justeru - anak siapakah agaknya yang dikandung oleh Altantuya Shaaribu. Adakah yang dikandong anak Razak atau cucu Razak? Persoalan ini masih belum terjawab.

Selain dari anak siapa dalam kandongan perut Altantuya – Mahathir Muhamad juga menimbulkan persoalan yang paling hakiki. Satu Malaysia malah, satu dunia mengetahui bahawa Altantuya telah dibunuh dan diledakaan oleh Kopral Sirul dan Inspektor Azilah.

Mengikut laporan mahkamah dua anggota Unit Tindakan Khas ini telah diupah 100,000 ringgit untuk 'menjimat' kan Altantuya. Jimat mengikut Sirul adalah kata buat yang memberi makna dilupuskan atau dibunuh.

Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia telah diberitahu bahawa Sirul juga pernah bertugas menjadi pengawal pribadi Mahathir Muhamad ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Maklumat ini TIDAK menjadi hampar kerana Mahathir mengakui ketika Sirul bertugas, dia sebagai Perdana Menteri Malaysia TIDAK pernah menyuruh atau memberi arahanan kepada Sirul untuk membunuh sesiapa pun. Kenyataan Mahathir Muhamad ini satu ledakan yang sedang menyesakkan nafas Muhamad Najib bin Abdul Razak.

Mahathir Muhamad dengan jelas mahu Najib Razak menjawab: Siapa yang memberi arahan kepada Sirul?

Memang ajaib dan pelik kerana soalan-soalan yang menjadi kunci kes bunuh ini TIDAK ditimbulkan di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung. Amat jelas soalan siapa upah Sirul dan siapa upah Azilah adalah soalan kunci dalam mana-mana kes bunuh. Mereka berdua alah pegawai polis dan dalam sistem kepolisian ada hairaki. Ada pegawai tinggi ada pegawai rendah. Maka timbul soalan - siapa pula yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya? Pegawai mana? Pegawai tinggi mana? Dari mana arahan sampai?

Semua soalan-soalan ini telah TIDAK ditimbulkan di mahkamah. Rakyat seluruh Malaysia – malah rakyat satu dunia yang mengikuti kes ini telah bertahun-tahun menimbulkan persoalan ini. Kita tidak perlu ke Oxford atau ke Universiti Yale untuk belajar undang-undang. Dengan hanya membaca laporan mahkamah diakhbar orang ramai tahu bahawa soalan-soalan ini adalah kunci kepada kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Justeru apabila Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan 'cepu emas' ini maka ramai kaki ampoo dan kaki bodek Najib mula bersuara dengan hujah basi bahawa kes ini telah selesai. Bukti kes ini telah selesai – Sirul dan Azilah didapati bersalah. Mereka akan dihukum gantung. Justeru TIDAK perlu lagi kes bunuh ini dibincangkan. Atau soalan-soalan ini ditimbulkan. Ini adakah hujah balaci dan ghurka Najib.

Tentang hukuman Sirul dan Azilah ini, Mahathir Muhamad telah membuat satu kenyataan yang amat penting. Mahathir telah berkata : Jika Sirul digantung ini amat zalim

Dari kenyatan ini jelas bahawa Mahathir Muhamad tahu bahawa Sirul dan Azilah hanya mengikut arahan. Justeru kalau kita berpusing-pusing sambil bertanya maka kita akan kembali kepada soalan hakiki: Siapa beri arahan?

Dalam kes bunuh ada 3 pekara wajib wujud. Pertama: mayat – mangsa yang dibunuh. Kedua: senjata yang digunakan untuk membunuh. Ketiga: motif/tujuan untuk membunuh. Ketiga-tiga pekara ini wajib wujud dalam sisatan kes bunuh. Tiga pekara ini amat fundumental untuk membuktikan salah benar kes ini.

Mayat Altantuya ditemui. Senjata membunuh ditemui. Maka pekara ketiga ialah MOTIF atau tujuan membunuh. Jika motif atau tujuan membunuh TIDAK ditimbulkan maka dilihat Sirul dan Azilah ini memiliki hobi suka membunuh. Sekali sekala apabila mereka merasa bosan maka mereka akan mencari mangsa untuk dibunuh. Secara tak sengaja pada 18 Oktober 2006 lalu mereka terserempak dengan seorang Minah cun bernana Altantuya. Ketika itu Si Minah cun ini berada di Bukit Damansara dihadapan rumah Razak Baginda. Lalu mereka bedil Altantuya. Kerana membunuh hobi mereka.


Tapi hakikatnya bukan ini yang telah berlaku. Sirul dan Azilah bertugas dalam pasokan polis. Kerana mereka pegawai polis – malah Azilah berpangkat inspektor - maka kita kembali kepada soalan Mahathir Muhamad – siapa beri arahan?

Ketika tulisan ini digarap satu Malaysia masih heboh lagi tentang soalan Mahathir Muhamad terhadap keterlibatan Najib dalam kes Altantuya. Untuk menyusahkan lagi tidur Najib, Si Sirul telah lari dari Malaysia dan kini duduk dalam kem tahanan pendatang haram di Australia. Siapa merancang? Siapa beri nasehat? Mana Sirul dapat dana? Bagaimana   semua ini boleh berlaku hanya pelik bin ajaib sahaja yang boleh menjawab.

Pelbagai spekulasi muncul. Berbagai-bagai teori timbul. Semua itu hanya tinggal teori. Apa yang soheh ialah Si Sirul ini sedang merancang untuk menghebohkan kes Altantuya kepada dunia. Media Australia, media Eropah sedang menunggu-nunggu untuk membeli 'kesh benar' dari Sirul.


Muhamad Najib bin Abdul Razak ini betul-betul jantan suwey. Sebelum Mahathir meminta jawapan dari Najib telah dilaporkan tetang berita pertemuan Sirul dengan Ibunya di Sydney Australia. Berita menjadi lagi heboh apabila Ibu Sirul telah diatur untuk membuat pertemuan dengan Mahathir Muhamad. Ibu Sirul yang dibawa oleh YB Mahfiz Omar berjumpa Sirul di Australia dilaporkan oleh media ada membawa beberapa maklumat dari Sirul.

Apa maklumat itu? Tidak ada sesiapa yang tahu. Apa yang jelas kenyataan Najib yang memperlekehkan Sirul sebagai ' merepek' telah menaikkan lagi suhu marah Si Sirul terhadap 'orang yang memberi arahan bunuh'.

Lalu timbul satu lagi soalan hakiki. Kali ini bukan tentang Altantuya tetapi tentang Najib. Apakah Najib Razak dapat menyelamatkan diri dari serangan Mahathir Muhamad. Apakah Najib dan Rosmah selamat untuk terus tinggal di Putarajaya? Apakah Rosmah Mansor akan terus mundar mandir bershopping dengan menggunakan pesawat kerajaan?


Soalan ini juga berkait rapat juga dengan apa yang wajib dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Apakah taktik dan strateji yang wajib diambil dalam suasana sekarang.

Ada yang berpendapat biarkan Najib Razak terus berkuasa. Ini akan membantu Pakatan Rakyat. Skandal Najib ini akan digunakan sebagai senjata ampoh dalam kempen PRU14 nanti. Kerena Rosmah Mansor juga akan dijadikan isu untuk menghakiskan keyakinan orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Ada yang berpendapat Najib wajib berundur secepat mungkin.

Kita wajib menunggu satu minggu lagi. Satu minngu amat panjang dalam politik. Minggu hadapan tulisan ini akan cuba memberi jawapan. END


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45




















---------------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana bole biar sibetina badak tu terus duduk Putrajaya,lingkup dan bangkrap malaysia.Si jantan suwey mat monggol tu sudah kena mandrem.Dia ingat rakyat kampong bodo macam dia.Siap sumpah dalam masjid lagi.Kenapa tak sambung ulang tahun bersumpah di PRK Pmtg Pauh sekarang ni.Itulah mat monggol, manusia kau bole kelentong tapi Tuhan kau tak bole temberang.Kau bole belahlah dengan balaci-balaci kau yang tak berguna atas nama ketuanan melayu haramjadah.kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

kepala butuh kalau najib jawab.........
musibat mat monggol mana ada teloq.....
hanya balaci buat bising.......
pukimak betul......
bunuh org lagi boleh bebas.....

kerja sendiri berkata...

kalau najib ada keberanian, jawablah persoalan mahader..

UNCLE RAMLI berkata...

Sikap pekak badak yang dipakai dek Najib terhadap kritikan pedas dek Madey setakat ini dapat meneruskan tali hayat Najib Kerana Najib dah ikat semua hidung orang kuat seperti IGP,Ketua MACC, Ketua Pengarang dmua akhbar PB dan mungkin jua orang kehakiman dan Ketua Bahagian UMNO kecuali Madey.
Hairan Mahyuddin pun sengap jika tidak dulu dia yang lantang mendesak Pak Lah belah. Namun siapa dan tenaga apa yang boleh memaksa Najib berundur selagi strategi pekak badak dan kawalan total terhadap semua yang bodeknya dapat dikekalkan. Mungkin TT BOLEH CERAHKAN.Najib tak ambil pusing setakat ini terhadap pengkritiknya.

Mat Cincai berkata...

Soalan Abad Ini :

C4kan Siti Aminah arahan siapa ?.

Jawapan :

(A). Anwar Ibrahim.
(B). Kak Ros.
(C). Isteri Kak Ros.
(D). Razak Baginda.
(E). Baginda Genghiz Khan.
(D).

Mat Cincai berkata...

Soalan Abad Ini :

C4kan Siti Aminah arahan siapa ?.

Jawapan :

(A). Anwar Ibrahim.
(B). Kak Ros.
(C). Isteri Kak Ros.
(D). Razak Baginda.
(E). Baginda Genghiz Khan.

Tanpa Nama berkata...

Macam tunggu Godot...tak sampai-sampai, tak terjawab-jawab.

Tanpa Nama berkata...

Ada orang suka motif ada orang tak suka motif. Tapi apa benda tu motif . TT tolong terang.

Asrul Sani berkata...

Salah tu TT,

"Menjimatkan"Altantyuya bukan bermakna melenyapkan atau setakat membunuh beliau. Menjimatkan bererti cuma perlu bayar RM 100k seorang kepada Azilah dan Sirul, berbanding dengan komisen pembelian (brokerage fee) berjuta-juta yang diminta oleh Tuya. Bunuh minah tu tak payah bayar bayar berjuta...bahaya berniaga dengan puak-puak ni....