Ahad, 17 Mei 2015

CERAIKAN BINI UNTUK SELAMAT




KOMENTAR
umum mengetahui
orang ramai tahu
rakyat amat sedar
yang bertahan sekarang bukan najib
yang mahu jawatan kekal bukan najib
tapi rosmah mansor
najib telah lama mahu berundur



Mahathir ajar Najib 'tinggalkan isteri'

"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Mahathir Mohamad untuk menyindir  Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut. 

Kata  Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.

Menurut  Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri.

Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.

Cukuplah, bagi peluang

"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.

Kira-kira 2,000 orang merangkumi pelbagai kaum hadir mendengar ucapan daripada bekas pemimpin berkenaan yang bercakap panjang lebar mengenai isu yang melibatkan Najib (kanan).

Kata Mahathir,  tujuannya mengkritik Najib secara terbuka bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi Umno, bangsa dan negara.

"Banyak sangat dia buat tidak kena. Sebab itu sudah tiba masanya dia berhenti menjadi perdana menteri. Saya dah buat perhitungan mendalam, Najib tak boleh menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya.

Nak tidur pun tak boleh

Mahathir berkata, tiada sebarang kepentingan peribadi untuknya berusaha menyingkirkan Najib.

"Saya dah pencen, nak tidur. Tapi tidur tak lena sebab fikir pasal ini," katanya lagi.

Bagi memastikan Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga Presiden Umno, Mahathir meminta supaya parti itu menggugurkan anak  Abdul Razak Hussein itu.

Katanya, sebagai individu yang berjuang bersama Umno sejak zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tidak sanggup membiarkan parti itu lenyap jika Najib kalah pada PRU ke-14 nanti.

"Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Kalau Najib terus memimpin dan kalah Umno akan lenyap. Satu pertubuhan yang bertuah dan berjuang sekian lama bersama Tunku Abdul Rahman,  Razak dan anak  Razak bagi hancur Umno. Saya tak rela.

"Saya yakin penuh kalau dia (Najib) masih lagi pimpin, dia akan kalah dan kalau kalah nak pulih Umno balik saya fikir susah. Bapak (Abdul Razak) tubuh Umno anak pula nak tanam Umno.

"Walaupun saya rasa orang akan marah saya, saya isytiharkan saya tidak sokong Najib," kata Mahathir lagi sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
 


KAH KAH KAH

woit
bakar lagi ya tun
curah minyak ya tun
kah kah kah
mustahil najib akan cerai rosmah
rosmah nak jadi piem sampai mati
kah kah kah
woit 
bomoh india baru sampai
kah kah kah

BOMOH OH BOMOH


----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guna BON BON tuk cari makan ????

Halal ke ????

Mana MUFTI ????


Semua senyap saja.