Isu-isu Rakyat Perlu Diselesaikan
Sebelum Menongkah
Arus Baru Dalam
Rancangan Malaysia ke-11
Terima kasih kepada rakan-rakan termasuk Sasterawan Negara A. Samad Said bersama Azizah dan keluarga dalam perhimpunan di Sg. Buloh sempena 100 hari saya dipenjara.
Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah kenaikan harga barang terutama melalui pelaksanaan GST yang kian mendera rakyat miskin. Kebocoran dan kerugian akibat pengurusan lemah dan penyelewengan 1MDB perlu ditangani segera. Najib dan Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat.
Kedua permasalahan di atas perlu ditangani sebelum Najib mengemukakan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen. InsyaAllah, saya akan terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan keadilan.
Anwar Ibrahim,
Mahkamah Sivil, Kuala Lumpur 21 Mei, 2015
-----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan