CUCU CICIT TOK JANGGUT
Bahawa kami, anak semua bangsa yang berkumpul pada 1 Mei 2015, adalah mewakili kesedaran seluruh rakyat Malaysia yang menentang GST.
Justeru, kami yang berhimpun pada petang ini mewakili kesedaran seluruh rakyat Malaysia menuntut Goods Sevices Tax atau GST, dibatalkan serta merta.
100 tahun dahulu pada 29 April 1915, Tok Janggut telah bangun menentang cukai zalim yang telah dikenakan kepada rakyat. Tok Janggut telah dijatuhkan hukuman mati.
Kami, yang berhimpun pada 1 Mei 2015 ini, adalah anak cucu cicit Tok Janggut.
Kami, yang berhimpun pada petang ini menjadi suara rakyat Malaysia.
Kami, yang membawa kesedaran rakyat Malaysia berjanji, bersetiakawan bersama anak semua bangsa akan meneruskan perjuangan Tok Janggut.
Kami, yang berhimpun pada petang ini berjanji dan bersetiakawan akan meneruskan perjuangan menentang GST.
1 Mei 2015, Kuala Lumpur
( di lafaz petang ini jam 5 petang di klcc)
-----------
2 ulasan:
Knp snyp je bro???...demo x laku ke???...target 1juta yg dtg 20000 jer???...klu vmni jgn arap lh bro tt nk tgk najib kna terajang...tambah meroyan la ekau bro tt...
Zaman muda2 dulu, aku tengok hmpir setiap hari siswa Korea duk demo d jlnan samai aku tertanya tanya bila lh masa mereka belajar?pastu pd thn 97 ekonomi merud sampai ramai geng2 korea aku d luar negara dpanggil pulang...tpi masa tu kita di gelar tigers of asia...kita dn Korea sekufu setaraf tpi kini mtk dh jauh tingglkn Msia dn rakyat dpt nikmat negara yg maju bebas dr pempin korup berkat demo dn pengorbanan org muda mrk dulu... Golongan elit rasuah lagi yg lama memimpin wajib dganti dn nmpaknya proses ya sbgmna berlaku d korea sdng brlaki sekrg: kita semua kena mndetoksiln toksik rasuah dlm masyarakat trutama pemimpin krn mrk pembunuh tamaddun kita. Terus berdemo...satu tanda kebangkitan!
Catat Ulasan