Rabu, 20 Mei 2015

KUASA DIBELAKANG KELAMBU







         KUASA DIBELAKANG KELAMBU

Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” katanya. - 

Mahathir MUhamad – MalaysiaKIni 11 Mei 2015


Minggu saya telah menulis tentang watak Lady Macbeth. Watak ini muncul dalam bangsawan hasil garapan William Shakespears. Watak Lady Macbeth ini telah saya samakan dengan watak Imelda Marcos, Evita Peron, Leila Ben Ali dan Rosmah Mansor. Lady Macbeth merancang untuk membunuh Lord Duncan dan menobatkan suaminya sebagai Raja Scotland. Ini trajedi dalam teater bangsawan Inggeris.

Image result for body heatDalam seni filem kita juga akan bertemu dengan watak perempuan sademikian. Para peminat dan pelajar filem tahu bahawa dalam filem ada pelbagai genre. Antaranya ialah genre filem noir. Noir dalam bahasa Peranchis bermakna gelap atau hitam. Justeru filem noir membawakan tema yang gelap lagi hitam.
Dalam filem noir diwajibkan kemunculan seorang perempuan cantik sebagai protoganis – watak utama yang akan menjadi femme fatale. Femme fatale juga adalah istilah Peranchis yang membawa makna perempuan cantik pembawa mudarat.

Image result for lady macbethDalam filem noir mudarat pertama jatuh kepada Si Jantan atau Sang Suami. Si Jantan diperangkap untuk melakukan pembunuhan. Pembunuhan ini akhirnya akan menguntungkan Si Perempuan. Si Jantan atau Sang Suami akhirnya terpenjara manakala Si Perempuan atau Sang Isteri dalam babak akhir akan dilihat bercanda-canda dengan kekayaan dan kekasih lama.

Dalam kontek politik kita melihat bahawa Imelda Marcos, Evita Peron, Leila Ali dan Rosmah Mansor – adalah femme fatale. Mereka adalah perempuan-perempuan yang telah memerangkap jantan-jantan untuk perancangan mereka sendiri. Perangkap mereka 'bingkas mengena pelanduk' hasilnya terbukti membawa mudarat.

Image result for femme fatale noirKerana ini saya anggap - Najib dan Rosmah Mansor ini adalah skrip untuk sebuah filem noir. Tetapi Najib Rosmah ini BUKAN sebuah filem noir. Mudarat yang mereka bawa bukan kepada satu dua sosok. Dalam filem noir perangkap perempuan-perempuan ini hanya memudaratkan dua tiga orang sahaja.

Leila Ben Ali – Minah Pendandan Rambut yang langsing, berambut panjang dan cantik telah memudaratkan sebuah negara bernama Tunisia. Leila sebelum melarikan diri ke Saudi Arabia telah memecahkan Bank Negara Tunis dan melarikan 1.5 tan jongkong emas. Imelda Marcos – minah gila kasut - yang boros telah memudarakan rakyat Pilipina yang terus miskin kedana. Evita Peron yang cun, slim dan bergetah telah memudaratkan ekonomi Argentina. Rosmah Mansor sedang dan masih lagi memporak perandakan sebuah negara yang bernama Malaysia dengan 28 juta penduduk.

Bagaimana ini berlaku? Dari Mana datangnya perempuan-perempuan ini? Dari mana datangnya Rosmah Mansor?

Image result for leila ben aliKalau mengikut kata-kata Isteri Bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan – yang menjadi kawan baik Si Rosmah - Si Rosmah telah memerangkap Najib dengan menggunakan kuasa bomoh.

Sama ada para pembaca percaya kepada bomoh atau tidak – ini bukan persoalan. Yang penting kita melihat bukti saheh bagaimana perempuan -perempuan ini telah menggunakan tubuh badan mereka untuk memerangkap jantan-jantan. Hampir kesemua perempuan ini adalah Mak Janda. Ertinya mereka berpengalaman dalam hal sexual, keberahian dan kelemahan jantan-jantan.

Perempuan-perempuan ini menceraikan 'suami pertama' yang mungkin dilihat 'jantan gagal' yang tidak memiliki cita-cita yang tinggi saperti menjadi Perdana Menteri atau Presiden. Justeru perempuan-perempaun ini merayau rayau untuk untuk memerangkap jantan-jantan baru. Maka disinilah kesah babak-babak gelap yang ditakrifkan oleh Sigmund Freud sebagai 'bawah sedar'. Setiap perempuan-perempuan in memiliki sejarah gelap yang TIDAK ada sesiapa pun tahu.

Lord Macbeth sama saperti Najib adalah jantan lemah. Kita melihat bagaimana Najib dan sejarah parti United Malays National Organisation TIDAK pernah bertempur. Najib ditakrif sebagai jantan lembik dan lemah untuk merebut jawatan. Apabila ayahnya meninggal dunia – walau pun belum berijazah – belum selesai belajar – Najib telah diangkat untuk menjadi Ahli Parlimen, menjadi Menteri Besar, menjadi Ketua Pemuda, menjadi menteri – semuanya disediakan. Menjadi Timbalan Presiden dan Presiden United Malays National Organsiation juga bukan melalui pertandingan.

Malah Mahathir Muhamad telah mengakui bahawa dia telah memberi tekanan kepada Abdullah Badawi untuk melantik Najib sebagai timbalan Perdana Menteri walhal Dolah mahu Muhyiddin Yassin. Ertinya Najib jadi PM kerana Mahathir Muhamad.

Apa yang jelas ialah kelemahan jantan-jantan ini apabila berhadapan dengan tubuh badan wanita yang cun lagi bergetah. Jantan-jantan ini adalah 'kaki betina'. Umum mengetahui bagaimana Menteri Besar Isa Saad telah menyelamatkan Najib Razak dari 'tenggelam' di Port Dickson.

Mengikut Akuan Bersumpah Balasubramaniam – mahkamah Malaysia diberitahu bagaimana Najib telah mengagihkan kekasihnya Altantuya Shaaribu warga Mongolia kepada pembantu politiknya Razak Baginda. Najib Razak 'berkorban' kerana dia mahu menjaga kedudukkan politiknya yang mungkin terbongkar jika 'skandalnya' diketahui oleh rakyat Malaysia terutama oleh Haji Hadi yang sedang heboh dengan Amnatnya ketika itu.

Image result for macbethPerempuan-perempuan ini sedar akan kelemahan Jantan-Jantan ini. Melalui kelemahan Sang Jantan ini Si Perempuan mula memainkan peranan. Awalan cuma memberi pandangan ketika suami dalam keadaan gusar. Mungkin membantu memberi nasehat dari dalam kelambu.

Image result for beautiful imelda marcosKalau mengikut klip YouTube Rosmah Perempuan Puaka para pembaca akan berhadapan dengan konsep 'nasi kangkang'. Ini adalah konsep dimana kuasa bomoh telah digunakan oleh Sang Isteri untuk menjadi Sang Suami bodoh manai dan mengikut kata.
Berita Najib Razak yang mengikut apa sahaja kata Rosmah Mansor telah menjadi labon rakyat. Kesah demi kesah muncul menceritakan babak-babak kecil dimana Najib dilihat tunduk mengikut semua kerenah Rosmah.

Sabenarnya fakta ' Najib dikawal Rosmah ' ini bukan lagi satu fitnah. Secara tebuka dan hitam puteh pekara ini telah dinyatakan oleh Mahathir Muhamad. Bekas Perdana Menteri ini telah mendapat laporan dan komplin bagaimana Rosmah cukup berkuasa dalam membuat keputusan negara. Justeru Mahathir telah berkata bahawa Rosmah Mansor ini berlagak seolah-olah dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Image result for femme fatale noirCerita-cerita Rosmah sebagai Perdana Menteri ini bukan satu yang baru. Orang ramai mungkin terlepas pandang dan gagal meneliti bujet NGO Permata Rosmah. Pernah NGO ini mendapat dana kerajaan yang melebihi dana Kementerian Pelajaran Muhyiddin Yassin.

Malah dalam belanjawan negara terakhir Rosmah mendapat hampir 1 bilion ringgit walau pun Rosmah bukan seorang Menteri. Dalam masa yang sama Haji Desas bin Lebai Desus dari Putrajaya selalu sibuk menghantar SMS bercerita tentang 400 orang Pegawai Rosmah Mansor. Semua ini mengsahehkan apa yang dikatakan oleh Mahathir Muhamad.


Kini Rosmah Mansor bukan lagi Mak Janda Berhias yang diselaputi oleh setempel tahi lalat berbulu. Jika kita memahami saikoanalisis Sigmund Freud maka 'tahi lalat berbulu' inilah yang menjadi beban 'bawah sedar' Rosmah Mansor. Pasti dia teringat ejekan 'dotti' ketika dia membesar.

Image result for rosmah pendekTahi lalat berbulu boleh dihilangkan tapi ingatan masih tebal. Justeru apa yang berlaku hari ini – segala kerenah dan tindak tanduk Rosmah Mansor adalah untuk membuktikan bahawa Rosmah Mansor telah melintasi 'zaman dotti'. Zaman tahi lalat berbulu telah selesai. Sekarang Rosmah ialah FLOM - first lady of Malaysia.

Rosmah menjemput Martha Stewart – guru gaya hidup Amerika – untuk menjadi tamu di Putrajaya. Ini percubaan Rosmah untuk membutkikan kepada rakyat Malaysia, kepada kawan-kawan lama dan kepada Kartonis Zunar bahawa Bik Mama ada kelas. Bik Mama boleh bercanda-canda dengan Martha Stewart, walau pun tak ada sesiapa pun rakyat Malaysia yang ambil pot. Mak Cik Felda tidak pun tahu siapa Minah Martha ini. Bik Mama gagal lagi.

Gambar Rosmah Mansor bertemu dengan Baginda Ratu Elizebeth yang seharusnya menjadi mercu kejayaan telah menjadi bahan politik. Baginda dengan penuh kesedaran telah memilih warna kuning ketika Rosmah dan Najib datang mengadap. Jelas ini bertujuan untuk menganjing Rosmah dan Najib yang baru sahaja 'mengganasi' para penunjuk perasaan BERSIH yang memakai baju kuning. Rosmah gagal lagi.

Image result for evitaGambar Rosmah dengan Michelle Obama terus menjadi bahan lawak. Rosmah yang gemok pendek digambarkan sedang mendongak untuk melihat muka Michelle ketika bercakap. Ini sama saperti komidi Ibrahim Pendek dengan Burl Ives dalam filem The Spiral Road (1962). Pelakon katek dari Singapura ini telah berlakon di Holywood dengan Burls Ivers yang tinggi dan besar. Rosmah kantoi lagi.

Maka disini kita sampai ke babak akhir. Dalam filem noir Si Jantan akan mendapat malapetaka. Si Perempuan akan bercanda-canda. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia lebih gelap dari filem noir. Lebih berdarah dari bangsawan Lady Macbeth.

Image result for rosmah main badmintonDalam filem noir Body Heat (1981) Mak Janda Kathleen Turner telah memerangkap William Hurt yang akhirnya menjadi pembunuh bekas suami Mak Janda. Mak Janda jadi kaya dapat harta dan Jantan Bodoh mendapat malapetaka masuk penjara.

Dalam politik Malaysia Mak Janda Rosmah telah berjaya memerangkap Najib Razak. Telah berlaku pembunuhan. Telah berlaku salah guna kuasa. Malah malapetaka yang dibawa oleh femme fatale ini bukan hanya kepada Sang Suami tetapi kepada 28 juta wargha Malaysia.

Image result for rosmah pendekHutang 1MDB kini telah melintasi 42 bilion ringgit. Rosmah masih berinang-inag dengan pesawat resmi negara. Ringgit Malaysia makin susut nilainya. Rosmah masih lagi guna menggunakan dana negara kenduri anak bertunang.
Ketika tulisan ini digarap Najib sedang diasak oleh Mahathir untuk berundur. Jantan yang menjadi mangsa Mak Janda ini sedang kelam kabut. Najib dilihat tidak mahu berundur. Sebenar , umum mengetahui yang bertahan kuat bukan Najib tapi Rosmah.


Ketika ini Malaysia sedang menghadapi malapetaka dari femme fatale. Sayang sekali semua femme fatale dari dari Holywood cun dan bergetah. Evita Peron cantik dan menawan. Imelda Marcos  bekas Ratu Manila. Siapa? Siapa punya suwei - femme fatale - perempuan pembawa mudarat ke Malaysia gemok dan pendek. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:

03-92-21-30-45




----------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bloq pro umno kata org kutuk kak rm sbb tak dpt kutuk laki dia.sebenarnya dua org laki bini itu mmg terkutuk mana org tak kutuk mereka.dua2 tupun gila kuasa gila duit

panglimo potaseh berkata...

Kesihan Najib yang telah di"bawah sedar"kan selama berpuloh tahun. Kita tahu, adiknya pun tahu, Isa Khinzir pun tahu bahawa selera Najib adalah sosok yang seperti Cik Aminah atau Cik Zai.....bayangkanlah jika "first lady" kita macam Cik Aminah atau Cik Zai.....masa tu kalau duit negara hilang RM 100 billion pun gwa tak kisah gwa halalkan.

Tapi apa boleh buat Najib bergerak di bawah sedar, ditambah lagi dengan tiap malam dihempap sosok gempal dan bulat yang seberat lori 3 tan.

Sebab tu lah bila Chedet tanya, "siapa arah Sirul". jawapannya "Dah 3 kali aku bersumpah".....maka kita dah tak boleh marah Najib sebab Najib berada di "bawah sedar".

Pandikar pun tak boleh letak jawatan. Menurut Pandikar dalam isu "letak jawatan"nya, Chedet dan dia tidak berbohong. Masalahnya Najib dah tak boleh baca surat itu.

Mungkin juga bila UMNO kalah dalam PRU14 nanti Najib juga tidak boleh didakwa sebab sejak jadi Menteri lagi dia dah berada di "bawah sedar".

Tanpa Nama berkata...

Lop

Tanpa Nama berkata...

Tapi yang syoknya ada juga disebutkan Haji Hadi pil kuda dengan Amanat Haramjadahnya dan femme fantale yang membawa petaka yang gemok dan pendek!kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

jalang sial........

Tanpa Nama berkata...

Kalau bina muzium femme fatale...antara barang bersejarah yang dipamerkan ialah beg birkin, cincin 24 jota, enjin jet peribadi, c4, peta monggolia, bilik salon caj rm1000 dan surat letak jawatan masaalah tandas.