Rabu, 20 Mei 2015

ROH ALTANTUYA DATANG MENYERANG





KOMENTAR
tukar tiub tidak menyokong
hukuman gantung sampai mati

kes pembunuhan altantuya
membuktikan bahawa 
orang tidak bersalah
boleh dihukum mati

sirul dan azilah terbukti
menjadi mangsa dimana
hukum hakam telah diseleweng
digunakan untuk menutup
penjenayah yang membuat jenayah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.


Hukum gantung pembunuh Altantuya 

pengkhianatan kepada keadilan,

kata Mahathir 


Najib Razak akan terus "diganggu" oleh pembunuhan warga Mongolia  Altantuya Shaariibuu apabila percubaannya menjawab kontroversi di sebalik kes tersebut tidak diterima bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan terbaru di blognya petang ini Mahathir menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Najib yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya.
"Najib tidak menjawab apa-apa. Selain dari menyatakan bahawa kes Altantuya lapuk, dia tidak membidas apa-apa," tulis  Mahathir di blognya  chedet.cc hari ini.
Katanya, kes itu masih segar kerana 2 bekas pengawal Najib itu mengaku bertindak "atas arahan" dan mereka kini berdepan hukuman gantung selepas disabitkan bersalah.
"Hal ini masih segar kerana hukuman gantung akan dibuat pada masa ini.
"2 orang itu sebelum ini dibebaskan. Pembebasan mereka bererti hal itu selesai.
"Namun mereka kini akan digantung. Nampaknya mereka bertindak atas arahan. Penggantungan mereka adalah satu pengkhianatan kepada keadilan," tulis Mahathir.
Beliau merujuk kepada dua bekas komando polis iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Sirul yang kini berada dalam tahanan di Australia selepas melarikan diri daripada tali gantung mendakwa pembunuhan Altantuya dilakukan atas arahan yang diberikan kepada beliau dan pegawainya, Azilah. – 19 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hukum-gantung-pembunuh-altantuya-pengkhianatan-kepada-keadilan-kata-dr-m#sthash.kqT0Z1Q6.dpuf

KAH KAH KAH

woit
najib dah lama diganggu
sampai tak senang tidoo
kes altantuya ini satu hal
anak badak bekeroh satu
bergegar putarjaya

SESAK NAFAS





-------------

Tiada ulasan: